Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku. Show all posts

Wednesday, 1 April 2020

MAGIS ( RAMLEE AWANG MURSHID )


ASSALAMUALAIKUM

Sumber : Google Image
MAGIS merupakan salah satu nukilan Ramlee Awang Murshid yang telah menempatkan 5 manusia daripada zaman yang berbeza kepada satu zaman hujung waktu dimana dunia diambang kemusnahan. Sunan, Mikhail, Carlos, Tombiruo dan Ryu-Watanabe.

Dikala Sunan bergadai nyawa melindungi orang dan wilayahnya, Tumbiruo sibuk mempertahankan Hutan Keningau, Mikhail berusaha meloloskan diri dari tahanan, Carlos berlawan dengan dirinya apabila hampir dilanggar dan Ryu-Watanabe ditolak daripada bangunan yang tinggi, mereka berlima telah melihat satu fenomena Halo dimana matahari berbentuk seperti cincin sebelum mereka tiba-tiba sahaja muncul di sebuah tempat yang tidak diketahui asal-usulnya.

Mereka berlima ini dikenali sebagai perentas masa yang bakal membantu manusia pada akhir zaman untuk melawan bala tentera bukan manusia tetapi berwajah manusia. Didalam perantauan tersebut, Mikhail dan Ryu telah bertemu dan menjadi teman. Begitu juga Sunan dan Tumbiruo. Manakala Carlos dibasuh supaya menjadi tentera Tuan Turak. 

Dalam perantauan tersebut, Sunan dan Tumbiruo terpisah apabila mereka diserang oleh tentera sumpahan dikawasan bukan untuk manusia. Disitu Sunan telah bertemu dengan Syeikh Thauban seorang penjaga masjid yang terakhir yang selamat pada zaman tersebut. Disitu juga Sunan telah bertemu dengan Carlos yang kelihatan agak keliru dengan dirinya. Terdapat perlawanan kecil antara mereka sehingga menyebabkan Carlos berdendam dengan Sunan.

Tumbiruo pula kini bersama Juvia yang dikatakan kekasihnya. Namun begitu rupanya Juvia merupakan anak Gabenor Wilayah Tur-Kus dimana beliau akan memerangkap lelaki untuk dijadikan tentera yang setia melalui proses penanaman cip kedalam otak mereka. 

Mikhail juga terpisah dengan Ryu, apabila Ryu tiba-tiba terjatuh dalam sebuah lubang yang sangat dalam ketika Mikhail pengsan disebabkan pertempuran mereka bersama sekawan dubuk. Perpisahan itu telah menyebabkan Ryu bertemu dengan orang Memalik penguhuni underground city. Fatimiah anak Adid, ketua kepada orang Memalik ditugaskan menjaga Ryu sepanjang keberadaannya disitu.

Kisah menjadi lebih menarik apabila Sunan dan Juvia telah pergi ke Buyuk Docia bagi meminta tolong menyelamatkan Tumbiruo yang sedang bertarung nyawa apabila ditikam Jeneral Karanlik apabila mereka cuba melarikan diri daripada Tur-Kus. Kedatangan mereka bertiga menimbulkan syak wasangka bagi golongan Memalik sehingga berlaku sedikit pertarungan antara Sunan, Mikhail dan Ryu.

Kedatangan Juvia ke Buyuk Docia telah menjadi petanda bahawa pertumpahan darah tidak dapat dielakkan lagi. Awal pagi esok mereka akan bertarung nyawa untuk mempertahankan wilayah mereka daripada tunduk kepada pemerintahan Tuan Tujak yang berlandaskan Syaitan.

Masing-masing berjuang dengan sepenuh hati. Mereka tidak kisah kalau terkorban. Didalam kesukaran melawan musuh akhirnya mereka berlima terkorban apabila angin lembut menyapa mereka. Maka hilanglah nyawa mereka yang beriman.

Kembalikan mereka kedunia nyata. Dimana tidak tahu antara benar atau ianya sekadar mimpi disiang hari. Tidak disangka didunia nyata akhirnya Ryu dan Mikail bertemu manakala Sunan telah mencatatkan pengalaman mereka didalam satu hikayat.

Bagi Jie, kisah dia sangat menarik. Dimana 5 orang dari masa yang berbeza bertemu dan mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman itu juga telah menjadi titik permulaan sebuah persahabatan dan tenangnya satu jiwa yang kacau.

Jie memang sokong sangat kalau korang nak baca cerita ini. Semua karakter dia ada cerita dan kekuatan yang tersendiri. Jadi tunggu apa lagi ? Bagi yang tak baca boleh la dapatkan di kedai buku atau pinjam kawan-kawan.

Kita jumpa dalam ulasan akan datang . Daaa

Wednesday, 19 February 2020

EMPAYAR 2 : HIKAYAT MUKJIZAT DARIPADA IBLIS ( TEME ABDULLAH )

ASSALAMUALAIKUM.

Kali ini review Jie mungkin agak panjang daripada sebelum ini. Jie nak semua faham dengan betul apa yang berlaku dalam Empayar 2 ni. Jadi dipersilakan baca dulu sinopsis pendek dari Jie. Hihihi...

____________________________________________________________________

" Terbang cenderawasih keliling negeri
Menambat ganasnya ledakan rentaka
Mengetas bendalu dalam sunyi
Dinding lasak negeri merdeka "
Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis


Jika sebelum ini, Empayar telah meninggalkan kita dengan penuh tanda tanya apakah yang terjadi kepada madrasah selepas pemergian putera raja secara senyap. Bagaimana kehidupan pelatih 6480 lepas tunangnya dirampas dan sahabatnya menghilangkan diri.

Kali ini Siri kedua Empayar telah keluar untuk menjawab beberapa persoalan yang berada pada siri pertama. Namun kewujudan dan keberadaan pelatih 8492 (Putera Aradhana Sastra) masih menjadi tanda tanya. Kali ini Teme menegaskan tentang syaitan yang bertopengkan manusia. Melakukan kejahilan dan kekejaman tanpa rasa bersalah.

Kisah bermula apabila Teme mengetengahkan kisah hidup seorang kanak-kanak yang bernama Bachok Andika, anak kedua Orang Kaya. Walaupun hidupnya serba mewah beliau tidak pernah kekok untuk bermain dan bergaul bersama mereka yang berlainan darjatnya. Andika sentiasa bersemangat untuk mengikut ayahnya berlayar. Namun ianya hanya mimpi, ayahnya tidak sama sekali mengajarnya mengenai dunia laut. Ayahnya hanya fokus kepada anak sulung nya Bachok Anding. Setiap pelayaran, Anding diwajibkan ikut bersama supaya tidak kekok apabila beliau perlu mengambil alih tugas ayahnya nanti.

