Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Wednesday, 22 April 2020

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR ( CRYSTAL ANABELLA )

ASSALAMUALAIKUM

Crystal Anabella, nama pena yang digunakan oleh penulis novel Suami Simpanan Superstar. Kisah yang mudah dan tak berapa nak memeningkan pembaca dia. Ini merupakan salah satu koleksi Jie daripada zaman sekolah dulu. Ni tengah dok mengemas boleh terambil baca balik hihihi.

Cuba korang bayangkan, korang terpaksa hidup dalam dua dunia yang berbeza. Satu dunia engkau adalah seorang superstar yang sangat terkenal dipelusuk dunia dan satu dunia lain engkau hanyalah seorang gadis biasa. Tapi hidup engkau berubah apabila terjumpa seorang lelaki yang mempunyai aura yang agak berbeza dengan lelaki yang pernah engkau temui sebelum ini. Itulah kehidupan seorang gadis bernama Nur Serena Melissa atau Crystal Kennedies (CK). Kehidupan CK agak kucar-kacir di Amerika apabila dia hampir sahaja dibunuh. Oleh itu, CK telah menyerahkan identitinya sebagai CK kepada akaknya, Lisa sementara dia berehat dan berlatih di Malaysia. Sebelum ke Malaysia, Serin telah dicabar oleh Mary, sahabatnya untuk mengoda abang Mary yang membenci identiti kedua Serin iaitu CK. 

Hari pertama Serin menjejakkan diri ke Malaysia, dia telah memutuskan untuk menginap disebuah chalet di Johor. Disitu juga dia dipertemukan dengan Tengku Zyafran Syamin apabila Zyaf telah menyelamatkan Serin daripada lemas. Disebabkan wataknya haritu ada seorang gadis kampung yang bisu, Serin tidak dibenarkan untuk bercakap selama 12 jam. Serin hanya mampu mengangguk dan tersenyum apabila ditanya oleh Zyaf. Hari-hari berikutnya, Serin masih berlatih dengan watak-watak yang berbeza setiap hari. Tak disangka watak-watak yang berbeza itu juga yang mampu membuatkan Serin mendapat kerja sebagai setiausaha Zyaf. 

Bagi Zyaf, Serin mempunyai satu tarikan dimana setiap kelakuannya mampu mengoda nafsunya sebagai lelaki dan menimbulkan perasaan cemburu dalam hati. Disebabkan cintanya pada Serin yang mendalam, Zyaf sanggup menjadi Suami Simpanan apabila CK terikat dengan syarat tidak boleh berkhawin selagi berada dalam kontrak. Menjadi suami simpanan sahaja sudah menjadi beban apabila mereka tidak boleh mengekpreasi cinta secara terbuka. Keadaan menjadi teruk apabila Serin telah mengalami kemalangan ketika pulang dari kerja. Kemalangan itu telah membuatkan Serin hilang ingatan.

Apa perasaan apabila isteri yang sentiasa bermanja dengan kita tiba-tiba tidak mengenali kita dan sangat benci dengan kita ? Itulah perasaan Zyaf apabila Serin tidak langsung mengigatinya dan sentiasa mengeluarkan kata kesat setiap kali bertemu. Hari demi hari, perasaan benci bertukar kepada sayang. Walaupun ingatannya tidak pulih, Serin merasakan ada sesuatu yang menganggunya setiap kali Zyaf bersama dengan perempuan lain. Dia cemburu. 

Hampir beberapa hari lagi Serin bakal menamatkan kontraknya sebagai CK. Namun Zyaf tiba-tiba mendapat khabar bahawa kenderaan yang dinaiki Serin dan Lisa telah terbabas kedalam gaung dan meletup. Tiada mayat dijumpai namun tiada apa-apa berita daripada Serin. Zyaf hilang arah. Setiap kali dia merindui isterinya, dia akan membaca alquran dan memeluk pakaian isterinya. Ikutkan hati mahu sahaja di ke Amerika apabila menerima khabar tersebut tapi dihalang oleh ibubapanya.

Dalam sedar atau khayalan, Zyaf mendengar dan melihat wajah isterinya didalam bilik. Dia menangis apabila melihat wajah isterinya yang bakal hilang apabila dia tersedar dari mimpi. Namun sangkaannya salah, Serin benar-benar berada dihadapannya. Dia terus memeluk Serin dengan sekuatnya. Rindunya tidak boleh diucapkan dengan kata-kata.

Kehidupan sebagai Serin akhirnya membolehkan dia mengaku bahawa Zyaf adalah suaminya yang sah kepada umum. Penat dia menyimpan rahsia hampir setahun lebih. Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Mereka bakal bersanding namun majlis tersebut tidak dapat diteruskan apabila Serin tiba-tiba hilang. Dia telah diculik oleh Sam, sahabat baik Serin dan Lisa di Amerika. Kejadian itu telah menyebabkan Serin ditembak didadanya apabila ingin menyelamatkan Zyaf.

Pada Jie, ending cerita ini sangat memuaskan. Crystal juga banyak menerapkan nilai-nilai murni dan pada masa yang sama, dia juga menyilitkan potongan maksud ayat al-quran dan hadis. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari novel ini selain daripada kisah bersemut antara Serin dan Zyaf. Paling penting, Jie langsung tak bosan melayan novel ini. Tup tup dah habis, rasa tak puas. Macam nak minta Crystal buat part 2 pula hihihi.

Okay, kita sampai sini dulu. Jumpa dalam post akan datang. Bye Bye

Wednesday, 1 April 2020

MAGIS ( RAMLEE AWANG MURSHID )


ASSALAMUALAIKUM

Sumber : Google Image
MAGIS merupakan salah satu nukilan Ramlee Awang Murshid yang telah menempatkan 5 manusia daripada zaman yang berbeza kepada satu zaman hujung waktu dimana dunia diambang kemusnahan. Sunan, Mikhail, Carlos, Tombiruo dan Ryu-Watanabe.

