No editing dalam semua gambar yang SS pos tau, maaf lah kalau tak berapa lawa. Masa ini sebenarnya kami tak nampak sangat gambar yang diambil. Kitaorang main tibai je, cantik tak cantik tu belakang kira hahaha. Sebelum masuk tu kita orang ingat tinggi, jadi cakap lah
"Weh aku tak larat la nak naik sampai atas . . macam tinggi je"
"Aku pun sama lah"
Tapi bila dah masuk tu, kami cuma meniti dua tangga keatas dan dah sampai ke atas. Terkejut jugak la. Banyak kali tengok bawah nak pastikan betul ke tidak hahaha. Tangga memang tak banyak tapi sempit. Jadinya kalau berselisih memang salah seorang kena mengalah, kalau tak memang sampai kesudah ko kat situ je la tak bergerak-gerak.
Lepas puas pusing-pusing dalam tu , kami redakan kepanasan yang melanda dengan Air Batu Campur (ABC). Leganya bila ais tu berjalan melalui anak tekak . . . Alhamdullilah. Masa kita orang tengah menikmati ABC tu tetiba ada pulak drama petang-petang. Masa tu semua yang tengah makan dekat situ terganggu la sikit. Tapi kawan SS cakap " Jalan amik peduli, benda macam tu dah selalu berlaku " Jadinya SS pun amik keputusan mendiamkan diri. Kalau tak ...
Lepas makan kita orang terus balik . . . Masa perjalanan mengambil masa dalam satu jam setengah dengan menaiki motor. Kebas jugak lah bontot masa tu. Selesai legakan diri kita orang terus lost... badan penat sangat masa itu.
DAY 3
Jeng jeng jeng . . . Kami dah berada di Pulau Pinang!!! Macam mana kami boleh dekat sana?
Pandangan dari Jabatan Pulau Pinang |
Malam tu lepas je abang kawan SS balik dari kerja kita orang dah bersiap-siap nak ke Penang. Jadinya kami berempat bertolak lah. Tapi tak sampai je separuh jalan kami patah balik sebab MakSu dengan PakSu dah belikan makanan untuk kita orang. Nak tak nak marilah kita mengisi perut dulu... Lepas tu barulah kami meneruskan perjalanan. Kira-kira pukul 1 kami sampai sana.
Haaaa dah tau kan macam mana kita orang boleh ada dekat penang tiba-tiba. Plan kami hari ini adalah nak ke
PENANG ART STREET!!
Kali ini kami tak berdua sahaja tapi bertiga. Adik kawan SS join sekali memandangkan dia cuti. Alang-alang cuti tu marilah luangkan masa yang berfaedah dengan menemani kami hahahaa . . .
Kugiran daripada barang terpakai |
Dengan berpandukan Google Maps maka kami sampailah ketempat yang dituju dengan selamat. Nasib kami baik sebab senang aje cari parking masa tu walaupun masa tu ramai orang. Turun-turun je kami dah ada misi utama. Cuba teka misi apa? Haaaa . . . Misi mencari topi, rayban, dengan kipas. Cuaca panas sangat sayang , kalau tak ada semua benda tu satu apa pun tak nampak, silau !!! Lepas tu kami sewa basikal untuk memudahkan kami bergerak. Kalau berbasikal tak lah penat sangat kan. Masa sewa tu kami dibekalkan dengan peta dimana mural-mural viral tu berada. Tak semua yang jumpa tapi pengalaman nak mencari tu yang macam main explore race dah hahaha . . . Bila penat kami rehat di masjid India Muslim yang terletak betul-betul tengah kawasan. Sambil-sambil itu tunaikan kewajipan.
Dah puas pusing, kami menuju ke destinasi seterusnya. RUMAH PRAMLEE. Haaa yang ini ada sakit hati sikit. Kita orang berpusing-pusing dekat tempat yang sama tapi still tak jumpa tempatnya dekat mana. Rupa-rupanya kita orang dapat jalan belakang. Jadinya kami kena turun dan jalan kaki kesana. Mula-mula kami curious jugak la mana tempatnya sebab masa tu kami cuma nampak rumah orang je tak ada pulak nampak rumah kayu ke apa. Rupa-rupanya rumah PRamlee dalam satu kawasan yang tembok tinggi. Patut lah kami tak nampak mana rumah nya hahaha . .
Dalam sana, kami diperlihatkan bagaimana susasana rumah dan barang-barang yang pernab digunakan oleh PRamlee dan isterinya, Saloma. Rumahnya simple tapi menarik, sampai SS rasa nak buat rumah macam tu je hahaha.. Lepas habis pusing, kami masuk ke galeri PRamlee yang hanya terletak sebelah sahaja dari rumahnya. Dekat sana banyak sejarah tentang PRamlee sejak dia mula bergiat menjadi anak seni sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir. Ada juga karya dan alat muzik yang pernah digunakan sewaktu arwah masih hidup.