Riuh di luar bilik meminta kesemua pelatih berkumpul. Arahan daripada Mualim Jawa itu dituruti tanpa sebarang bantahan. Pada masa yang sama Pelatih 6480 agak gusar jika kehilangan putera sudah dapat dikesan. Pelatih 6480 tahu dia yang akan dicari jika matlamat asal arahan berkumpul itu adalah berkenaan dengan putera Aradhana kerana dia yang paling rapat.

Lubang dihadapan mereka itu yang menjadi persoalan. Siapa yang melakukannya dan kenapa? Adakah Madrasah Taming Sari dalam keadaan bahaya?

Persoalan terjawab apabila kelihatan susuk tubuh dewasa berpakaian jubah sambil wajahnya ditutup berlari kearah lubang tersebut. Tidak semena-mena keadaan menjadi kucar-kacir dan pelatih 6480 pengsan apabila terdapat hentakan yang kuat dikepalanya.

Rupanya Madrasah kini dalam genggaman jemaah Ar-Rayatusuwd yang diketuai oleh Abu Sawad. Kehilangan hampir separuh daripada jumlah pelatih menjadi tanda tanya, dimanakah mereka. Adakah mereka telah terkorban ketika berlakunya pergelutan? Namun begitu, pelatih tetap berada didalam keadaan yang tenang. Mereka sedar, tidak guna mereka melawan jika tahu pengakhirannya.

Para pelatih memulakan perancangan untuk meminta bantuan daripada perkampungan terdekat. Namun begitu, pemilihan ketua perlulah dilakukan untuk melancarkan perancangan mereka. Sudah terang lagi bersuluh, pelatih 1636 yang telah dipilih sebulat suara namun penentangan daripada pelatih 6480 menjadikan jumlah undian berubah. Akhirnya pelatih 6480 telah dipilih sebagai penghulu.

Sebagaimana yang kita tahu, pelatih 1636 terkenal dengan kelicikan. Didalam perbincangan meminta bantuan, pelatih 1636 telah menawarkan diri untuk menjadi umpan bagi mengalihkan pandangan pengawal semasa serang subuh. Rupa-rupanya beliau berniat untuk membiarkan penghulu 6480 dan A-Kaf 3808 terkorban ketika misi tersebut. Dengan kematian mereka berdua, barulah rancangannya untuk menjadi yang terhebat menjadi mudah. Namun begitu seribu kali sayang apabila Mualim Jawa yang terkorban dalam misi tersebut ketika menyelamatkan penghulu 6480 dan A-Kaf 3808.

Bagi pelatih 1636 rancangannya sudah berjaya apabila tiada berita mengenai mereka berdua sejak misi tersebut. Mereka beranggapan bahawa mereka berdua telah terkorban bersama Mualim Jawa. Sebelum Mualim Jawa menghembuskan nafas terakhir, beliau sempat menyerahkan Keris Nadi Pertiwi kepada A-Kaf 3808 dan keris miliknya kepada penghulu 3808. Mereka berdua telah diarahkan untuk pergi ke Wilayah Jauhar untuk meminta pertolongan dari Orang Kaya Daeng Anding. Mendengar sahaja nama Daeng Anding, pelatih 6480 menjadi berang. Kenapa beliau perlu bekerjasama dengan insan yang tidak digemarinya itu. Disitu barulah terbongkar bahawa penghulu 6480 merupakan adik Daeng Anding iaitu Bachok Andika yang merantau kerana tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh keluarganya.

Apabila nafsu telah mengalahi segalanya, Abu Sawad telah meminta pembantunya, Abu Aiman untuk mencarikan wanita yang mampu memuaskan nafsunya. Keadaan menjadi sukar apabila pelatih wanita yang dibawanya itu merupakan pelatih 2335, isteri pelatih 1636. Menyuruh pelatih 1636 melepaskan pelatih 2335 adalah sukar kerana ianya akan merosakkan reputasinya sebagai imam. Oleh itu, Abu Sawad telah melantik pelatih 1636 sebagai ketua kepada para pelatih dan mengharapkan seorang bujang yang mampu memimpin pada masa akan datang.

Pelatih 2335 menunggu suaminya dengan penuh harapan. Banyak yang ingin dikongsikan. Namun begitu, belum sempat pelatih 2335 meluahkan isi hatinya beliau telah diceraikan talak satu oleh pelatih 1636 tanpa sebagai alasan kukuh. Hal ini kerana pelatih 1636 tidak mahu Abu Sawad mengetahui dia sudah berkhawin. Oleh itu, hubungan dia bersama isterinya perlu diputuskan segera. Berita penceraian tersebut telah diketahui oleh Abu Sawad.

Bagai orang mengantuk disorang bantal, Abu Sawad terus meminta Abu Aiman dan Abu Hajar untuk menikahkan pelatih 2335 bersamanya tanpa menunggu edahnya habis. Majlis tersebut diadakan kecil-kecilan tanpa ada satu juadah pun disediakan. Namun Abu Sawad telah mengantikan juadah tersebut kepada kebenaran pengawal dan pengikutnya memilih mana-mana pelatih wanita untuk ditidurinya. Secara tidak langsung, pelatih wanita telah dianggap sebagai hamba abdi.

Hari demi hari, Abu Hajar semakin merasakan ada yang tidak betul tentang perjuangannya itu. Dia sentiasa tertanya adalah yang dilakukan Abu Sawad itu benar atau tidak. Hatinya keliru. Disitulah dia selalu berkongsi dengan Abu Aiman yang sangat dipercayai dari dulu hingga kini.

Perjalanan Andika bersama Kai Wen (A-Kaf 3808, berketurunan cina) akhirnya menuju kejayaan apabila mereka akhirnya tiba diwilayah Jauhar. Disitu peranan Kai sebagai penunjuk arah telah bertukar kepada Andika kerana dia lebih mahir dengan selok belok tanah airnya itu. Kehadiran Andika disambut mesra oleh Anding namun berbeza dengan Andika yang kelihatan lebih dingin. Andika terus menyerahkan keris milik Mualim Jawa, disitu Anding sudah mengetahui bahawa Mualim Jawa sudah tiada lagi.  Kai menceritakan apa yang berlaku kepada Madrasah. Dengan segera Anding terus memerintahkan pengikutnya bersiap untuk melakukan perjalanan kesana.

Ritual Anding terhadap keris Mualim Jawa dan kapal Gong telah diperkuatkan tentang apa yang disangka selama ini. Keluarganya menggunakan bantuan halus dan menjadi lanun. Namun begitu satu persatu sangkaan Andika menemui jawapan. Kini dia lebih terbuka dan memahami apa yang dilakukan oleh abang dan ayahnya selama ini. Mengapa ayahnya tidak membenarkannya sama sekali mengikut bersama untuk pelayaran. Apa yang diharapkan oleh ayahnya suatu hari nanti dan tugas orang laut dalam kerajaan.

Setelah beberapa jam berlayar akhirnya mereka tiba di jeti. Helang pemantau telah dilepaskan untuk memantau keadaan sebelum mereka menyerang. Apabila Abu Hajar melihat helang tersebut, beliau sudah tahu bagaimana nasib mereka pada akan datang. Oleh itu, beliau telah mengajak Abu Aiman untuk berlari bersamanya.