Dikala Sunan bergadai nyawa melindungi orang dan wilayahnya, Tumbiruo sibuk mempertahankan Hutan Keningau, Mikhail berusaha meloloskan diri dari tahanan, Carlos berlawan dengan dirinya apabila hampir dilanggar dan Ryu-Watanabe ditolak daripada bangunan yang tinggi, mereka berlima telah melihat satu fenomena Halo dimana matahari berbentuk seperti cincin sebelum mereka tiba-tiba sahaja muncul di sebuah tempat yang tidak diketahui asal-usulnya.

Mereka berlima ini dikenali sebagai perentas masa yang bakal membantu manusia pada akhir zaman untuk melawan bala tentera bukan manusia tetapi berwajah manusia. Didalam perantauan tersebut, Mikhail dan Ryu telah bertemu dan menjadi teman. Begitu juga Sunan dan Tumbiruo. Manakala Carlos dibasuh supaya menjadi tentera Tuan Turak. 

Dalam perantauan tersebut, Sunan dan Tumbiruo terpisah apabila mereka diserang oleh tentera sumpahan dikawasan bukan untuk manusia. Disitu Sunan telah bertemu dengan Syeikh Thauban seorang penjaga masjid yang terakhir yang selamat pada zaman tersebut. Disitu juga Sunan telah bertemu dengan Carlos yang kelihatan agak keliru dengan dirinya. Terdapat perlawanan kecil antara mereka sehingga menyebabkan Carlos berdendam dengan Sunan.

Tumbiruo pula kini bersama Juvia yang dikatakan kekasihnya. Namun begitu rupanya Juvia merupakan anak Gabenor Wilayah Tur-Kus dimana beliau akan memerangkap lelaki untuk dijadikan tentera yang setia melalui proses penanaman cip kedalam otak mereka. 

Mikhail juga terpisah dengan Ryu, apabila Ryu tiba-tiba terjatuh dalam sebuah lubang yang sangat dalam ketika Mikhail pengsan disebabkan pertempuran mereka bersama sekawan dubuk. Perpisahan itu telah menyebabkan Ryu bertemu dengan orang Memalik penguhuni underground city. Fatimiah anak Adid, ketua kepada orang Memalik ditugaskan menjaga Ryu sepanjang keberadaannya disitu.

Kisah menjadi lebih menarik apabila Sunan dan Juvia telah pergi ke Buyuk Docia bagi meminta tolong menyelamatkan Tumbiruo yang sedang bertarung nyawa apabila ditikam Jeneral Karanlik apabila mereka cuba melarikan diri daripada Tur-Kus. Kedatangan mereka bertiga menimbulkan syak wasangka bagi golongan Memalik sehingga berlaku sedikit pertarungan antara Sunan, Mikhail dan Ryu.

Kedatangan Juvia ke Buyuk Docia telah menjadi petanda bahawa pertumpahan darah tidak dapat dielakkan lagi. Awal pagi esok mereka akan bertarung nyawa untuk mempertahankan wilayah mereka daripada tunduk kepada pemerintahan Tuan Tujak yang berlandaskan Syaitan.

Masing-masing berjuang dengan sepenuh hati. Mereka tidak kisah kalau terkorban. Didalam kesukaran melawan musuh akhirnya mereka berlima terkorban apabila angin lembut menyapa mereka. Maka hilanglah nyawa mereka yang beriman.

Kembalikan mereka kedunia nyata. Dimana tidak tahu antara benar atau ianya sekadar mimpi disiang hari. Tidak disangka didunia nyata akhirnya Ryu dan Mikail bertemu manakala Sunan telah mencatatkan pengalaman mereka didalam satu hikayat.

Bagi Jie, kisah dia sangat menarik. Dimana 5 orang dari masa yang berbeza bertemu dan mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman itu juga telah menjadi titik permulaan sebuah persahabatan dan tenangnya satu jiwa yang kacau.

Jie memang sokong sangat kalau korang nak baca cerita ini. Semua karakter dia ada cerita dan kekuatan yang tersendiri. Jadi tunggu apa lagi ? Bagi yang tak baca boleh la dapatkan di kedai buku atau pinjam kawan-kawan.

Kita jumpa dalam ulasan akan datang . Daaa

Wednesday, 24 April 2019

SIGNATURE JALANAN ( TEME ABDULLAH )

"Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula-mula tadi... 

Rasa macam seakan-akan dilahirkan bodoh daripada orang lain. 

Orang lain boleh score exam. Aku pulak tak boleh score. Dahlah lambat membaca. Huruf-huruf pun aku tertukar-tukar. Gagap pula tu... 

Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diaorang tak lalui. Dia orang ingat aku memang malas. Diaorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi sama macam orang lain. "

SIGNATURE AUTOGRAF JALAN

Perkongsian yang sangat mudah tapi mendalam. Mengisahkan kehidupan pelajar SPM berasrama penuh yang banyak berperang dengan diri untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dalam masa yang sama mencapai target dan matlamat sekolah. 

" Ben, Joe, Oki, Zack & Aliff "

5 pelajar yang mempunyai perangai berbeza namun akhirnya terjalin hubungan rapat antara mereka disebabkan beberapa kejadian yang memberi kesedaran untuk kita.

Siapa sangka Ben yang terkenal dengan pelajar pintar, aktif dalam kokurikulum mempunyai masalah pembelajaran. Sering dibanding-bandingkan dengan kakaknya membuatkan Ben tertekan sehingga dia menjumpai cara untuk menanganinya. Melukis!! Melukis membuatkan Ben tenang. Melukis memudahkan Ben untuk menghafal. Melukis membuatkan Ben lebih yakin pada diri. Hobinya secara tidak langsung memberinya satu bakat yang luar biasa dalam seni lukisan. Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum ketika SPM telah menjadi bukti bahawa kalau kita yakin dengan kemampuan kita, kita berjaya lakukan. Ini terbukti apabila Ben berjaya mendapat straight A dalam SPM dan mendapat Anugerah Pengakap Raja. Tapi dalam mengejar kecemerlangan tersebut siapa sangka ada pihak yang salah sangka terhadapnya. Oki kata Ben kedekut ilmu! Joe kata Ben talented ! Zack kata Ben tidak sesuai jadi MT (Majlis Tertinggi) sebab berkawan dengan budak-budak nakal sekolah! Dia juga pernah berperang dengan dirinya sendiri apabila dia berniat untuk meniru dalam Percubaan SPM. Secara perlahan satu persatu salah faham itu di bersihkan dengan caranya yang tersendiri. 

