Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Tuesday, 3 December 2019

DATE 11.11

ASSALAMUALAIKUM

Kalau nak kata puas, memang tak puas. 2H1M manalah cukup nak pusing bandar Melaka tu. Walaupun Melaka tu taklah sebesar mana tapi banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh kita lawati. Jadi sempena 11.11 ini, kami memilih untuk melakukan kembali perjumpaan semula setelah sekian lama menyepi. Masing-masing sibuk, baru nak mulakan hidup baru la katakan. Banyak benda yang perlu di pelajari dan disiplin.

Disebabkan masa yang terhad, Bandaraya Melaka telah menjadi pilihan kami untuk bercuti. Ramai yang cakap, ala Melaka je ke ? Kau boleh ulang-alik je la dalam masa sehari. Yup! memang boleh pergi balik dalam masa sehari, tapi puas ke ? Serius Jie katakan, walaupun Melaka tidak jauh dari tempat tinggal Jie, Jie memang jarang kesana. 

Kami telah memilih King Green Hotel untuk menjadi tempat penginapan kami untuk satu malam. Apa yang kelakar masa tu adalah kami tersalah hotel. Tak pasal-pasal check-in lambat. Nasib baik yang hotel sebenarnya lebih gah sedikit daripada yang sebelumnya.

Disebabkan masa tak banyak, lepas asar kami terus kedestinasi utama kami iaitu mandi kolam !! Bila tiba kau tak geti berenang tapi sibuk nak mandi kolam. Sampai nak masuk kolam tu pun, Jie suruh kawan Jie masuk dulu. Sebab Jie memang ada trauma sedikit dengan air ni, pernah nak lemas dulu. Alhamdullilah masih tak takut masuk air cuma extra care je.

Puas main air, perut pun dah meraung-raung minta diisi. Jadi kami balik ke bilik untuk membersihkan diri. Lepas isyak, kami terus memulakan misi food hunting. Destinasi pertama kami adalah @mamam.cafe yang terletak di sekitar Klebang. Apa yang Jie sangat suka adalah roti john daging leleh dia. Superb sedap + daging dia melimpah-limpah. Dah la sos dan rempah dia rasa. Jadi memang tak ada sebablah Jie kata roti john dia tak sedap. Walaupun Jie tak habis dan makan esok paginya, rasa dia masih sama. Next time, kalau ada rezeki Jie memang akan repeat lagi.


Makanan dah cari, kalau tercekik macam mana? Jadi misi kami seterusnya adalah misi BOOBA. Makanya, kami ke Kota Laksamana yang terletaknya banyak kedai minuman booba yang terkumpul setempat. Tinggal nak pilih je. Sesampai sahaja disana, mereka terus menuju ke kedai minuman mereka mahukan. Disebabkan Jie agak kurang dengan minuman seperti ini, Jie hanya memilih B. Sugar Black Tea Boba dari Tiger Sugar.

Sebelum balik, kami sempat singgah ke Family Mart (FM). Sebenarnya Jie agak jakun bila ternampak FM ni sebab dekat Muar tak ada. Masa kat KL haritu pun tak sempat nak pergi. Jadi Jie nak tahu apa yang ada dekat sana tu. And finally, Jie puas hati walaupun kawan Jie tak berapa nak puas hati sangat sebab oden dia tak dapat. Barisan untuk oden terlalu panjang. Sementara menunggu itu, Jie sempat beli sarapan untuk pagi esok. Biasalah Jie kalau tak sarapan, macam-macam benda pelik nanti Jie buat. Hehehe ...

Paginya kami dah bersiap-siap untuk balik. Selepas check-out kami menuju ke Malacca Prade untuk cari cenderahati untuk kawan-kawan. Hihihi ... Puas pusing, kami terus mencari port untuke mengisi perut kami yang agak kelaparan. Apa yang penting masa tu, tak kisah la nak makan apa, asalkan kena ada nasi. Kalau tak memang kami bertiga meroyan gak masa tu hihihi ...

Jadi kami pun termasuk ke Chicken Rice Shop hihihi ... puas makan beb, sampai tak habis . Set dia memang puas sangat, percayalah! Penat gak berjalan, ialah orang tak biasa bersenam tiba-tiba berjalan banyak, lenguh kaki hahaha ...

Alhamdullilah, walaupun hanya 2H1M sekurangnya kami dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama. Lupakan hal kerja buat sementara. Kutuk mengutuk antara satu sama lain. Berseronok bersama. Insyaallah, ada rezeki kita kumpul lagi. Perkara biasa dalam persahabatan ada pasang surut dia. Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah berdoa agar semuanya dapat dilalui dengan baik.

Okaylah, dah habis cerita. Kita jumpa lagi untuk cerita akan datang ...


Wednesday, 16 October 2019

BERCUTI DI ZOO JOHOR . 09/09/19

ASSALAMUALAIKUM ...