Dengan mudah, Daeng Anding dan tenteranya menawan kembali Madrasah. Sesampai sahaja disana, kelihatan beberapa pangawal yang berkawal telah pengsan dan pelatih semua dalam keadaan yang baik. Pencarian Abu Sawad dicepatkan tetapi mendapat khabar buruk apabila Abu Sawad ditemui cedera parah apabila lehernya dikelar dan perutnya ditusuk dengan pedang. Namun begitu, Abu Aiman dan Abu Hajar masih tidak dapat dijumpai.

Terdapat persoalan apabila Daeng Anding tidak memberi salam hormat kepada pelatih 1630 apabila beliau telah dipanggil. Keadaan itu menyebabkan salah seorang pelatih memberanikan diri untuk bertanya,

"Pernahkan Orang Kaya melihat wajah tengku putera?"

Jawapan daripada Daeng Anding telah menjawab 1001 persoalan dan telah membongkar 1001 kebohongan yang telah berlaku dikalangan mereka.

Diakhir kisah ini, terdapat plot twist apabila syaitan yang sebenarnya bukanlah seperti kita lihat. Kai dan Andika meneruskan pengembaraan mereka. Manakala pelatih 1630 pula telah menerima hukumannya.

____________________________________________________________________

Kisah sangat mudah tetapi dipenuhi dengan pengisian yang padat. Dari Empayar 1 lagi, Jie meletakkan high expectation kepada penulis Teme. Bagi yang ingin ketahui siapa syaitan sebenar boleh dapatkan Buku Empayar ini dimana-mana kedai buku berhampiran. Jie yakin korang takkan percaya dia adalah dalang disebalik semua ini.

Kita jumpa lagi pada review akan datang ... 

Tuesday, 14 May 2019

BUDAK TOMATO ??

--- MATO ---
 
Budak Tomato atau Mato!! Ermm jujur Kak Jie katakan yang Kak Jie memang tak berapa nak kenal dengan Mato. Permulaan Kak Jie baca karya Mato apabila salah satu daripada karya beliau iaitu "Hiatus" timbul satu kontrovesi sehingga menyebabkan pencetakan semula karya itu dihentikan buat sementara waktu.
 
Kak Jie mulakan dengan follow IG Mato. Hari demi hari, Kak Jie rasakan ada sesuatu yang menarik tentang Mato. Mato ada cara yang tersendiri untuk dekati dan layan peminat dia yang kadang kala tak boleh nak bezakan realiti dan fantasi. Hahaha... Jangan marah...
 
Ini twitter @thelostsiv dan  IG @tls9._ Mato

ESC . WORLD . HIATUS . DETOUR  

HEALER
 Berdasarkan pemerhatian Kak Jie, Mato ada 5 karya yang masih Kak Jie belum explore lagi dan Kak Jie berminat untuk dapatkan buku karya Mato nanti.

*Kalau tulisan bawah gambar dan tukar purple maknanya buku tu Kak Jie dah baca hihihi
 
p/s : sumber gambar _Google_

PENULIS MISTERI "SIRI JALANAN DAN EMPAYAR"

TEME ABDULLAH


 
Mula menulis buku pada tahun 2016, karya pertama beliau telah mendapat sambutan diluar jangkaan. Karya beliau juga telah menerima pelbagai anugerah seperti Kulit Buku Tercantik 2018, Pemenang MPH Best of 2018 dan banyak lagi. Nak tahu lanjut boleh layari blog beliau ---> Temerity <---

Enam karya yang berbeza. Enam karya yang mempunyai maksud yang tersendiri. Enam karya yang mempunyai jiwa yang tersendiri.

Kak Jie tak tahu dan bagaimana Teme buat benda tu, setiap penulisan dia mampu membuatkan pembaca hilang dalam dunia ciptaannya itu. Selain 6 adik beradik ini, Teme juga ada buat planner. Tapi Kak Jie tak dapat nak beli sebab masa tu ada perkara yang lebih penting. Sorry Teme.


ARKITEK JALANAN
PELUKIS JALANAN

EMPAYAR
IMPIAN JALANAN

SIGNATURE JALANAN

EMPAYAR 2

Ada sedikit review yang sempat Kak Jie kongsikan . Diharapkan perkongsian Kak Jie ini boleh menarik minat sesiapa yang tak pernah baca karya TEME ABDULLAH. Nak tahu pandangan Kak Jie pasal adik-beradik ini dengan lebih mendalam, boleh clik je dekat tulisan setiap gambar tu. Kalau takde tu, maknanya Kak Jie belum sempat nak share la... maaf ye

Tuesday, 30 April 2019

Hiatus - Budak Tomato

ASSALAMUALAIKUM...

Hiatus!! Siapa pernah dengar / baca karya Budak Tomato ini?

Kak Jie pun tahu banyak info pasal dia. Cukuplah Kak Jie tahu yang dia seorang manusia hihihi. Salah seorang penulis Iman Publication ini telah mengetengahkan kisah hidup seorang insan yang diberi nama Amir Talhah yang merupakan seorang pesakit depresi. 

Dibesarkan oleh keluarga angkatnya sejak 4 tahun tidak menghalangnya merasai kasih sayang dari seorang ayah dan ibu. Talhah diberikan ajaran agama yang cukup sempurna sehinggakan dia mampu menghafal al-quran dengan mudah. Alhamdullilah semakin meningkat dewasa Talhah mula berjinak-jinak dengan dunia penceramah dan dikenali ramai, terutamanya dalam kalangan islam dari Eropah. Dia sering dipanggil untuk memberi talk dalam majlis-majlis agama dan majlis tertentu. 

Namun langit tak selalu indah. Pegangan Talhah mula goyah. Dia rasa kosong. Dia sering rasa tidak berguna. Sehingga dia pernah terfikir untuk bunuh diri. Perasaan ini datang berdasarkan kisah silamnya yang selalu dibuli dan persekitarannya yang terlalu bebas. Dia juga mengalami masalah makan.

Disebalik Talhah yang dilihatnya bagus dalam menyampaikan hujahnya dalam agama tapi sebaliknya menjalankan gaya hidup bebas. Mabuk dan bersama wanita adalah perkara biasa untuknya. Rambutnya juga bermacam warna mengikut moodnya. Anggota badannya penuh dengan kesan-kesan toreh yang dia lakukan sendiri menggunakan pisau kecil yang sedia ada dibelakang casing phonenya. Baginya rasa sakit itu tidak seberapa jika dibandingkan torehan dibadannya itu. 

Pertemuannya bersama Raudah dalam sebuah majlis dimana mereka berdua dilantik sebagai ahli panel dalam membincangkan 'Pesakit, doktor dan Allah' di Rusia, telah merubah sedikit demi sedikit apabila Talhah jatuh cinta padang pertama. Setiap saat dia sering terbayang senyuman, cara percakapan, gaya dan apa sahaja yang dilakukan oleh Raudah. 