Joe!! Lemah dalam pelajaran namun jaguh dalam basketball. Dia menjadikan Ben sebagai idolanya apabila menganggap Ben adalah pelajar gifted apabila melihat dia tidak pernah melihat Ben mengulang kaji pelajaran tetapi sentiasa mendapat markah terbaik. Joe juga digelar 'Si Kosong' apabila berjaya mengekalkan markah kosong sepanjang tingkatan 4 dan beberapa ujian di tingkatan 5. Namun gelaran itu sedikit demi sedikit hilang apabila markah Joe semakin meningkat masa demi masa dengan bimbingan Oki. Joe juga diblacklist dari sesi KULTIM (Kuliah tiga minit) yang akan diadakan secara mengejut jika ada masa terluang. Ini berpunca apabila Joe menyampaikan lirik 'Kekasih awal dan Akhir' dalam sesi tersebut. 

"Joe...  Dahlah tu Joe. Kantoi dah pun. Kau dah simbah teruk dah tu... " Inilah kata yang keluar dari mulut kenalannya apabila Joe sedaya upaya 'solat sunat' apabila namanya disebut untuk menyampaikan KULTIM.

Ketua BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) yang terkenal dengan sikapnya yang tidak takut selagi dia yakin apa yang dilakukan untuk menegakkan islam. Itulah Zack. Kesan calar dipintu-pintu dorm itu merupakan kesan turun temurun oleh ahli BADAR tetapi 90% berpunca dari Zack. Sering muncul dengan penyangkut baju besi di waktu pagi untuk mengejutkan pelajar untuk subuh berjemaah. Sikapnya itu tidak digemari oleh kawan-kawannya terutamanya Ben. Dia juga mengelarkan Aliff 'ahli neraka' apabila Aliff terlalu degil untuk mengikut arahannya. 

"Mulut kau ni lah yang akan tarik kau ke neraka nanti!  Hati kotor!" (M/S 58) kata-kata yang dilemparkan oleh Zack apabila Aliff kantoi panjat pagar untuk ponteng kelas. 

Suatu hari Zack terkena sesuatu yang mistik yang menjadi bualan dari zaman ke zaman disekolahnya itu. Selepas kejadian tersebut, Zack telah target Ben cuba mengenakannya. 

Aliff merupakan pelajar paling nakal di sekolah. Baginya dia mahu cepat-cepat habis sekolah supaya dia boleh bekerja. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Aliff tidak mahu membebankan keluarganya yang serba kekurangan jika dia sambung belajar.

" ... Saya tak target apa-apa pun. Habis saja SPM saya nak terus kerja. Result macam mana pun saya tak kisah. " (M/S 237)

Itulah apa yang difikirkan Aliff selama ini. Namun begitu, kata-kata Ayahanda telah merubah pemikiran Aliff 100% walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Dia juga mengaku bersalah dengan apa yang dilakukan kepada ketua BADAR. 

"Kita bukan nak berjaya sorang-sorang Ben. Kita nak cemerlang SPM ni sama-sama. Seronok ke kalau dapat result cemerlang untuk diri kita sendiri, tapi kawan-kawan semua terkial-kial nak masuk IPT? " (M/S 153)

Teguran Oki secara tidak langsung telah menyedarkan Ben dengan tindakannya. Oki seorang yang bertanggungjawab dalam apa yang dilakukan. Sebagai salah seorang fasilitator, Oki tidak lokek dalam mencurahkan ilmu kepada mereka yang lemah terutamanya Joe. Dia sentiasa optimis dan positif dalan mendidik Joe.  

... Sebab itulah dalam kebanyakan situasi, orang yang selalu mengajar orang lain akan menjadi lebih cemerlang (M/S 160)

"Kau boleh Joe!  Kalau aku yakin dengan kau, kau mesti lagi yakin dengan diri sendiri" (M/S 282). Kata Oki apabila cuba memujuk Joe menyasarkan target 5A dalam SPM. 

Dalam pecutan terakhir, Oki dilantik sebagai mentor Joe. Oki juga menerima anugerah Half Colour berdasarkan pencapainya dalam International Mathematics Olympiad. 

Alhamdulliah keputusan yang mereka dapat semua membanggakan. Joe berjaya melepasi targetnya, Ben dan Zack tersenarai dalam pelajar straight A, Aliff juga berjaya mendapat 4A dan Oki pula terkucil sedikit apabila ada mata pelajaran dapat B

Bagi Kak Jie, gaya penceritaan dalam signature jalanan ini ringan. Tapi cukup memberi kesedaran dan semangat untuk berubah kearah lebih baik. Jadi Kak Jie tak teragak nak suggest buku ni kepada orang ramai lagi-lagi pelajar SPM. 

Thanks Teme sebab keluarkan lagi karya yang memberi motivasi secara tidak langsung :)

Monday, 7 May 2018

BAB 2 : Syurga Cinta

BAB 2

“Keputusan Daddy sekarang muktamad! Dah berapa kali perkali macam ni berlaku… Daddy dah tak tahan lagi dah! Kalau ini yang Kael nak, Daddy akan bagi!” kata Tan Sri Syed Mokhtar tegas. Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai Mikhael yang terlalu bebas itu. Masuk itu sahaja hampir 5 kali dia ditahan polis, namun kali ini berbeza dari sebelum. Jika sebelum ini dia hanya ditahan polis kerana membawa kenderaan dalam keadaan mabuk, berada didalm pub ketika diserbu dan bermacam-macam lagi kesalahan yang dilakukan. Namun kali ini, kesalahannya tidak boleh dimaafkan lagi apabila dia ditangkap basah bersama Sarah.