Perut dah lapar, yelah last makan masa nak bertolak keluar tadi. Hari dah petang tapi tak makan lagi. Kami menuju ke Padang Brown. Dekat sana kawan SS sarankan SS rasa Pasembor. Wau!! Rasa dia memang nice, semua rasa. Dari kuah sampailah ke isinya. Lepas makan kami menuju ke Padang Kota.
Dekat sana kami banyak melepak je sambil tengok matahari terbenam. Ramai pelancong dengan keluarga keluar beriadah dekat sana, kalau cakap pasal suasana dia memang ramai orang, tapi tak sesak. Masa tengah lepak-lepak tu, ada persembahan daripada adik bola . . SS lupa nama dia sapa, tapi pandai dia rolling-rolling bola tu . Nice Dik!!
Alhamdullilah kami sampai ke rumah lepas magrib.
Topi : RM5
Kipas : RM5
Rayban : RM15
Basikal : RM5/5 jam
DAY 4
Dah hari keempat dah. Kali ini kami keluar berdua sahaja. Perjalanan selama sejam setengah menaiki motor, kami sampai ke Bukit Bendera. Masa sampai tu agak terkejut jugak la, ramai giler orang!! Yang tourist nya, penduduk tempatan, orang bercuti, budak sekolah... serious memang ramai. Lepas beli tiket kami beratur lah bersama-sama yang lain. Kami tak amik fast line pun sebab masa ini kami hanya mampu berbelanja dalam kemampuan sahaja.
Disinilah kesabaran kami diuji. Kami terpaksa menunggu selama 2 jam sebelum tiba giliran kami menaiki train naik ke atas. Sampai sahaja ke atas kami terus menunaikan solat dan berehat sebentar. Lepas itu kami terus kan perjalanan survey dekat bukit bendera tengok apa yang ada.
Padlock bridge . . . seriously banyak padlock yang ada dekat situ. Jambatan itu menjadi saksi dimana banyak pasangan telah menyemai kasih dekat situ... hahaha jiwang tak ayat SS.
Little Village (RM3/ Person) . Mulanya kami tak nak masuk sebab kena bayar. Lagi pun tak tanya pun masuk berapa. Bila kami dah keluar dari laluan kecil tu, salah seorang salesman dia hadang kami. Disebabkan promosi dapatlah kami harga sebegitu kalau tak harga dia lagi mahal katanya lah. Dekat situ kami dapat lihat keseluruhan Penang, cantik sangat. Kalau waktu malam SS yakin mesti semua jatuh cinta kalau tengok suasana masa tu. Jalan lagi sikit, kami dipertontonkan rumah-rumah kerdil dan binatang yang comel seperti arnab, burung dan banyak lagi. Lepas itu, kami masuk ke rumah lebah dan dalam tu memang ada lebah. Masa masuk tu kami disuruh rasa beberapa jenis madu. Dekat sana kami amik beberapa madu dan jus untuk dibawa balik.
Lepas keluar kami ke Owl Museum. Kalau dah kata Owl semestinya tema dia burung hantu. Tiket masuk RM25/Person. Masa kat pintu masuk tu ada pakaian ala-ala Harry Potter. Baju-baju tu semua free for use. SS pun pilih pakaian Harry Potter sebab nak felling-felling jadi Harry Potter kan hahaha... Dekat dalam tu banyak sejarah pasal burung hantu dah jenis-jenis burung hantu yang ada dekat dunia ini. Cara penyampaian dia unik, nak tahu macam mana? korang kena rasa sendiri... Dekat dalam ni jugak ada 3D art so korang kena pandai-pandai sendiri nak mengayakan gambar kat situ. Kalau nak beli cenderahati pun dekat dalam tu ada kedai cenderahati.