Sampai satu tahap apabila Talhah menyuarakan niatnya untuk berkhawin kepada ayahnya. Namun dia tidak bercerita mengenai Raudah atau future wife efiw erutuf  (Nama yang diset dalam telefon Talhah) kerana Raudah usrah dibawah kumpulah Islah yang sememangnya tidak digemari oleh bapanya. Minggu pertama Ramadan itu, tanpa disangka status Talhah telah bertukar tanpa dipersetujuinya. Ayahnya telah meminang Tasnim ( Kawan lama Talhah semasa kecil ) untuk Talhah. Dia memberontak tapi pada masa yang sama dia mula mendekatkan diri dengan Maha Pencipta apabila nasihat-nasihat Raudah mula bermain dalam fikirannya. 

Tidak semua akan suka dengan perubahan kita. Nia! Salah seorang teman Talhah yang setia dan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Talhah. Apabila Talhah mula berubah, dia tidak puas hati dan telah melakukan pelbagai perkara supaya Talhah kembali padanya. Dia telah mencampurkan air mineral yang diberikan kepada Talhah ketika Talhah sedang kehausan kerana dia mengaji dan berselawat di masjid dengan pil khayal. Paginya, Talhah sedar Nia dalam dakapannya. Nia juga menuduh Talhah yang telah menyebarkan HIV kepadanya. 

Banyak lagi dugaan yang Talhah tempuhi untuk kembali kepangkuan-NYA. Jika tidak kuat, dia akan kembali ketakuk lama dan penyakitnya takkan pulih. 

Klimaks bila Talhah nekad pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan ibubapa Raudah. Namun alasan yang diberi kepada keluarganya adalah untuk melawat nenek dan atuknya di sana. Dugaan menimpa lagi apabila Talhah ditahan di airport kerana disyaki membawa dadah yang dia sendiri tidak tahu datang dari mana. Namun anak matanya dapat menangkap Nia yang sedang tersenyum sinis melihat dia dibawa pergi. 
Didalam tahanan, Talhah seperti hilang arah dan akhirnya dia berada ditempat yang dia tidak pernah datang... 

................

Penceritaaan yang sangat dekat dengan pembaca. Bila Kak Jie baca buku ni, susah untuk Kak Jie nak berhenti sebab dia membuatkan pembaca nak tahu apa lagi yang berlaku. Lagi-lagi dengan perangai Talhah yang suka membuat keputusan secara tiba-tiba. 

Talhah dah baik ke? Akhirnya Talhah kawen dengan siapa, Raudah ke Tasnim? Siapa pula watak Qiden dengan Chad? Skai dengan Ziyad sokong tak perubahan Talhah? Nia ni kenapa tak puas hati dengan perubahan Talhah. 

Hiatus ini lebih kepada diari kehidupan Talhah. Ada pahit ada manisnya... Cuma sekarang ni Kak Jie nak tahu, Talhah bersama dengan Raudah tak akhirnya? Hahahaha... 

Good story Mato, next 'Healer'... 

Adiosss

Wednesday, 24 April 2019

SIGNATURE JALANAN ( TEME ABDULLAH )

"Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula-mula tadi... 

Rasa macam seakan-akan dilahirkan bodoh daripada orang lain. 

Orang lain boleh score exam. Aku pulak tak boleh score. Dahlah lambat membaca. Huruf-huruf pun aku tertukar-tukar. Gagap pula tu... 

Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diaorang tak lalui. Dia orang ingat aku memang malas. Diaorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi sama macam orang lain. "

SIGNATURE AUTOGRAF JALAN

Perkongsian yang sangat mudah tapi mendalam. Mengisahkan kehidupan pelajar SPM berasrama penuh yang banyak berperang dengan diri untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dalam masa yang sama mencapai target dan matlamat sekolah. 

" Ben, Joe, Oki, Zack & Aliff "

5 pelajar yang mempunyai perangai berbeza namun akhirnya terjalin hubungan rapat antara mereka disebabkan beberapa kejadian yang memberi kesedaran untuk kita.

Siapa sangka Ben yang terkenal dengan pelajar pintar, aktif dalam kokurikulum mempunyai masalah pembelajaran. Sering dibanding-bandingkan dengan kakaknya membuatkan Ben tertekan sehingga dia menjumpai cara untuk menanganinya. Melukis!! Melukis membuatkan Ben tenang. Melukis memudahkan Ben untuk menghafal. Melukis membuatkan Ben lebih yakin pada diri. Hobinya secara tidak langsung memberinya satu bakat yang luar biasa dalam seni lukisan. Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum ketika SPM telah menjadi bukti bahawa kalau kita yakin dengan kemampuan kita, kita berjaya lakukan. Ini terbukti apabila Ben berjaya mendapat straight A dalam SPM dan mendapat Anugerah Pengakap Raja. Tapi dalam mengejar kecemerlangan tersebut siapa sangka ada pihak yang salah sangka terhadapnya. Oki kata Ben kedekut ilmu! Joe kata Ben talented ! Zack kata Ben tidak sesuai jadi MT (Majlis Tertinggi) sebab berkawan dengan budak-budak nakal sekolah! Dia juga pernah berperang dengan dirinya sendiri apabila dia berniat untuk meniru dalam Percubaan SPM. Secara perlahan satu persatu salah faham itu di bersihkan dengan caranya yang tersendiri. 

Joe!! Lemah dalam pelajaran namun jaguh dalam basketball. Dia menjadikan Ben sebagai idolanya apabila menganggap Ben adalah pelajar gifted apabila melihat dia tidak pernah melihat Ben mengulang kaji pelajaran tetapi sentiasa mendapat markah terbaik. Joe juga digelar 'Si Kosong' apabila berjaya mengekalkan markah kosong sepanjang tingkatan 4 dan beberapa ujian di tingkatan 5. Namun gelaran itu sedikit demi sedikit hilang apabila markah Joe semakin meningkat masa demi masa dengan bimbingan Oki. Joe juga diblacklist dari sesi KULTIM (Kuliah tiga minit) yang akan diadakan secara mengejut jika ada masa terluang. Ini berpunca apabila Joe menyampaikan lirik 'Kekasih awal dan Akhir' dalam sesi tersebut. 

"Joe...  Dahlah tu Joe. Kantoi dah pun. Kau dah simbah teruk dah tu... " Inilah kata yang keluar dari mulut kenalannya apabila Joe sedaya upaya 'solat sunat' apabila namanya disebut untuk menyampaikan KULTIM.