“You nak buat apa?” tanya Puan Sri Joanne. Dia tidak dapat meneka apa yang bermain diminya suaminya. Tanpa mengendahkan pertanyaan Puan Sri Joanne, Tan Sri Syed Mokhtar menuju kearah Dato’ Baha dan Sarah.

“Assalamualaikum…” sapa Tan Sri Syed Mokhtar.

“Waalaikummusalam…” mereka berdua berjabat tangan. Sarah terus berlalu daripada situ. Dia tidak mahu mengambil tahu apa yang ingin dibincangkan oleh mereka berdua.

“Saya…” belum sempat Tan Sri Syed Mokhtar memperkenalkan dirinya, Dato’ Baha terlebih dahulu memotong katanya.

“Ermm… Tan Sri Syed Mokhtar!” Tan Sri Syed Mokhtar mengangguk. “Siapa tak kenal pemilik Syarikat Perkapalan S.M. Group…” Tan Sri Syed Mokhtar hanya tersenyum mendengar kata-kata lelaki dihadapannya. Dia tidak menyangka bahawa Dato’ Baha mengenalnya. Pada pandangannya, lelaki yang sedang berdiri dihadapannya itu bukan berasal daripada calang-calang orang. Ini kerana tidak ramai yang mengenali selain daripada golongan-golongan atasan sepertinya walaupun wajahnya sering terpapar didada akhbar dan majalah.

“Saya Baha, ayah kepada Sarah” sambung Dato’ Baha. Tan Sri Syed Mokhtar mengamati wajah Dato’ Baha sambil memikirkan sesuatu.

“Owh, baru saya teringat! Awak ni Dato’ Bada, pemilik DB Holdings kan? Rasanya kita pernh berjumpa sebelum ni…”

“Ha…”

“Errr, minta maaf kalau saya menganggu Dato’! Tan Sri! Saya rasa elok kita segera selesaikan hal anak-anak Dato’ dan Tan Sri” cela pegawai dari Jabatan Agama Islam tiba-tiba.

Dato’ Baha dan Tan Sri Syed Mokhtar terdiam seketika. Mereka mengalihka pandangan mereka kearah pegawai tersebut sebelum mereka mengalihkan pandangan mereka kearah Sarah dan Mikhael.

"Baiklah! Saya rasa pun elok macam tu… kalau dibiarkan lama-lama sampai bila-bila pun hal ni takkan selesai” ujar Tan Sri Syed Mokhtar. Dato’ Baha mengangguk bersetuju. Selepas berbincang akhirnya mereka mencapai kata sepakat.

Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang dan ALLAH yang akan menentukan segalanya-galanya yang terjadi. Berwalikan Dato’ Baha dan bersaksikan dua orang saksi daripada pegawai Jabatan Agama, Sarah Adelina telah sah menjadi isteri kepada Syed Mikhael dengan sekali lafaz.

Sarah berdiri disebelah Dato’ Baha. Tadi bapanya berbisik kepadanya, mengatakan mahu berjumpa dengannya selepas majlis tersebut.

“Apa papa nak cakap dengan Sarah?” tanya Sarah apabila mereka berdua berada ditempat yang tiada orang. Dato’ Baha menarik nafas dalam-dalam. Kata-katanya ini mungkin menyebabkan Sarah pergi dari hidupnya selama-lamanya. Namun begitu, dia merasa begitu terhina dan maruahnya bagaikan dipijak-pijak oleh anaknya sendiri apabila berlakunya kes sebegini. Dia tidak tahu dia mana dia mahu meletakkan mukanya apabila orang luar tahu tentang kes tersebut.

“Papa nak Sarah keluar daripada rumah kita mulai hari ni!” beritahu Dato’ Baha.

“But why papa? Dah tak cukup ke papa serahkan Sarah kepada Jantan Keparat tu… dan sekarang ni papa nak halau Sarah pulak!” kata Sarah beremosi.

“Mulai sekarang ini, kau bukan lagi anak aku! aku tak ada anak macam kau ni yang sanggup menconteng arang dekat family sendiri! Aku dah tak tahan lagi nak berhadapan dengan kau ni lagi… apa yang aku tahu nanti, bila aku balik ke rumah aku nanti… aku dah tak nak tengok lagi barang-barang kau dekat rumah aku! dasar anak tak kenang budi! Cuma tahu menyusahkan orang tua aje” tempik Dato’ Baha tanpa memandang Sarah walaupun sedikit. Nama panggilan ‘papa’ yang selama ini digunakan kini telah bertukar kepada ‘aku kau’. Sarah terkedu.

Fikirannya yang selama ini berfungsi baik, mengatur ayat melawan kata-kata papanya kini kosong seperti padang jarak padang terkukur. Langkah laju Dato’ Baha dihadapannya dipandang sayu. Papa, Sarah tak salah…
Dato’ Baha terus melangkah meninggalkan Sarah yang kini sudah terduduk sambil menanggis teresak-esak. 

Tanpa diduga Tan Sri Syed Mokhtar, Puan Sri Joanne dan Mikhael terdengar kata-kata Dato’ Baha itu. Mereka terkedu kecuali Mikhael yang bagaikan tiada perasaan tentang apa yang berlaku kini. Tan Sri Syed Mokhtar tidak menyangka bahawa seorang bapa sanggup berkata sedemikian kepada anaknya sendiri. Tidak sepatutnya Dato’ Bada melepaskan amarahnya kepada Sarah seorang sahaja kerana didalam hal ini anaknya, Syed Mikhael juga tutur terlibat. Dia yakin dan percaya bahawa perkaea ini terjadi berpunca daripada Mikhael. 

Dengan langkah yang teragak-agak Tan Sri Syed Mokhtar menuju kearah Sarah diikuti oleh Puan Sri Joanne.