Apa yang korang buat kalau bercuti? Jie yakin ramai yang pergi bercuti dan meluangkan masa bersama dengan keluarga tercinta. Untuk mereka yang ada anak kecik, mana tempat yang sesuai untuk bawa mereka. Kalau pergi tempat biasa-biasa mesti susah nak kawal dan paling penting mereka mesti cepat meragam.

Oleh itu, Jie nak suggest korang untuk pergi ke ZOO JOHOR. Kenapa zoo johor?

Zoo Johor ini menjadi pilihan Jie sebab paling penting TIKET dia murah. Jujur Jie cakap, ini adalah zoo paling murah yang pernah Jie masuk. Siapa tak suka masuk zoo kan. Boleh tengok haiwan-haiwan yang susah dan mungkin kita takkan nampak dekat luar. Okay berbalik kepada tiket. Harga dia cuma :-

DEWASA ( RM2 ) dan KANAK-KANAK ( RM1 )

Jadi memang tidak terasa sangat kalau nak pergi dengan keluarga yang mempunyai ahli yang ramai. Macam Jie, haritu 12 orang pergi baru kena berapa ringgit. Dekat sana pun, korang boleh rasai pengalaman pegang ular, naik kuda, bagi unta makan dan pelbagai lagi.

Dalam zaman pembangunan ni, banyak spesis yang telah pupus dan mungkin angka spesis tersebut sangat sedikit sehingga kan sukar untuk kita lihat mereka di luar. Jadi dekat Zoo Johor ni, korang boleh jumpa hampir 100 spesis yang berbeza. Contohnya Unta ! Dekat Malaysia ni mana la ada tempat nak jumpa Unta kan. Lain lah kalau dekat padang pasir.

Sejak tahun 1928 lagi zoo ini telah dibuka. Ini menjadikan Zoo Johor merupakan zoo di dalam bandar yang tertua di Malaysia. Zoo ini telah diasaskan oleh Almarhum Sultan Ibrahim Iskandar Al-Manyhur Ibni Abu Bakar @ Sultan Ibrahim II. Menarik kan. Siapa sangka, dalam kesesakan dan pembangunan di sana masih ada terselit dunia ciptaan manusia yang sangat menarik.

Haiwan apa je dekat sana?

Terlalu banyak dik, apa yang Jie ingat Harimau, Singa, Unta, Gajah, Monyet, Tenuk, Beruk, Kura-Kura, Anngsa, Badak  Air, Buaya, Burung Kasawari, Burung Enggang, Ular, Kancil, Rakun dan banyak lagi yang Jie pun lupa nama dia. Terlalu sainstifik untuk jie hihihi.

Walaupun dah banyak kali Jie datang ke Zoo Johor, Jie akan merasai pengalaman yang berbeza. Kali ini depan mata Jie sendiri, Jie dengar dengan telinga Jie sendiri singa mengaum. Bukan sekali tapi berkali-kali. Meremang dia jangan cakap la. Sampai tak nak gerak dari situ sebab terlalu kagum.

Tapi memang serius, untuk lawatan kali ini. Semua haiwan sangat aktif. Mungkin dah sampai waktu makan dia orang. Orait, panjang-panjang tulis pun takkan sama perasaan dia dengan korang alami sendiri. Percayalah!

Baik korang pergi dan rasai pengalaman itu sendiri. Tak payah pergi jauh-jauh untuk tengok haiwan yang pelbagai. Di Zoo johor semuanya ada. Ketahui lebih lanjut dekat page mereka ---- ZOO JOHOR ----

Okay Jie ada sediakan sedikit video masa Jie dekat sana. Enjoy It 




Kemana pula kita lepas ni? Tunggu ... 

Thursday, 22 August 2019

SUMPAH AKU MENYERAH !!! SKYTREX ADVENTURE MELAKA . 06/08/19

ASSALAMUALAIKUM...

Semestinya korang seronok dan terasa nak mencuba adventure yang ada dekat Skytrex Melaka tu kan. Lagi-lagi bagi mereka yang mengemari aktiviti lasak seperti Kak Jie (tangan didada mata memandang atas hahaha) . Okay ... Jie mengaku, Jie memang minat tapi untuk lakukan tu 1001 benda Jie nak kena hadam dulu . Lagi-lagi Skytrex dekat Melaka tu. Dah bertahun Jie nak kesana tapi tak ada kawan hehehe 

Pada 06/08/2019 impian Jie menjadi kenyataan!! Terima kasih Mira, Arina, Ainul dan Biha sebab berusaha untuk menjayakan aktiviti yang satu ni menjadi kenyataan walaupun pada mulanya kita hampir cancel diatas sebab-sebab tertentu. Tapi tengahari sebelum hari kejadian, Arina send satu gambar yang membuatkan Jie tak tahu nak reaksi macam mana . Terima kasih . Sepatutnya sesi kami pada 09:00 tapi kami telah terlambat dan terpaksa menukar sesi kepada 12:00. 