Ketua BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) yang terkenal dengan sikapnya yang tidak takut selagi dia yakin apa yang dilakukan untuk menegakkan islam. Itulah Zack. Kesan calar dipintu-pintu dorm itu merupakan kesan turun temurun oleh ahli BADAR tetapi 90% berpunca dari Zack. Sering muncul dengan penyangkut baju besi di waktu pagi untuk mengejutkan pelajar untuk subuh berjemaah. Sikapnya itu tidak digemari oleh kawan-kawannya terutamanya Ben. Dia juga mengelarkan Aliff 'ahli neraka' apabila Aliff terlalu degil untuk mengikut arahannya. 

"Mulut kau ni lah yang akan tarik kau ke neraka nanti!  Hati kotor!" (M/S 58) kata-kata yang dilemparkan oleh Zack apabila Aliff kantoi panjat pagar untuk ponteng kelas. 

Suatu hari Zack terkena sesuatu yang mistik yang menjadi bualan dari zaman ke zaman disekolahnya itu. Selepas kejadian tersebut, Zack telah target Ben cuba mengenakannya. 

Aliff merupakan pelajar paling nakal di sekolah. Baginya dia mahu cepat-cepat habis sekolah supaya dia boleh bekerja. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Aliff tidak mahu membebankan keluarganya yang serba kekurangan jika dia sambung belajar.

" ... Saya tak target apa-apa pun. Habis saja SPM saya nak terus kerja. Result macam mana pun saya tak kisah. " (M/S 237)

Itulah apa yang difikirkan Aliff selama ini. Namun begitu, kata-kata Ayahanda telah merubah pemikiran Aliff 100% walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Dia juga mengaku bersalah dengan apa yang dilakukan kepada ketua BADAR. 

"Kita bukan nak berjaya sorang-sorang Ben. Kita nak cemerlang SPM ni sama-sama. Seronok ke kalau dapat result cemerlang untuk diri kita sendiri, tapi kawan-kawan semua terkial-kial nak masuk IPT? " (M/S 153)

Teguran Oki secara tidak langsung telah menyedarkan Ben dengan tindakannya. Oki seorang yang bertanggungjawab dalam apa yang dilakukan. Sebagai salah seorang fasilitator, Oki tidak lokek dalam mencurahkan ilmu kepada mereka yang lemah terutamanya Joe. Dia sentiasa optimis dan positif dalan mendidik Joe.  

... Sebab itulah dalam kebanyakan situasi, orang yang selalu mengajar orang lain akan menjadi lebih cemerlang (M/S 160)

"Kau boleh Joe!  Kalau aku yakin dengan kau, kau mesti lagi yakin dengan diri sendiri" (M/S 282). Kata Oki apabila cuba memujuk Joe menyasarkan target 5A dalam SPM. 

Dalam pecutan terakhir, Oki dilantik sebagai mentor Joe. Oki juga menerima anugerah Half Colour berdasarkan pencapainya dalam International Mathematics Olympiad. 

Alhamdulliah keputusan yang mereka dapat semua membanggakan. Joe berjaya melepasi targetnya, Ben dan Zack tersenarai dalam pelajar straight A, Aliff juga berjaya mendapat 4A dan Oki pula terkucil sedikit apabila ada mata pelajaran dapat B

Bagi Kak Jie, gaya penceritaan dalam signature jalanan ini ringan. Tapi cukup memberi kesedaran dan semangat untuk berubah kearah lebih baik. Jadi Kak Jie tak teragak nak suggest buku ni kepada orang ramai lagi-lagi pelajar SPM. 

Thanks Teme sebab keluarkan lagi karya yang memberi motivasi secara tidak langsung :)

Saturday, 28 July 2018

UB : EMPAYAR PUTERA TANPA NAMA - TEME

Assalamualaikum.. 

Kali ini Kak Jie terdetik sekali lagi nak baca buku hasil karya Teme Abdullah by Iman Publication. Melihat dari kulit bukunya, really amazing... macam zaman dulu-dulu tu (i like😂😂)

Jujur Kak Jie cakap, susah untuk Kak Jie nak pupuk semangat membaca buku kalau banyak sangat halangan hahaha... Nak tahu apa halangannya? (Halangan ke alasan) Okay... Meh Kak Jie senaraikan

1. Kak Jie dah baca separuh masa baru beli haritu, tapi disebabkan kena pindah tanpa diduga Kak Jie terpaksa tinggal tepi dulu dan kasi settle urusan duniawi.

2. Karya Teme kali ni banyak guna nombor.  Contoh Pelatih 8492, Pelatih 6480, Pelatih 2335, Pahlawan 1636 dan Penghulu 1833. Jadi Kak Jie buat alternatif lain untuk memudahkan pembacaan Kak Jie.


3. Perjalanan Internship Kak Jie yang penuh dengan liku-liku kehidupan (tak payah ceritalah pasal ni) 

4. Proses penyiapan final report untuk internship. 


Jadi bila dah hampir dua bulan tinggal, takkan la nak sambung baca terus. Jadi Kak Jie amik keputusan repeat balik bacanya biar ada feel 👍👍

Sinopsis ringkas untuk #EmpayarPuteraTanpaNama

"Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik. Akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat. Akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik"

Harta dan pangkat bukan pengukur kepada tangga kita. Sama ada kita diatas atau dibawah. Ilmu adalah segalanya dan jangan sampai kita jadi "penunggang agama" dimana kita mengharamkan yang halal untuk kepentingan diri kita sendiri. 

Bagi Kak Jie, penulis memberi teguran secara sindiran agak pembaca lebih memahami situasi sebenar. Kisah yang unik, tapi sebelum tu Kak Jie perkenalkan watak dulu ye. 

Pelatih 8492. 
- Penuh dengan misteri. 
- Asal usul yang dirahsiakan membuatkan pahlawan 1636 menggunakan kelemahan tersebut untuk menjatuhkannya. 
- Walaupun ilmu penuh didada, pelatih 8492 juga mempunyai kelemahan lain iaitu beliau takut dengan kucing 😂. Kucing tersebut dinamakan "ayam" untuk mengurangkan rasa takut.

Pahlawan 1636. 
- Watak antoganis dalam novel ini. 
- Sering menggunakan latar belakangnya yang mengaji agama di pesantren untuk mengumpul pengikutnya tersendiri. 
- Beliau telah menggunakan jawatannya sebagai pahlawan untuk menundukkan pelatih dan mengharamkan perkara yang halal untuk kepentingan beliau sendiri. 

Pelatih 6480. 
- Jatuh cinta pandangan pertama membuatkan beliau nekad berjumpa dengan ibu pelatih 2335 dan mengikat tali pertunangan. 
- Kagum dengan kewibawaan pelatih 8492, beliau menyatakan hasrat untuk menjadi anak murid nya tetapi ditolak oleh pelatih 8492 dan mereka menjadi sahabat baik. 
- Dipenjarakan oleh pahlawan 1636 atas salah faham. 

Pelatih 2335. 
- Merupakan pelatih wanita tercantik di Madrasah Taming Sari. 
- Tunang kepada pelatih 6480.