“Sudahlah la tu Sarah, marah seorang bapa takkan kemana. Esok lusa eloklah ayah kamu tu… buat masa ni, kamu tinggal dulu dekat rumah kami… lagi pun Sarah kini tanggungjawab Mikhael” ujar Tan Sri Syed Mokhtar. Segera Sarah mengesat air matanya apabila dia menyedari keberadaan Tan Sri Syed Mokhtar sekeluarga disitu. Dia tidak mahu kelihatan lemah dimata mereka.

Sarah menggeleng. Keadaannya kini semakin teruk dan dia yakin bahwa nasibnya akan bertambah malang lagi apabila tinggal dirumah Tan Sri Syed Mokhtar sekeluarga. 

Apa yang lebih teruk lagi apabila dia tidak mengenali siapa lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya sebentar tadi, yang dia tahu hanya nama lelaki itu, Mikhael! Itu pun kerana dia mendengrnya ketika tok kadi menyebut nama lelaki itu ketika majlis akad nikah dijalankan. Entah baik atau tidak layanan yang akan diterima sekiranya dia tinggal dirumah Tan Sri Syed Mokhtar.

“Tak apalah Uncle! Saya nak balik rumah papa… saya akan terangkan perkara sebenarnya dekat papa, lagi pun saya yakin yang saya tak bersalah! Tapi laki tak guna ni!” ujar Sarah lantang sambil jari telunjuknya dihalakan kearah Mikhael yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Mikhael pantas mengalihkan pandangannya kearah Sarah. “Aku?” kata Mikhael sambil menunjuk dirinya dengan wajah tidak puas hati.

“Yelah! Entah apa yang kau letak dalam minuman aku sampai aku tak sedarkan diri… lepas tu sedar-sedar aje aku! orang Agama Islam ketuk pintu… aku tahu ni semua rancangan kau kan! Kau nak balas dendam aku sebab tak laya kau kan!” tempelak Sarah.

“Hei…” belum sempat Mikhael mengeluarkan kata-katanya. Sarah sudah kembali melepaskan peluru katanya.

“Jangan kau ingat dengan kau buat macam ni, kau boleh dapatkan aku… jangan harap!” tangan Mikhael sudah naik ingin menampar Sarah namun segera ditangkas oleh Tan Sri Syed Mokhtar.

“Syed Mikhael! Dah tak cukup ke kamu menganiayai orang yang tak bersalah? Sekarang ni kamu nak sakiti dia pulak…” bela Tan Sri Syed Mokhtar.

“Sapa anak Daddy sebenarnya ni sekarang? Kael ke pompuan ni?” tanya Mikhael sambil menunjuk kearah Sarah. Sarah membesarkan matanya apabila Mikhael menunjuk kearahnya. Dia tidak mahu kalah dengan Mikhael. Puan Sri Joanne hanya terdiam melihat pertelingkaran antara anaknya dengan Sarah. Kali ini jika dia membuka mulut membela Mikhael mungkin akan menambahkan masalah yang sedia ada. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati walaupun kadang-kala hatinya terguris dengan kata-kata Sarah yang mengutuk anaknya.

“Dah! Mulai hari ni Sarah ni anak Daddy juga! Apapun Daddy nak Kael bertanggungjawab dengan apa yang Kael lakukan…”

“Tapi Daddy!”

“Apa-apa hal kita bincang dekat rumah! Kamu nak semua orang tahu masalah ni? kamu nak menconteng arang kat Daddy lagi? Dah jom balik!” ujar Tan Sri Syed Mokhtar tegas. Sekarang dia tidak mahu memberi muka lagi kepada anak tunggalnya itu. Apa yang dilakukannya itu sememangnya tidak boleh dimaafkan dan dia harus di beri pengajaran.

***

Sepanjang perjalanan kerumah Tan Sri Syed Mokhtar, Sarah hanya mendiamkan diri. Macam-macam benda yang bermain di benak fikirannya. Dalam hatinya kini hanya ada perasaan dendam dan benci terhadap anak Adam yang bernama Syed Mikhael Bin Tan Sri Syed Mokhtar. Kerana lelaki itu, mahkota dirinya yang telah dijaga dan simpan dengan baik dinodai dan kerana lelaki itu jugalah dia telah terlibat dalam perkara sebegitu dan terpaksa menjadi isterinya. Dia juga telah diherdik dan dihalau daripada rumah, semuanya berlaku dalam sekelip mata dan ianya berlaku pada hari yang sepatutnya menjadi hari kegembiraan pada setiap orang.

“Sarah!” sapa Tan Sri Syed Mokhtar.

Sarah tersentak sambil memandang kearah Tan Sri Syed Mokhtar yang berada ditempat duduk hadapan.

“Kita dah sampai” Sarah hanya terdiam sambil matanya liar memandang kawasan laman hadapan banglo tiga tingkat yang tersergam indah itu. 
“Jomlah… jangan malu-malu, mulai hari ni, Sarah tinggal dekat sini je dengan Daddy, Mummy dan abang Kael”

“Abang Kael!!?” Sarah mencebikkan bibirnya mendengar panggilan yang digunakan oleh Tan Sri Syed Mokhtar itu. Rasa nak muntah pun ada.

“Apa lagi Kael! Bawalah isteri kamu ni masuk kedalam… mesti dia tengah penat tu” arah Tan Sri Syed Mokhtar.

“Dia ada kaki! Boleh jalan sendiri” protes Mikhael.

“Kael!!”

“What?”

“Kamu jangan nak bantah cakap Daddy lagi! Bawa isteri kamu masuk dalam! SEKARANG!!!” arah Tan Sri Syed Mokhtar dengan nada yang lebih tegas berbanding sebelumnya dengan menekankan lagi perkataan ‘sekarang’. Mikhael tidak mengendahkan arahan Tan Sri Syed Mokhtar. Dia terus mengatur langkah masuk kedalam rumah dan menuju kebiliknya. “KAEL!!!” panggil Tan Sri Syed Mokhtar. Mereka bertiga hanya melihat sahaja Mikhael pergi daripada situ.