Mungkin masih pagi lagi, setelah kami tukar sesi kami kepada 12:00, kami telah tiba di Melaka pada pukul 09:20 (Jalan lapang siut). Bagi mengisi masa lapang, kami telah membuat keputusan untuk pergi bermain Bowling tapi bowling buka pukul 10:00 hahaha. Disebabkan kami dah sampai ke MITC, kami ternampak Planetarium Malacca dan terus kesana. Tapi agak pelik bila keadaan dekat sana macam tak terus dan dan banyak tumbuhan menjalar. Kalau nak tahu sebab apa dia tutup, boleh baca artikel ini --> SH : Planetarium Melaka Tak Selamat? <-- Disebabkan kami tak tahu yang keadaan dia begitu, kami kesana untuk mengambil gambar sementara menunggu bowling  buka.

Ngam 10:00, kami berlima terus menapak kembali ke pusat bowling. Tapi dia belum buka lagi pun, kita orang main redah je. Sementara menunggu tu kami beli minuman panas dari mesin air yang berada ditingkat bawah sebelum lepak kat tangga. Kita orang ingat tak ramai orang la, memandangkan haritu pun hari selasa. Sangkaan kami meleset sama sekali. Boleh tahan penuh juga dalam tu. Paling penting, kita orang salute giler dengan 3 orang brother yang main sebelah kita orang tu. Memanjang asyik strike aje, dah la bola laju.

Kami disini ✌
Dalam pukul 11:20 kami dah mula beransur pulang huhuhu ... tak nak lewat sampai sana lagi (taubat) hahaha . Sesampai sahaja dekat Skytrex kami disambut mesra walaupun pada mulanya kami lost juga sebab tak tahu kemana. Kami diminta isi borang sebelum menunggu satu lagi group yang akan berlepas bersama kami.

Seperti yang tertera dalam web mereka (Skytrex Melaka) terdapat 3 tahap yang boleh dipilih oleh peserta iaitu Little Dino (Beginner), Pahlawan Thrill (Intermediate), dan Extreme Warrior (Advance). Disebabkan Kak Jie ni nak sangat naik SkyBike, makanya kami telah memilih tahap tertinggi sekali.

Bagi tahap tertinggi, terdapat 21 cabaran yang berbeza selepas tolak tambah flying fox dan beberapa lagi cabaran untuk satu point ke point seterusnya dan sampai ke titik terakhir (Kalau tak silap la) .

Ini titik permulaan semua pengembaraan kami bermula . Kak Jie tak tahu la berapa tingginya tangga tu, tapi memang banyak kali Kak Jie berhenti untuk rehat masa naik tangga ni . Stamina Jie memang hancur giler hahaha ... rasa berat je badan (walaupun tahu badan memang berat) hihihi ...  siap mengira lagi tu berapa banyak tangga lagi sebelum sampai kat atas . Kalau nak kata gayat, Jie tak gayat . Tapi nak bawak badan memanjat tu ermmm . Untuk ke tempat seterusnya, kita akan lakukan flying fox .

Dalam banyak-banyak cabaran kecuali yang memanjat tu, cabaran UFO dengan Hanging Pole memang mencabar. Masa tu sel-sel otak Jie ni sampai tak boleh nak berfungsi dengan waras mencari trick untuk melepasi cabaran tu. Masa dekat hanging pole tu, Jie dah rasa "Apasal la aku tak ikut Arina dengan Ainul tadi" hahaha ... tegang weh urat-urat kat kaki. Berlari-lari pulak tiang ni masa aku datang.

Masa dekat UFO lagi la, boleh pulak dalam otak Jie berimaginasi yang kalau Jie melompat atas tali-tali tu, Jie akan terlompat ke tali seterusnya. Hahaha.

Tapi paling penting, Jie dapat ke tujuan utama Jie!! SKYBIKE!! okay, puas hati.

Sumpah !! Apa yang Jie boleh katakan better sebelum korang nak kesana kuatkan dulu stamina kaki dengan tangan . Kalau tak, mau tegang urat semua nanti. Tak pasal-pasal injured dekat atas sana tu.

Nak tahu maacam mana the real experience yang Jie dan rakan-rakan boleh tengok video ni . Special make by Amirah99 . Thanks Mira :)


Selepas puas memanjat, kami berhenti dekat Masjid terdekat untuk membersihkan diri dan solat sebelum kedestinasi seterusnya ... SEOUL GARDEN !! Dah banyak bakar lemak kan. Meh la kita dapatkan balik lemak-lemak yang tinggal tu hahaha ...

Perut sudah kenyang, hati sudah senang kita pergi lepaskan stress . Pergi berjimba . Lepas penat berjimba kita pulang la.

Done short vacay. Nanti Jie update lagi trip akn datang ... daaaa

Wednesday, 21 August 2019

KLCC

ASSALAMUALAIKUM ...