Kisah bermula ketika pemilihan pelatih di Madrasah Taming Sari. Mereka dilarang menggunakan nama asal dan hanya menggunakan nombor sebagai pengenalan diri. Berlatar belakangkan pengajian di pesantren, 1636 bercita-cita untuk mendapatkan pangkat penghulu dan pada masa yang sama mendapatkan keris Nadi Pertiwi. Pelatih tahun satu diarahkan untuk berangkat ke Pulau Singa yang merupakan pulau misteri bagi kerajaan dibawah kesultanan Aradhanapura. Setelah berjalan selama beberapa hari, akhirnya mereka tiba. Alangkah terkejutnya pelatih-pelatih apabila mereka ditempatkan disebuah tempat yang menjalankan aktiviti pelacuran. Keadaan ini telah menyebabkan pahlawan 1636, tidak berpuas hati dan beberapa sindiran telah berlaku.

Satu hujah antara pahlawan 1636 dan pelatih 8492 telah dilakukan bagi membincangkan perkara yang berlaku kepada pelatih 6480. Keadaan tersebut telah menjadikan perasaan tidak puas hati pahlawan 1636 terhadap pelatih 8490 semakin memebal. Namun begitu,  hujah tersebut telah membuka mata Tuan Mursyid Bija terhadap pelatih 8492 dan melantik beliau sebagai pahlawan mengantikan 1636 tetapi 8492 meminta pelantikan tersebut ditangguhkan agar tidak timbul kekecohan dan perasaan tidak puas hati antara 1636 dan 8492.  Malang tidak berbau, apabila Tuan Mursyid Bija meninggal dunia sebelum perlantikan tersebut diwar-warkan.

Hulubalang Sultan Aradhana akhirnya berjumpa dengan putera raja yang telah lama menghilangkan diri. Tetapi putera raja meminta dirahsiakan dahulu keberadaannya sehingga dia benar-benar bersedia pulang ke istana.

Banyak sebenarnya persoalan dalam buku ini
1. Siapa sebenarnya Tengku  Putera Aradhana Sastra? Pahlawan 1636 atau ...
2. Kenapa Pelatih 8492 merahsiakan asal usulnya?
3. Apa yang bakal terjadi kepada hubungan pelatih 6480 dan pelatih 2335?
4. Kenapa pelatih 6480 dipenjara dan hampir dibuang madrasah?
5. Pelatih 8492 melarikan diri?

Semuanya akan terjawab kalau korang baca buku EMPAYAR PUTERA TANPA NAMA.  Sangat unik dan memberi kesan kepada pembaca.  Kak Jie sangat recommend korang baca buku ni. Kalau jenis susah ingat nombor macam Kak Jie, boleh cuma cara Kak Jie buat tu hihihi

Kak Jie nak selit sikit review dari pembaca-pembaca EMPAYAR PUTERA TANPA NAMA sikit. Supaya korang yakin dengan apa yang Kak Jie katakan 👐









Okay pilihan ditangan anda...

Wednesday, 20 June 2018

SEKALI LAGI ( AUNI ZAINAL )

MESIN MASA!!

Benda paling lawak yang pernah dikatakan oleh ahli sainstis tetapi tidak pernah berlaku sehingga kini. Ianya hanya satu fantasi seseorang dan ingin menjadikannya ianya realiti. Tapi apa salahnya berfantasi? Wright Brothers, sering beranggan-anggan bahawa manusia mampu terbang suatu hari nanti dan akhirnya terbukti apabila kapal terbang kini merupakan salah satu kenderaan wajib yang digunakan oleh manusia untuk merentasi benua dan ketempat mereka inginkan dengan cepat. Tidak perlulah mereka bersesak-sesak didaratan dan menjimatkan masa dan tenaga. Tapi korang tahu tak? 1200 tahun sebelum kewujudan adik-beradik Wright ini, terdapat seorang pakar sains, ahli teknologi dan kimia yang bernama Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qasim Ibn Firnas semasa pemerintahan khalifah Umayyah di Andalusia (Sepanyol) yang pernah mencipta mesin terbang seperti adik beradik ini.
Kalau kita lihat sekarang ini, banyak kes bunuh diri yang berlaku dikalangan artis dan pelajar dalam masyarakat. Kes bunuh diri yang paling memberi kesan kepada orang orang diseluruh dunia dan peminat kpop adalah kematian salah seorang kumpulan Shinee (JongHyun). Kesedihan kematian beliau berlarutan. Sebelum membunuh diri, beliau telah menulis satu nota yang telah diterjemahkan berbunyi
"Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,"
Menurut Dr Yusni Yusuff, Pakar Perundingan Kanak-kanak dan Remaja, terdapat tujuh jenis kemurungan iaitu Unipolar, Bipolar, Dysthymia (Kemurungan Berpanjangan), Kemurungan Selepas Bersalin (Post Partum Blue), Kemurungan Psikotik (Mendengar suara halus), Gangguan Afektif (Bermusim) dan Kemurungan Remaja.
"Banyak betul yang Kak Jie membebel kat atas tu, kata nak buat review buku tapi mengarut je banyak" 
Ini mesti antara kata-kata yang keluar dari mulut korang kan. Kak Jie nak bagi penjelasan ringkas dulu sebelum korang baca buku ini. Sebab ianya semua berkait. Okay,Kak Jie mulakan ye... Bismillah
Bermula dari diari yang diberi oleh seorang sahabat ketika Nadiah mengalami kemurungan apabila kehilangan suaminya dalam satu kemalangan ketika mereka sedang mendaki. Ditambahkan lagi luka lama dimana Nadiah telah kehilangan anaknya disebabkan sakit telah menambah kemurungan yang melanda Nadiah. Apabila Nadiah menulis namanya didalam diari tersebut, beliau tiba-tiba hilang dalam kegelapan dan sedar dalam dirinya yang masih dibangku sekolah.
Keliru!! Itu adalah perasaan Nadiah apabila dia dikejutkan oleh salah seorang kenalannya. Setahunya, dia berada dihospital tetapi kini beliau berada disekolah lamanya. Adakah beliau kembali ke masa lalu? Jika benar, apa motif perkara ini berlaku?
Berkali-kali Nadiah cuba menyakinkan sahabatnya bahawa beliau dari masa hadapan. Tapi bagai mencurah air ke daun keladi. Sahabatnya tidak mempercayainya sehinggalah beliau merasainya sendiri. Beliau kembali pada masa bapanya masih hidup. Perkara itu telah menyebabkan sahabatnya bunuh diri kerana perkara yang tidak diketahui. Nadiah semakin tertekan, pada masa hadapan sahabatnya itu sentiasa berada disisi ketika suka dan duka tapi kita beliau telah mati. Jadi ini secara tidak langsung telah mengubah masa hadapannya. 
Kehadiran diari Nadiah telah menjadi bualan pelajar disekolahnya. Ramai yang berpendapat bahawa diari tersebut hanyalah sebuah diari biasa mengenai fantasi seorang wanita. Nadiah telah dipulaukan oleh ramai pelajar disekolah dan beberapa orang guru.
Pertemuan Nadiah bersama ____ telah menyebabkan Nadiah bertemu dengan Ghazali, sahabat baik ___. Pada ingatannya, Ghazali merupakan sahabat baik __ dan seseorang yang boleh dipercayai. Pertemuan kembali Ghazali dan ___ setelah sekian lama telah bermulanya dimana kemuncak cerita.
Nadiah hilang! Mesej misteri yang ditemui oleh __ sebanyak 2 kali beserta tarikh! Diari Nadiah telah hilang ketika beliau sedang merentas masa! Apa yang sedang berlaku? Satu demi satu misteri terungkai. 
Banyak lagi perkara yang berlaku.
Pada pandangan Kak Jie. Kak Jie suka sangat dan sangat recommend korang baca buku ini. Tapi beware dengan tarikh, masa, dan situasi dalam buku ini. Kalau korang tersilap masa dan situasi, Kak Jie yakin korang akan sesat dan kembali semula. 
Masa Kak Jie baca buku ini, Kak Jie rasa macam tak nak buat semua kerja... Last-last membaca sambil mengayam ketupat, boleh bayangkan? tak payah bayangkan hahaha... Sekali korang start baca buku ini, susah nak berhenti.
Jadi Kak Jie nak ucapkan terima kasih kepada Auni Zainal kerana mengeluarkan buku yang sangat berilmu dan terima kasih juga kepada Iman Publication kerana menerbitkan buku yang sangat menarik dan membangun. Kak Jie dah menjadi salah satu pengemar buku keluaran Iman Publication dah...
Jumpa dalam ulasan akan datang ...  Daaa