“Itulah awak! Manjakan sangat Kael tu, tengok sekarang… tak reti hormat orang tua! Kalau dulu saya senyapkan aje bila Kael buat perangai! Tapi sekarang ni dah melampau!” kata Tan Sri Syed Mokhtar kepada isterinya. Puan Sri Joanne hanya tunduk sahaja mendengar kata-kata suaminya.

‘Eh orang tua ni… nak salahkan aku pulak! Dah Kael tu perangai macam tu, nak buat macam mana? Haish Kael ni… tak pasal-pasal aku dapat menantu segera, nasib baiklah cantik! Anak Dato’ kalau tidak malu aku…’ omel Puan Sri Joanne didalam hati.

Tan Sri Syed Mokhtar mengalihkan pandangannya kearah Sarah.

“Sarah jangan amik hati dengan Kael ye… nanti Daddy suruh Mak Ton tunjukkan bilik Sarah mana… dah jom masuk” ajak Tan Sri Syed Mokhtar. Mereka bertiga melangkah masuk kedalam banglo tersebut. Sebaik sahaja masuk kedalam rumahnya, segera Tan Sri Syed Mokhtar memanggil Mak Ton. Kelihatan Mak Ton berlari anak menuju kearah mereka berdua apabila Puan Sri Joanne terlebih dahulu masuk kedalam biliknya.

“Ada apa Tan Sri?”

“Mak Ton tunjukkan bilik Kael dekat Sarah ni ye…” arah Tan Sri Syed Mokhtar.

“Kenapa nak tunjukkan bilik Kael Tan Sri? Nak saya kemaskan bilik tetamu ke?” tanya Mak Ton pelik apabila Tan Sri Syed Mokhtar menyuruhnya menunjukkan bilik Mikhael kepada gadis yang tidak dikenali itu.

“Ooo lupa saya nak kenalkan! Ni isteri Kael, Sarah”

“Isteri?!! Bila masa pula Kael khawin Tan Sri?”

“Baru tadi… lain kali la saya cerita, saya penat ni… tolong ye Mak Ton” Mak Ton mengangguk faham.

“Baiklah Tan Sri”

“Daddy naik dulu ye” Sarah hanya mengangguk. Duduk sebiik dengan jantan tu… oh please, ianya ibarat masuk kandang harimau tau!

“Ermm Mak Ton kan?” Mak Ton mengangguk. “Tolong kemaskan bilik tetamu untuk saya ye… saya tak  nak tidur sebilik dengan Mikhael” pinta Sarah.

“Tapi Sarah… Tan Sri”

“Tu nanti pandai-pandailah saya jawab dengan Tan Sri… sekarang ni Mak Ton aje yang boleh tolong saya” rayu Sarah. Mak Ton berfikir sejenak. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Sarah tersenyum. “Terima kasih Mak Ton”

Sarah merehatkan badannya diatas tilam sambil melihat siling biliknya. Wajahnya kini hanya terukir satu duka yang amat pahit didalam hidupnya. Biliknya itu hanya bersebelahan dengan bilik Mikhael.

Haa Mikhael! Dengan aje nama tu hati aku ni mendidih, dasar jantan tak guna… tak cukup dengan satu masalah satu lagi masalah kau bagi dekat aku. just wait and see Mikhael… aku takkan biarkan kau hidup dengan senang! Tunggulah hari pembalasannya nanti

Sarah bangun daripada pembaringannya. Dia menuju kebilik air untuk membersihkan dirinya dan menukar kepada pakaian yang diberikan oleh Mak Ton sebentar tadi. Cahaya matahari yang menyinari bilik Sarah membuatkan suasana lebih nyaman.

Seluar track sut dan baju Mikhael kini dipakai oleh Sarah. Dia mengambil keputusan untuk kembali kerumahnya untuk memujuk Dato’ Baha untuk menerimanya kembali. Walaupun dia sering bertikam lidah dengan Dato’ Baha selepas Dato’ Baha mengahwini Sharifah yang dahulunya pembantu peribadi Dato’ Baha, namun kasih seorang anak kepada bapa tidak pernah hilang. Apa yang dia lakukan selama ini hanyalah untuk menarik perhatian Dato’ Baha, tidak lebih daripada itu.

“Sarah nak kemana tu?” tanya Mak Ton.

“Saya nak balik rumah kejab… Mak Ton bagi tahu la Tan Sri dengan Puan Sri ye, saya nak cepat ni… bye” Sarah berlari anak meninggalkan perkarangan rumah Tan Sri Syed Mokhtar itu. Dengan berbaki duitnya didalam beg duit dia menaiki teksi balik kerumahnya.

Sarah menekan beberapa kali loceng rumahnya. Datin Sharifah yang menyedari keberadaan Sarah disitu, segera menekan butang pintu pagarnya untuk dibuka. Segera Sarah melangkah masuk.

“Eh sarah… kemana kamu pergi semalaman nak? Ibu risau tau…” Tanya Datin Sharifah.

“Kau tak payah nak sibuk hal akulah! Tepi!” tengking Sarah sambil menolak kasar bahu Datin Sharifah. Tersentak Datin Sharifah dengan tindakan Sarah itu. Datin Sharifah hanya mampu menggeluh panjang.

Sarah terus menapak menuju kebiliknya yang terletak ditingkat 2 untuk mengambil semua pakaiannya.

Kedengaran bunyi bising dari luar menyebabkan Datin Sharifah yang sedang asyik menyiapkan makanan didapur keluar untuk menjengah apa yang berlaku. Kelihatan Sarah sudah menukar pakaiannya dan membawa 2 buah beg pakaian di tangannya.

“Sarah nak pergi mana ni? Sarah janganlah buat macam ni nak… tak kesian ke dekat papa? Apa Ibu nak bagitahu papa nanti?” bertalu-talu soalan yang diajukan Datin Sharifah kepada Sarah.