Malaysia memang terkenal dengan keindahan dan kemegahan KLCC iaitu singkatan daripada Kuala Lumpur City Centre yang terletak ditengah bandar Kuala Lumpur. Ramai orang dari luar negara sanggup datang ke Malaysia untuk melihat keunikan dan kecantikan KLCC itu. Oleh itu menjadi satu kebanggaan untuk Jie datang melawat bangunan tu. YES !! bukan mudah untuk Jie sendiri kesana walaupun Jie sendiri orang Malaysia hehehe .



Semuanya bermula apabila Jie kena training dekat Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Agak nervous  juga la masa tu.  Mana tidaknya, kau akan pergi tempat yang tak pernah kau pergi plus kau akan sebilik dengan orang yang kau tak kenal. Apa yang kelakar sebelum sampai sana tu, Jie sempat sesat. Nasib baik la tak jauh sesatnya, dah la malam pulak tu hahahaha

Hari kedua, bila semua dah rapat.  Jie pun menyebuk bila dia orang kata nak merayap ke KLCC lepas habis training tu nanti.  Kebetulan juga Jie tak ada apa-apa aktiviti malam tu. Takkan la nak habiskan malam tu dengan duduk bilik tengok TV je kan . Lagipun perut perlu diisi.

Maka lepas isyak, bermulalah perjalanan kami menaiki LRT. Sumpah pemandangan KL masa malam memang cantik, dengan lampu-lampu semua tu. Paling cantik lagi bila nampak KLCC tu sendiri depan mata. Terasa kecik beb bila berdiri dekat situ. Rasa sangat tempat tu tak setanding dengan Jie.


Memang ramai giler orang dekat sana, sampai nak amik port bergambar pun susah. Kena amik turn gitu hahaha. Dekat sana ramai yang jual lens untuk ambil gambar yang penuh kalau ramai. Boleh la minta tolong abang-abang dekat sana amikkan gambar sekali hehehe.

Untuk geng-geng baru, insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Kita masih dalam satu company walaupun berjauhan. Chaiyok guys !!

Hokay ... sampai sini dulu, nanti Jie kongsikan lagi next trip  bye bye

Sunday, 22 April 2018

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

ASSALAMUALAIKUM

Keindahan alam muncul dalam pelbagai cara. Ada yang suka melihat matahari terbenam, ada pula yang suka tengok laut. Tapi bagi Kak Jie, Kak Jie suka tengok semua tu hahaha... tapi paling yang Kak Jie suka adalah bunga. 

Sampai satu tahap bila kawan Kak Jie nampak tempat yang banyak bunga, dia akan cakap "Ha... dunia kau la ni" dan pada masa itu confirm Kak Jie hanya tersengih je. Takkan benda betul nak sangkal hahaha

Baru-baru ni Kak Jie dengan adik dan kawan pergi sebuah tempat yang bernama TAMAN SAUJANA HIJAU. Sebenarnya ini kali pertama Kak Jie dengar pasal tempat ini. Ialah Kak Jie pun orang baru kat sini dan tak ada masa sangat nak explore tempat-tempat yang menarik.

Adik Kak Jie yang sarankan tempat ni bila kita orang tak tahu nak lepak dekat mana hujung minggu.

Sampai-sampai sana memang terpegun gak. Sangat cantik. Tapi tu la, kita orang datang salah masa. Ramai sangat orang buat photoshot wedding dan beberapa lagi event yang menarik.

Apa yang menarik adalah bila kami bertiga tak jumpa jalan keluar hahaha, dah la kaki memang dah penat gile. Rasa nak berguling je kat sana sebab banyak naik dan turun bukit. Tapi pusing-pusing tempat yang sama.

Jadi ini sedikit gambaran yang Kak Jie boleh bagi
Daaaa


Monday, 26 March 2018

Layar Tusuk Foumous !!! Ini yang ...

ASSALAMUALAIKUM...

Hola.. korang tengah buat apa tu? Sihat tak?

Macam mana dengan review SS sebelum ini? Korang dah rasa belum? Kalau dah macam mana? Kalau belum, bila lagi? hihihi

Okay kali ini SS nak menyeru hahaha.. Wahai pengemar shellout ataupun para food hunting sekalian.  Muncullah kalian ... SS ada berita baik yang ingin dikongsikan bersama. Jangan risau jangan segan ini bukan nak jual ubat tapi mahu sebar berita. Berita gembira untuk kalian.

Kali ini kita beralih kepada makanan laut (seafood). Kenapa makanan laut? Sebab SS suka la hehehe. Okay3 bila kita lapar dan tengah syok scrool fb tetiba keluar pula shellout! OMG... My favorito

Disebabkan teringin, makanya SS pun search kat google makan shellout mana yang paling dekat dan keluarlah Layar Tusuk Foumous. Berpandu gambar-gambar yang ditunjukkan memang serius terliur gila. Tengok review kat FB pun ramai yang bagi 5 star dan ada yang sanggup datang dari jauh untuk makan kat sini je tau.