Wednesday, 2 May 2018

"Ia Kekal Dongeng, Jika Engkau Tidak Mula Berjalan" -TEME-

ASSALAMUALAIKUM... 

Siapa tahu mengenai seorang penulis yang menggunakan nama pena TEME ABDULLAH?? Kak Jie rasa ramai yang kenal Teme lagi-lagi perempuan hehehe (jangan marah) untuk korang yang baru pertama kali dengar nama ni,  sebenarnya buku yang bakal Kak Jie review nanti adalah buku ke-3 hasil keluaran beliau. 

Apa yang membuatkan Kak Jie tertarik untuk baca buku ni bukan sebab buku tu pun, tapi sebab Kak Jie tertanya apa isi kandungan buku tu dan lukisan dia. Nak tengok banyak lagi lukisan boleh follow IG dia : @itsteme

Bermula bila Kak Jie ternampak lukisan dia dekat media sosial, tapi Kak Jie tak ingat sangat antara dari Instagram atau Facebook sebab kalau Twitter Kak Jie buka dua bulan sekali rasanya. Sampai kadang-kadang terlupa ada app tu dalam fon hahaha. Kak Jie pula jenis yang suka tengok lukisan, tak kisah la lukisan apa pun janji unik dan menarik (sebenarnya Kak Jie ni suka baca komik).

Di sebabkan tertariklah Kak Jie mula follow IG dia, sangat menarik sampai kadang-kadang tu Kak Jie boleh tenung lukisan tu sambil tersenyum (Opss.. kantoi hahaha). Melalui pemerhatian Kak Jie selama follow IG dia ni, Kak Jie nampak dia ni seorang yang sangat merendah diri dan sangat menghargai peminat dia. Tapi siapa diri dia yang sebenar hanya Allah dan kenalan tertentu sahaja yang tahu #PenulisMisteri

Ehemm, kembali ke tajuk utama. Buku yang bakal Kak Jie review ini bertajuk ...

'IMPIAN JALANAN'

Mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Iskandar yang dilahirkan tidak sempurna di mana terdapat gangguan refraksi mata (astigmatismesehingga membuatkan Iskandar tidak dapat melihat sesuatu dengan jelas. Selain itu juga, Iskandar mempunyai masalah membaca dan menulis.

Sering dibuli kerana kekurangan namun Iskandar tetap kuat dan berusaha untuk menutup kelemahannya. Namun siapa sangka, disebalik kekurangan terdapat satu bakat yang sangat besar sehinggakan terdapat temannya mengambil kesempatan terhadapnya.

Insan mana yang suka jika hasil titik peluh kita di curi orang sesuka hati. Disebabkan kekurangan, Iskandar tidak mampu melawan. Berdiam bukan tanda kita setuju, erti DIAM itu membawa banyak maksud. Sukar untuk kita meneka disebalik DIAM itu. Itulah Iskandar.

Mendapat semua yang diimpikan memang telah menjadi keinginan setiap orang. Semua mempunyai cita-cita yang tersendiri. Tapi bagaimana cara kita mengejarnya itu sangat berbeza bagi setiap manusia. Ada yang dapat cara mudah dan ada yang sukar.

Kebahagian juga bukan sesuatu yang subjektif dimana kita boleh lihat dengan mata kasar. Tapi bagaimana kita usaha untuk mendapat kebahagian itu akan menentukan kebahagian dalam diri kita.



"Jangan bersedih ketika hilangnya mentari 
Kerana air mata akan menutup pandangan kita dari melihat kilauan seri bintang-bintang. Walau hujan turun membasahi bumi, kita masih boleh menari. 
Follow the flow 
Jika hujan, mainlah kapal kertas di saluran 
Jika terang, hidupkanlah api dan sediakan makanan 
Jika banjir, panjat ke tempat tinggi dan nikmati pemandangan 
Jika hujan kuat, ikatlah kain di leher lalu berseronoklah menjadi adiwira dalam angan-angan 
Belajar bahagia dengan apa yang ada. Bukan bersedih dengan perkara yang tidak ada " 
-Impian Jalanan, 324-

Ikhlas Kak Jie katakan, buku IMPIAN JALANAN ini terselit beribu maksud tersirat dan tersurat. Antara kita perasan atau tidak je. Bila Kak Jie baca buku ni, Kak Jie rasa sangat dekat dengan diri penulis. Satu penulisan yang boleh membuatkan kita hidup didalamnya.

Kak Jie ucapkan tahniah kepada Teme Abdullah kerana mengeluarkan satu buku yang sangat mendalam tetapi dalam sisi yang sangat sempoi. Very recommended bagi sesiapa yang rasa

kenapa nasib aku macam ni? Kenapa aku selalu ditindas? Kenapa aku diuji seberat ini? Kenapa aku? kenapa?

Siapa kita pada masa hadapan, kita yang mencorakkannya...
Jangan takut untuk memulakan langkah
Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya

Tuesday, 14 November 2017

Book Review : Komplikasi Travelog 7 Benua. Vol 1

Assalamualaikum...


Apa khabar semua ? 