Dengan sinisnya Sarah menjawab, “Huhh! Buat apa aku nak kesiankan orang tua tu? Sedangkan dia sendiri yang halau aku dari rumah ni!”

“Apa Sarah cakap ni?”

“Ah!, sudahlah! Sukalah kau sebab aku dah kena halau dengan papa aku sendiri! Bolehlah kau jadi ma’am besar dalam rumah ni kan! Boleh lah kau bolot semua harta papa aku kan?! Itu yang kau nak kan?” Sarah sudah tidak dapat mengawal amarahnya lagi.

Datin Sharifah menggeleng menidakkan kata-kata Sarah. Niatnya menerima Dato’ Baha menjadi suaminya adalah kerana cintanya terhadap Dato’ Baha dan juga kerana anaknya.

“Dasar perempuan jalang!”

Pang! Satu tamparan singgah di pipi gebu Sarah. Sarah memegang pipinya yang sudah mula merah. Datin Sharifah tidak dapat mengawal emosinya apabila diherdik sedemikian oleh Sarah. Datin Sharifah tahu, dia hanya ibu tiri dan tidak layak untuk mengantikan tempat arwah mamanya tetapi Sarah tidak sepatutnya menganggapnya seperti itu.

“Sarah, ibu minta maaf…” kata Datin Sharifah lembut sambil cuba memegang pipi Sarah apabila dia telah menyedari ketelanjurannya. Namun segera ditepis oleh Sarah sambil menunjuk jari telunjuk ke muka Datin Sharifah.

“Hei perempuan! Kau jangan ingat aku akan maafkan kau! Sampai mati pun kau tak layak gantikan tempat mama aku! mama aku hanya ada seorang saja! Remember, suatu hari nanti kau akan dapat pembalasannya!” Sarah memberi amaran keras.

Datin Sharifah hanya terdiam, air jernih sudah mula membasahi pipinya. Datin Sharifah hanya berdiri kaku sambil melihat Sarah yang sudah menapak keluar dari rumah bangle dua tingkat itu. Sungguh dia tidak mengerti apa yang terjadi pada anak tirinya itu.

Tiba-tiba Datin Sharifah ternampak Sarah berjalan menuju kearahnya. Dia nak ubah fikiran ke?

“Sarah!”

“Bagi aku duit!”

“Duit?” Sarah sudah menghulurkan tangannya dengan wajah yang selamba.

“Yelah duit! Takkan nak minta penampar kau lagi…”

“Tapi, ibu mana ada duit!”

“Kau jangan nak membohong akulah! Aku tahu setiap bulan papa bagi kau duitkan! Mana duit tu?” kata Sarah.

“Betul Sarah… ibu memang tak ada duit”

“Kau bagi aje lah berapa yang kau ada” Datin Sharifah terdiam. Dia terus menapak masuk kedalam biliknya dan mengambil beberapa keping not RM 50 dan RM100 daripada beg duitnya. Diberikannya kepada Sarah.

“Ini aje yang kau ada!” kata Sarah sambil mengira duit yang diberikan oleh Datin Sharifah itu.

“Ini aje yang ibu ada…”

“RM2500… erm, oklah! Tapi kau jangan sesekali bagitahu papa yang aku amik duit kau, kau tak nahas kau” gertak Sarah.

“Tapi Sarah nak pergi mana?”

“Mana aku nak pergi tu bukan masalah kau,” Sarah terus mengatur langkah keluar daripada rumah itu. Dia tersenyum puas apabila menerima wang daripada Datin Sharifah. Duit itu diciumnya lalu dimasukkan kedalam saku seluarnya. Dia terus masuk kedalam teksi yang dipanggilnya sebentar tadi.

“Cik nak kemana?” tanya pemandu teksi itu. Ha.. masalah baru, takkan aku nak balik semula kat rumah jantan tak guna tu? Erm… ok!

“Damansara Utama” teksi tersebut terus meluncur laju menuju ke lokasi.

PROLOG : Syurga Cinta

PROLOG

Didalam kesunyian malam, ramai anak muda kota memilih untuk berhibur di pub bagi melepaskan tekanan pada waktu siang. Kelihatan anak-anak muda terkinja-kinja menari mengikut muzik ada pula sedang melayan pasangan masing-masing. 

Kelihatan Sarah termenung mengingati kembali pergaduhan antara dia dan bapanya sebentar tadi. Bait-bait pergaduhan itu bermain diminda Sarah.

***

“Dia tu nak bolot harta papa aje... dia bukannya cinta setengah mati pun dengan papa... papa please la percaya cakap Sarah! Perempuan tu bukannya perempuan baik...” kata Sarah. Dato’ Baha menggelengkan kepalanya. Entah apa yang bermain diminda anaknya itu kini tidak diketahuinya.

“Sarah! Sampai bila Sarah nak fitnah mama Ira, Sarah?

“Sarah hanya ada seorang mama aje! Dan mama Sarah dah meninggal dunia 2 tahun lepas... dan tak ada sesiapa pun boleh gantikan tempat mama! Noktah!” jawab Sarah yakin. Sememangnya dia tidak pernah suka akan kehadiran Sharifah didalam keluarga itu.

“Jaga mulut tu Sarah... mama Ira tak macam tu! Papa yakin yang mama Ira itu tulus cintakan papa... dan dia sayangkan Sarah” Dato’ Baha cuba mempertahankan Sharifah. Dia tahu bahawa Sharifah tidak mempunyai salah apa-apa pun. Masalahnya kini hanyalah sikap Sarah yang tidak dapat menerima kenyataan tentang penggantian tempat arwah ibunya.

“So sekarang papa tak percaya la apa yang Sarah cakap ni? papa lebih percaya perempuan yang bajet alim tu daripada anak sendiri!”

“Sarah! Papa tak pernah tau ajar Sarah kurang ajar macam ni... dia tu isteri papa, secara tak langsung jadi mama baru Sarah juga! Papa mengaku yang papa lebih percaya dia dari Sarah...” kata Dato' Baha berterus terang. Dia sebenarnya kebuntuan. Sarah tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah berkhawin dengan Sharifah. Sarah tidak mahu sesiapa mengantikan tempat arwah ibunya.