Ada juga yang akan datang lagi selepas datang makan dekat situ, jadi maksudnya makanan dan harga yang ditawarkan memang berbaloi dan sangat berbaloi.

Disebabkan tertarik dengan review daripada customer lain dan gambar-gambar yang dihidangkan menyebabkan SS terus reserve tempat untuk dua orang huhuhu. Macam orang bercinta tak bila reserve tempat hanya untuk dua orang.

Sampai sana ada beberapa orang customer lagi sedang menikmati hidangan. Ada yang datang dengan keluarga, sahabat dan pasangan.

Jadi kami pesan Combo A dimana makanan untuk 1-2 orang. Inilah dia...

Combo A
Ketam. Udang. Jagung. Kupang. Brokoli. Lobak Merah. Kerang. Nasi (2)




Kami dapat apron uolss





Menu Layar Tusuk Foumous
 Amacam? terliur tak? Tunggu apa lagi...

SS tak akan berani nak recommend kat orang kalau SS sendiri tak puas hati dengan servis dan makanan dia.  Jadi disebabkan layanan dan makanan yang dihidangkan sangat sangat sangat memuaskan hati SS maka itu, SS berani nak recommend dekat korang.

Piss.. Dengar kata Layar Tusuk Foumous akan buat something special untuk pelanggan yang mereka sayangi. Nak tahu tunggu ye...

Daaaaaa....

Tuesday, 7 November 2017

PERAK / PULAU PINANG : New Experience

Assalamualaikum...
Hello gojes! Tengah buat apa tu? SS harap semua sihat-sihat belaka. Sebelum SS nak teruskan, SS nak semua doakan yang baik-baik bagi mereka yang berada di Pulau Pinang. Sebab bencana yang sedang melanda mereka. 
Okay... Jom mulakan
Sempena cuti mid-term haritu, SS dan kawan bercuti ke Perak dan Pulau Pinang. Selama 6 hari 5 malam. Kemana kami pergi? Macam mana boleh tercetusnya idea nak bercuti kesana?
Tercetusnya idea trip kali ini sebab keinginan SS yang terlalu tinggi nak tengok sawah padi. Ialah, selalu tengok kat TV cantik aje suasana dekat sana. Jadinya SS pun nak lah merasa. Kebetulan rumah Atok kawan SS ni memang sekeliling sawah padi. Apa lagi... jalanlah hahaha

DAY 1

Uber Kolej - Terminal : RM8
Tiket bas Seremban - Teluk Intan (transnational) : RM25/per person
Tepat pukul 11.45 pagi kami bertolak dari Seremban ke Teluk Intan. Seriously pada masa tu excited dia terlebih sampai tak boleh nak lelap langsung. Sepanjang jalan badan tegak aje tengok sekeliling. Tapi last-last terlelap juga sebab kepala pening. Biasalah, orang tak pernah jalan jauh kan hahaha . . . Yang seronoknya, kebanyakkan perjalanan kita akan nampak hijau, tenang aje.
Dalam pukul 3 lebih kami sampai ke Terminal Teluk Intan atau dulu dikenali sebagai Teluk Anson. Kenapa nama berubah? Sejarah dia boleh baca disini ( Sejarah Teluk Intan ). Perut pun dah memanggil-manggil untuk diisi. Kami pergi ke kedai makan terdekat, bedal nasi goreng ayam dengan air teh o ais. Alhamdullilah lega perut bila dah kenyang. Mata pun mengantuk dibuatnya hahaha . . . Apa yang perlu kami lakukan kini hanyalah menunggu abang kawan SS datang amik. 
Sampai je kerumah dalam pukul 6. Kenapa lama sangat? Sebab jarak umah Atok tu bukannya dekat, amik masa sejam jugak lah nak pergi. Kami menyinggah beli air dengan makanan lagi hehehe. Okay, lepas selesai solat, tukar baju semua. Kami keluar tengok sawah yang betul-betul belakang dan sebelah rumah aje guys. AMAZING giler (nampak tak jakunnya tu). Tak lama lepas tu, matahari mula melabuhkan tirai . . . SS punya teruja sampai tak terkeluar apa-apa ayat. Kawan SS tanya pun SS blur habis. 
Masya-Allah indahnya ciptaan Tuhan. 
Malam itu kami tak kemana pun sebab bahaya perempuan nak keluar malam-malam dekat kawasan itu kalau tak biasa. Lagi satu takut ada yang 'menunggu' hahaha . . . Malam itu juga kami lelap awal. Mungkin badan penat kot, siang tak dapat rehat yang betul.
DAY 2