Berbeza dari sebelum ini, kali ini SS nak review sedikit pasal buku travelog yang semakin menjadi kegilaan dikalangan pengemar melancong. Kebanyakkan daripada mereka adalah backpakers

SS pun pernah juga teringin nak keliling dunia dengan hanya memikul satu beg yang menjadi peneman sepanjang perjalanan kita dinegara orang. Tapi biasalah, masalah biasa sebagai seorang pelajar seperti SS ini, duit tak pernah mencukupi hahaha

Okay-okay! Back to basic. Berjalan sekeliling dunia adalah impian semua manusia. Tak kiralah dari mana pun dia berasal. Kadang-kala ada sahaja yang menafikan bahawa itu merupakan salah satu impian mereka disebabkan perkara-perkara yang tertentu. 

Lapan orang pengembara berpengalaman berkongsi pandangan dan pengalaman melalui pandangan berbeza. Ini menunjukkan bahawa setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza apabila merantau ke negara orang. Ada yang melihat dari segi alam semula jadi, ada pula yang melihat dari segi binaan bangunan bersejarah yang unik dan ada pula yang sengaja mahu merasa duduk dinegara orang. Didalam buku kita dapat melihat perspektif berbeza melalui lapan orang pengembara.

Pengalam pertama adalah daripada Badrul Hisham pernah viral pada suatu ketika dahulu apabila berselfie dan menari ketika majlis graduasinya di London. Graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal ini mempunyai pengalaman yang menarik apabila beliau bersama dua orang lagi berbasikal dari London hingga pulang ke Malaysia. Namun begitu, didalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini beliau menceritakan pengalaman beliau bersama dua sahabatnya ketika berada di Death Valley . Death Valley merupakan taman negara Amerika yang tidak mempunyai tempat untuk dilawati kecuali padang pasir. 

Pengalaman kedua adalah daripada Nordin Yahaya seorang senior didalam dunia Backpakers. Beliau telah mengembara lebih daripada 60 buah negara dari 6 benua. Peru merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang menarik. Didalam buku ini, Nordin telah menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Machu Picchu melihat satu daripada 7 keajaiban dunia.
Sakit gigi ketika mengembara? Ya . . . itu pengalaman yang dikongsikan oleh pengembara ketiga di dalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini. Siapa pernah menjangkakan apa yang bakal berlaku kepada kita di negara orang. Di dalam buku ini, Ida Yunus, anak kelahiran Kedah ini menceritakan bagaimana pengalaman beliau yang terpaksa bertahan dengan giginya selama berada di Mongolia. Ada hero yang tak dikenali tolong beliau menyelesaikan masalah gigi, tapi siapa? Nak tahu boleh baca sendiri hihihi. Perkongsian yang simple tapi menarik. 

Minat dalam seni menyebabkan Rafiee Ghani telah mengembara merentasi benua bersama isteri dan anaknya pada tahun 1987. Di dalam buku ini, Rafiee telah menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Magribi. Dimulakan apabila beliau berada di Medina sebelum beliau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Namun begitu, beliau diuji apabila keadaan semakin gelap ditambah lagi dengan hujan lebat bercampur kabus menyebabkan beliau sukar melalui Pergunungan Alps yang sempit itu. Hampir sesat didalam kegelapan malam. Satu keluarga Barber datang meminta bantuan. Pelbagai lagi yang dihadapinya.

Ha . . . pengembara seterusnya ini SS gemar. Bukan gemar sebab apa, SS ikuti pengembaraan di dari satu tempat ke satu tempat. Rancangan yang memperkenalkan SS dekat pengembara seterusnya ini adalah 'Kembara Backpakers bersama Moji'. Masa itu, SS dok scroll tengok apa yang menarik dan SS jumpa dia. Siapa dia? Dia adalah Nazri Arshad atau lebih dikenali sebagai Moji. Nem! Siapa tahu mengenai Nem? Nem merupakan makanan Vietnam yang serupa seperti popia.. Nak resepi boleh tekan disini. Didalam buku ini, Moji menceritakan bagaimana beliau mengetahui mengenai Nem dan pengalaman beliau ketika di Hanoi.

Pakistan merupakan sebuah negara islam. Pernah dituduh sebagai perisik ISIS menyebabkan beliau ditahan oleh askar Afganistan. Di dalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini, Siti Noridah telah menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Pakistan. Bertemu dengan Hiro tanpa sengaja. ketika bas berhenti untuk rehat, beliau telah dibawa ke tempat makan diatas bangunan yang disediakan untuk wanita, tetapi disebabkan tidak selesa, Noridah telah memilih untuk makan di bawah sehingga beliau dipandang pelik oleh mereka yang berada disitu. 

Wazari Wazir merupakan seorang jurukamera sepenuh masa yang terkenal. Namun begitu, beliau tidak pernah kedekut ilmu dari segi pengembaraan atau gambar. Beliau sentiasa berkongsi pengalaman beliau didalam blog beliau sendiri di www.wazariwazir.com . Pelbagai kisah menarik yang dikongsikan. Di dalam buku ini, Wazari berkongsi pengalaman beliau ketika berada di Rusia. Ketika ingin mencari money changer, beliau telah ditegur oleh seorang pemandu teksi yang terlalu mendesak. Disebabkan tulisan yang agak tidak familiar bagi beliau, sukar untuk beliau mengenalpasti bas atau tempat yang ingin dilawati. Seperti ayam dan itik, itulah yang boleh mengambarkan keadaan Wazari di Russia. Tapi alhamdullilah, semua berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa kengkangan.

Penulis terakhir ini merupakan seorang pelajar Universiti Malaya, Meor Farid Asyradi. Terkenal apabila bukunya yang bertajuk 'Travelog Mr. Traveller' telah terjual 12000 naskah dalam masa 8bulan hasil terbitan sendiri. Pengalaman berada di China untuk 7 hari telah memberi banyak ilmu baru bagi Meor dan sahabatnya. Mereka dalam melihat perspektif berbeza di dalam kalangan masyarakat Islam di China. Pada masa yang sama, mereka dapat bertemu dengan sahabat baru.

Okay... Ini adalah review keseluruhan cerita dalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini. Memang tak berapa jelas sangat penerangan SS tentang buku ini, sebab susah untuk kita faham kalau kita sendiri tak lalui nya. Bagi SS, buku ini memberi satu pandangan baru mengenai dunia di luar sana. Banyak yang kita tak tahu lagi. Cara penyampaian mereka memang berbeza mengikut minat mereka sendiri. Sebagai contoh, bagi SS Encik Nordin Yahaya mempunyai minat yang mendalam dalam reka bentuk bangunan klasik kerana itu, beliau tahu semua dan tertarik dengan hasil kerja masyarakat Peru pada zaman dahulu.

Serius SS cakap, SS sarankan buku ini bagi mereka yang baru-baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam dunia pengembaraan. Sekurangnya, korang dapat gambaran suasana disana.  Good luck guys!

P/S : I got a sign form one of the writer hihihi. Excited you know

#TravelPlanetBooks #7Benua