Last tempat kita orang pergi sky tower. Dekat situ korang boleh tengok pandangan keseluruhan Penang. Memang cantik dan menarik
Sekali lagi kesabaran kami diuji apabila kami terpaksa menunggu lagi 2 jam untuk balik pulak. Tapi kali ini bukan sikit-sikit diuji, ada sekumpulan budak lelaki yang SS yakin dia orang datang untuk lawatan sekolah. Mereka sangat RUDE!! ada ke patut mereka tolak orang-orang yang tengah beratur dekat situ disebabkan mereka tak nak kehilangan kawan-kawan dia orang. Sepatutnya cikgu mereka yang mengawal mereka bukannya mereka sendiri. Dah la tolak-tolak lepas tu cakap dengan orang sebelah macam cakap jauh sebatu. Kesian makcik sebelah SS tu, tangan dia luka masa budak-budak tu tolak. ishhhh ishhh ishhh
Selepas hampir sejam setengah perjalanan akhirnya kami keluar dari tol Jawi. Tapi kami tidak terus balik, kami singgah dulu kedai makan yang tidak jauh dari situ. Kawan SS kata dekat situ char kuey teow basah dia memang grade A+ maka SS pun rasalah! Serius memang A+. Bukan hanya Char Kuey Teow Basah je yang sedap, yang kering pun sedap jugak! Meh sini SS payung sikit rupanya...
Kuey Teow Kerang |
Char Kuey Teow Basah |
Nasi Goreng Daging |
DAY 5
Second day before kami bertolak kembali ke Seremban. Hari ini kami tak ada plan apa-apa. Jadinya kami memilih untuk melepak dan merapatkan ukhwah hahaha . . . Rasa-rasanya ada benda yang tertinggal la! Ermm oh ya! kalau kita ke Pulau Pinang, apa makanan wajib kita beli sebagai buah tangan?
Yes!! Jeruk Pak Ali!
Apa yang specialnya Jeruk Pak Ali ini adalah rasanya yang unik. Ala setakat jeruk, semua orang boleh buatkan. Tapi jeruk Pak Ali ini mempunyai rasanya yang tersendiri sehingga mampu menarik ramai pelancong dan menjadi satu tarikan unik bagi Pulau Pinang.
Petang itu, kami pergi ke pasar malam yang tidak jauh dari situ. Seperti pasar-pasar malam biasa, mereka menjual makanan, pakaian, kosmetik, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tapi apa yang SS tak boleh lupa adalah rangka ayam madu dia... peh! peh! peh! sedap sehingga menjilat jari. Dia punya rasa madu sampai ketulang masih rasa madu dia. Dari 5 bintang dia berhak dapat 5 bintang.
DAY 6
Hari yang menyedihkan. Hari dimana tamatkan percutian SS kali ini. Lepas daripada sarapan pagi, kawan SS beritahu yang selepas ayahnya pulang dari kebun, beliau akan hantar kami pulang. Maka kami pun cepat-cepat siap dan berkemas. Semua barang dicek beberapa kali, takut ada barang yang tertinggal. Ye la . . . nak patah balik nanti bukannya dekat.
Apa yang seronoknya kali ini, apabila SS diberi kepercayaan untuk memandu pulang. Hehehe . . . Dari RnR Sungai Perak kalau SS tak salah, SS bawa sampailah ke Seremban. Yang peliknya, tak rasa penant pun cuma rasa tercabar masa di jalan Ipoh dimana kebanyakkan jalan selekoh tajam yang menyebabkan SS terpaksa memberikan lebih tumpuan daripada biasa.
Sepanjang perjalanan, kami disajikan pemandangan hijau yang sangat cantik. Dari jalan, SS nampak tanda mercu nama 'IPOH' yang pernah viral sebelum ini apabila terdapat sekumpulan remaja memanjat tanda mercu nama itu tanpa sebarang alat keselamatan. Masa SS nampak tanda nama itu, SS sebenarnya terfikir. Macam mana mereka naik? Sebab keadaan dekat situ memang 100% bukit tinggi semuanya.
Paling kelakar apabila SS tersalah masuk tol. Dah la SS tak hafal jalan dekat Kuala Lumpur tu. Lepas itu termasuk sana pulak. Dah ikut papan tanda pun boleh sesat entah kemana. Pada masa itu yang merisaukan adalah minyak kereta semakin menunjukkan kesurutan dan kami tak jumpa pam minyak. Entah mana SS pergi masa itu pun SS tak tahu hahaha
Tapi alhamdullilah semua berjalan lancar. Dalam pukul 8 malam kami sampai ke hostel kami.
Terima kasih mak cik dan pak cik kerana sudi terima SS duduk dirumah Pak Cik dan Mak Cik untuk beberapa hari. Terima kasih juga kepada abang kawan SS sebab percayakan SS bawa kereta dia. Terima kasih sekali lagi yang terlibat secara langsung atau tidak. Pengalaman SS selama beberapa hari ini memang tidak boleh dilupakan. Insya-Allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye, harap tak serik la jemput SS kerumah.
Okay lah! sampai sini sahaja dulu . . . Next time kalau ada story lagi SS cerita ye muah!!
#Travelog #Penang #Johor
No comments:
Post a Comment