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap nak menuju ke destinasi yang ingin dituju. Sebelum keluar kami sarapan nasi lemak untuk alas perut. Terima kasih MakSu dan PakSu. Berbekalan motor skuter kami menuju ke Nat Kampung Gajah. Seriously panjang gila pasar dia, macam-macam ada. Tapi kami tak ada apa nak beli pun, sebelum balik kami sempat beli ayam dengan air kelapa. 
Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Hospital Teluk Intan. Kenapa kesana? Hahaha sebab rumah MakCik kawan SS dekat situ. Bukannya sebab ada diantara kami tercedera ke apa. Sampai je sana, kami disambut mesra. Paling menariknya dekat sana ramai budak-budak and I like it. Dekat sana kami makan tengahhari. Sementara nak menunggu cuaca tenang sikit sebab masa itu cuaca terlalu panas, macam boleh cair tayar motor tu kalau bawak terus hahaha . . .
Dalam pukul 3 lebih kami bertolak ke destinasi utama pada hari ini . . . Cuba teka? 
Hahahaha . .  kalau dah ke Teluk Intan, tak sah kalau kita ke . . .
MENARA BERCONDONG!!!



No editing dalam semua gambar yang SS pos tau, maaf lah kalau tak berapa lawa. Masa ini sebenarnya kami tak nampak sangat gambar yang diambil. Kitaorang main tibai je, cantik tak cantik tu belakang kira hahaha. Sebelum masuk tu kita orang ingat tinggi, jadi cakap lah 

"Weh aku tak larat la nak naik sampai atas . .  macam tinggi je"
"Aku pun sama lah"

Tapi bila dah masuk tu, kami cuma meniti dua tangga keatas dan dah sampai ke atas. Terkejut jugak la. Banyak kali tengok bawah nak pastikan betul ke tidak hahaha. Tangga memang tak banyak tapi sempit. Jadinya kalau berselisih memang salah seorang kena mengalah, kalau tak memang sampai kesudah ko kat situ je la tak bergerak-gerak.

Lepas puas pusing-pusing dalam tu , kami redakan kepanasan yang melanda dengan Air Batu Campur (ABC). Leganya bila ais tu berjalan melalui anak tekak . . . Alhamdullilah. Masa kita orang tengah menikmati ABC tu tetiba ada pulak drama petang-petang. Masa tu semua yang tengah makan dekat situ terganggu la sikit. Tapi kawan SS cakap " Jalan amik peduli, benda macam tu dah selalu berlaku " Jadinya SS pun amik keputusan mendiamkan diri. Kalau tak ...

Lepas makan kita orang terus balik . . . Masa perjalanan mengambil masa dalam satu jam setengah dengan menaiki motor. Kebas jugak lah bontot masa tu. Selesai legakan diri kita orang terus lost... badan penat sangat masa itu.

DAY 3

Jeng jeng jeng . . . Kami dah berada di Pulau Pinang!!! Macam mana kami boleh dekat sana? 


Pandangan dari Jabatan Pulau Pinang

Malam tu lepas je abang kawan SS balik dari kerja kita orang dah bersiap-siap nak ke Penang. Jadinya kami berempat bertolak lah. Tapi tak sampai je separuh jalan kami patah balik sebab MakSu dengan PakSu dah belikan makanan untuk kita orang. Nak tak nak marilah kita mengisi perut dulu... Lepas tu barulah kami meneruskan perjalanan. Kira-kira pukul 1 kami sampai sana.

Haaaa dah tau kan macam mana kita orang boleh ada dekat penang tiba-tiba. Plan kami hari ini adalah nak ke 
PENANG ART STREET!!

Kali ini kami tak berdua sahaja tapi bertiga. Adik kawan SS join sekali memandangkan dia cuti. Alang-alang cuti tu marilah luangkan masa yang berfaedah dengan menemani kami hahahaa . . .

Kugiran daripada barang terpakai







Dengan berpandukan Google Maps maka kami sampailah ketempat yang dituju dengan selamat. Nasib kami baik sebab senang aje cari parking masa tu walaupun masa tu ramai orang. Turun-turun je kami dah ada misi utama. Cuba teka misi apa? Haaaa . . . Misi mencari topi, rayban, dengan kipas. Cuaca panas sangat sayang , kalau tak ada semua benda tu satu apa pun tak nampak, silau !!! Lepas tu kami sewa basikal untuk memudahkan kami bergerak. Kalau berbasikal tak lah penat sangat kan. Masa sewa tu kami dibekalkan dengan peta dimana mural-mural viral tu berada. Tak semua yang jumpa tapi pengalaman nak mencari tu yang macam main explore race dah hahaha . . . Bila penat kami rehat di masjid India Muslim yang terletak betul-betul tengah kawasan. Sambil-sambil itu tunaikan kewajipan.

Dah puas pusing, kami menuju ke destinasi seterusnya. RUMAH PRAMLEE. Haaa yang ini ada sakit hati sikit. Kita orang berpusing-pusing dekat tempat yang sama tapi still tak jumpa tempatnya dekat mana. Rupa-rupanya kita orang dapat jalan belakang. Jadinya kami kena turun dan jalan kaki kesana. Mula-mula kami curious jugak la mana tempatnya sebab masa tu kami cuma nampak rumah orang je tak ada pulak nampak rumah kayu ke apa. Rupa-rupanya rumah PRamlee dalam satu kawasan yang tembok tinggi. Patut lah kami tak nampak mana rumah nya hahaha . .  




Dalam sana, kami diperlihatkan bagaimana susasana rumah dan barang-barang yang pernab digunakan oleh PRamlee dan isterinya, Saloma. Rumahnya simple tapi menarik, sampai SS rasa nak buat rumah macam tu je hahaha.. Lepas habis pusing, kami masuk ke galeri PRamlee yang hanya terletak sebelah sahaja dari rumahnya. Dekat sana banyak sejarah tentang PRamlee sejak dia mula bergiat menjadi anak seni sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir. Ada juga karya dan alat muzik yang pernah digunakan sewaktu arwah masih hidup.



Perut dah lapar, yelah last makan masa nak bertolak keluar tadi. Hari dah petang tapi tak makan lagi. Kami menuju ke Padang Brown. Dekat sana kawan SS sarankan SS rasa Pasembor. Wau!! Rasa dia memang nice, semua rasa. Dari kuah sampailah ke isinya. Lepas makan kami menuju ke Padang Kota. 

Dekat sana kami banyak melepak je sambil tengok matahari terbenam. Ramai pelancong dengan keluarga keluar beriadah dekat sana, kalau cakap pasal suasana dia memang ramai orang, tapi tak sesak. Masa tengah lepak-lepak tu, ada persembahan daripada adik bola . .  SS lupa nama dia sapa, tapi pandai dia rolling-rolling bola tu . Nice Dik!!

Alhamdullilah kami sampai ke rumah lepas magrib. 

Topi : RM5
Kipas : RM5
Rayban : RM15
Basikal : RM5/5 jam


DAY 4

Dah hari keempat dah. Kali ini kami keluar berdua sahaja. Perjalanan selama sejam setengah menaiki motor, kami sampai ke Bukit Bendera. Masa sampai tu agak terkejut jugak la, ramai giler orang!! Yang tourist nya, penduduk tempatan, orang bercuti, budak sekolah... serious memang ramai. Lepas beli tiket kami beratur lah bersama-sama yang lain. Kami tak amik fast line pun sebab masa ini kami hanya mampu berbelanja dalam kemampuan sahaja. 







Disinilah kesabaran kami diuji. Kami terpaksa menunggu selama 2 jam sebelum tiba giliran kami menaiki train naik ke atas. Sampai sahaja ke atas kami terus menunaikan solat dan berehat sebentar. Lepas itu kami terus kan perjalanan survey dekat bukit bendera tengok apa yang ada.

Padlock bridge . . . seriously banyak padlock yang ada dekat situ. Jambatan itu menjadi saksi dimana banyak pasangan telah menyemai kasih dekat situ... hahaha jiwang tak ayat SS. 




Little Village (RM3/ Person) . Mulanya kami tak nak masuk sebab kena bayar. Lagi pun tak tanya pun masuk berapa. Bila kami dah keluar dari laluan kecil tu, salah seorang salesman dia hadang kami. Disebabkan promosi dapatlah kami harga sebegitu kalau tak harga dia lagi mahal katanya lah. Dekat situ kami dapat lihat keseluruhan Penang, cantik sangat. Kalau waktu malam SS yakin mesti semua jatuh cinta kalau tengok suasana masa tu. Jalan lagi sikit, kami dipertontonkan rumah-rumah kerdil dan binatang yang comel seperti arnab, burung dan banyak lagi. Lepas itu, kami masuk ke rumah lebah dan dalam tu memang ada lebah. Masa masuk tu kami disuruh rasa beberapa jenis madu. Dekat sana kami amik beberapa madu dan jus untuk dibawa balik.








Lepas keluar kami ke Owl Museum. Kalau dah kata Owl semestinya tema dia burung hantu. Tiket masuk RM25/Person. Masa kat pintu masuk tu ada pakaian ala-ala Harry Potter. Baju-baju tu semua free for use. SS pun pilih pakaian Harry Potter sebab nak felling-felling jadi Harry Potter kan hahaha... Dekat dalam tu banyak sejarah pasal burung hantu dah jenis-jenis burung hantu yang ada dekat dunia ini. Cara penyampaian dia unik, nak tahu macam mana? korang kena rasa sendiri... Dekat dalam ni jugak ada 3D art so korang kena pandai-pandai sendiri nak mengayakan gambar kat situ. Kalau nak beli cenderahati pun dekat dalam tu ada kedai cenderahati.




Last tempat kita orang pergi sky tower. Dekat situ korang boleh tengok pandangan keseluruhan Penang. Memang cantik dan menarik

Sekali lagi kesabaran kami diuji apabila kami terpaksa menunggu lagi 2 jam untuk balik pulak. Tapi kali ini bukan sikit-sikit diuji, ada sekumpulan budak lelaki yang SS yakin dia orang datang untuk lawatan sekolah. Mereka sangat RUDE!! ada ke patut mereka tolak orang-orang yang tengah beratur dekat situ disebabkan mereka tak nak kehilangan kawan-kawan dia orang. Sepatutnya cikgu mereka yang mengawal mereka bukannya mereka sendiri. Dah la tolak-tolak lepas tu cakap dengan orang sebelah macam cakap jauh sebatu. Kesian makcik sebelah SS tu, tangan dia luka masa budak-budak tu tolak. ishhhh ishhh ishhh


Selepas hampir sejam setengah perjalanan akhirnya kami keluar dari tol Jawi. Tapi kami tidak terus balik, kami singgah dulu kedai makan yang tidak jauh dari situ. Kawan SS kata dekat situ char kuey teow basah dia memang grade A+ maka SS pun rasalah! Serius memang A+. Bukan hanya Char Kuey Teow Basah je yang sedap, yang kering pun sedap jugak! Meh sini SS payung sikit rupanya...

Kuey Teow Kerang

Char Kuey Teow Basah

Nasi Goreng Daging


DAY 5

Second day before kami bertolak kembali ke Seremban. Hari ini kami tak ada plan apa-apa. Jadinya kami memilih untuk melepak dan merapatkan ukhwah hahaha . . . Rasa-rasanya ada benda yang tertinggal la! Ermm oh ya! kalau kita ke Pulau Pinang, apa makanan wajib kita beli sebagai buah tangan?

Yes!! Jeruk Pak Ali!

Apa yang specialnya Jeruk Pak Ali ini adalah rasanya yang unik. Ala setakat jeruk, semua orang boleh buatkan. Tapi jeruk Pak Ali ini mempunyai rasanya yang tersendiri sehingga mampu menarik ramai pelancong dan menjadi satu tarikan unik bagi Pulau Pinang. 

Petang itu, kami pergi ke pasar malam yang tidak jauh dari situ. Seperti pasar-pasar malam biasa, mereka menjual makanan, pakaian, kosmetik, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tapi apa yang SS tak boleh lupa adalah rangka ayam madu dia... peh! peh! peh! sedap sehingga menjilat jari. Dia punya rasa madu sampai ketulang masih rasa madu dia. Dari 5 bintang dia berhak dapat 5 bintang.


DAY 6

Hari yang menyedihkan. Hari dimana tamatkan percutian SS kali ini. Lepas daripada sarapan pagi, kawan SS beritahu yang selepas ayahnya pulang dari kebun, beliau akan hantar kami pulang. Maka kami pun cepat-cepat siap dan berkemas. Semua barang dicek beberapa kali, takut ada barang yang tertinggal. Ye la . . . nak patah balik nanti bukannya dekat.

Apa yang seronoknya kali ini, apabila SS diberi kepercayaan untuk memandu pulang. Hehehe . . . Dari RnR Sungai Perak kalau SS tak salah, SS bawa sampailah ke Seremban. Yang peliknya, tak rasa penant pun cuma rasa tercabar masa di jalan Ipoh dimana kebanyakkan jalan selekoh tajam yang menyebabkan SS terpaksa memberikan lebih tumpuan daripada biasa.

Sepanjang perjalanan, kami disajikan pemandangan hijau yang sangat cantik. Dari jalan, SS nampak tanda mercu nama 'IPOH' yang pernah viral sebelum ini apabila terdapat sekumpulan remaja memanjat tanda mercu nama itu tanpa sebarang alat keselamatan. Masa SS nampak tanda nama itu, SS sebenarnya terfikir. Macam mana mereka naik? Sebab keadaan dekat situ memang 100% bukit tinggi semuanya. 

Paling kelakar apabila SS tersalah masuk tol. Dah la SS tak hafal jalan dekat Kuala Lumpur tu. Lepas itu termasuk sana pulak. Dah ikut papan tanda pun boleh sesat entah kemana. Pada masa itu yang merisaukan adalah minyak kereta semakin menunjukkan kesurutan dan kami tak jumpa pam minyak. Entah mana SS pergi masa itu pun SS tak tahu hahaha

Tapi alhamdullilah semua berjalan lancar. Dalam pukul 8 malam kami sampai ke hostel kami.

Terima kasih mak cik dan pak cik kerana sudi terima SS duduk dirumah Pak Cik dan Mak Cik untuk beberapa hari. Terima kasih juga kepada abang kawan SS sebab percayakan SS bawa kereta dia. Terima kasih sekali lagi yang terlibat secara langsung atau tidak. Pengalaman SS selama beberapa hari ini memang tidak boleh dilupakan. Insya-Allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye, harap tak serik la jemput SS kerumah.

Okay lah! sampai sini sahaja dulu . . . Next time kalau ada story lagi SS cerita ye muah!!

#Travelog #Penang #Johor