“Okey! Fine... papa lebih percayakan perempuan tu daripada Sarah kan! For your information! Sarah takkan pernah terima perempuan tu sebagai mama Sarah... bagi Sarah hanya mamalah satu-satunya mama Sarah  dan tak ada yang lain!” Sarah terus mencapai kunci keretanya.

“Sarah nak pergi mana tu? Dengan skrit pendek! Baju tak cukup kain! Sarah nak ke mana ni?” tanya Dato’ Baha.

“Suka hati Sarah la nak pergi mana? Papa sibuk kenapa? Pernah ke papa ambil tahu pasal Sarah selama ni?” jawab Sarah kasar.

“Papa tanya elok-elok ni! Sarah nak ke mana?” tanya Dato’ Baha sekali lagi.

“Papa tak payah sibuk lagi hal Sarah! Papa pergilah layan perempuan simpanan papa dekat atas tu...” satu penampar singgah di pipi Sarah.

“Jaga mulut tu”

Sarah memegang pipinya sambil memandang kearah Dato’ Baha. Matanya mula merah menandakan bila-bila masa sahaja air matanya akan mengalir. Dato’ Baha melihat tangannya. Inilah kali pertama dia memukul anaknya.

“Sarah! Maafkan papa... papa tak sengaja” Dato’ Bada cuba melihat kesan tamparannya. Dia betul-betul menyesal kerana terlanjur memukul anak kandungnya itu.

“Sebab perempuan tu papa tampar Sarah, baguslah tu! Lain kali bawa sekali kayu terus pukul Sarah sampai mati... lepas tu senanglah hidup papa dengan perempuan tu lagi... tak payahlah nak berhadapan dengan Sarah yang kepala batu ni...”

“Sarah! Papa betul-betul minta maaf”

“Perlu ke papa minta maaf dengan Sarah? Entah apa yang perempuan tu dah hasut papa sampai dengan anak sendiri pun papa sanggup pukul! Baguslah! Dulu secretary sekarang isteri... lepas ni dapatlah harta papa ni!”

“Sarah!”

“By the way, thanks for this birthday's gift!” Sarah terus masuk kedalam keretanya dan meninggalkan perkarangan banglo tersebut. Didalam kereta air mata Sarah mula mengalir seperti tidak mahu berhenti. Dato’ Baha hanya mampu melihat sahaja Sarah berlalu daripada situ. Dia memandang kearah tangga, takut jika Sharifah terdengar pertengkaran antara mereka berdua. Dia menarik nafas dan menghembuskannya beberapa kali untuk menenangkan amarah yang timbul didalam hatinya. Apabila amarah kian berkurangan dia mengatur langkah menuju kebiliknya. Namun didalam hatinya masih penuh dengan perasaan serba salah kepada Sarah.

“Entah apa perempuan tu dah sihirkan papa sampai aku cakap pun dia tak percaya... jaga kau perempuan! Suatu hari nanti aku akan buktikan yang apa yang aku cakapkan betul! Selagi aku hidup kau takkan senang, just wait and see!” kereta yang dipandu Sarah memecut laju dijalan raya. Dia menuju ke salah sebuah pub yang terletak di pusat bandar.

Bab 1 : Syurga Cinta

BAB 1

“Mike! Kau nampak perempuan kat meja tu?” tanya Kamal sambil menunjuk kearah Sarah yang sedang duduk sendirian sambil menghirup air minumannya. Matanya ligat memerhatikan anak-anak muda yang lain menari bersama pasangannya.

“Aku nampak! Apasal?”

“Kita battle nak?” Kamal memberikan cadangan. Mikhael mula tertarik dengan cadangan Kamal itu.

“Nak buat battle apa?”

“kita battle, sapa yang dapat tackle perempuan tu memang anak jantanlah!” beritahu Kamal. Mata Mikhael tidak lekang dari memandang Sarah. Dia tersenyum sinis. “Amacam? Kau nak tak?”

“Jangan panggil aku Mike lah kalau aku tak terima cabaran kau tu... aku akan pastikan yang aku akan dapatkan dia dalam sekelip mata, wait and see” Mikhael terus bangun sambil mengambil air minumannya menuju kearah Sarah.

“Hai girl! Sorang aje?”

“Jangan kacau akulah! Sana kau” kata Sarah kasar. Sememangnya hatinya masih panas dengan kejadian sebentar tadi. Sapaan Mikhael disambut dingin.

“Hei kenapa marah-marah ni? Relax la...” pujuk Mikhael sambil mengambil tempat dihadapan Sarah. Air minumannya dihirup sambil memandang kearah Sarah. 

'Boleh tahan jugak minah ni... kalau aku dapat ni, memang siaplah kau aku kerjakan'

“Kau tak faham ke apa aku cakap tadi? Aku tak nak orang ganggu aku, kau faham ke tidak?” kali ini nada Sarah sedikit kuat. Namun tidak menganggu suasana disitu, kerana disitu sememangnya bising.

‘Kau jual mahal dengan aku lagilah aku akan berusaha dapatkan kau’ Mikhael tersenyum. Walaupun hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Sarah, namun dia seorang yang tidak mudah berputus asa.

“Aku tahu apa yang bakal kau buat lepas ni Mike! Aku akan pastikan kau akan terkena umpan sendiri” Kata Kamal sendiri. Dia memandang Mikhael dan tersenyum sinis kerana umpannya mengena.

Mikhael mengeluarkan pil daripada poketnya dan memasukkannya kedalam minuman Sarah ketika sedang leka melayan perasaan. Mikhael hanya tersenyum apabila Sarah minum air yang telah diletakkan pil tersebut.
Kepala Sarah tiba-tiba pening.

“You! You okey ke tidak ni?” tanya Mikhael apabila melihat Sarah seperti kepeningan.

“Aku rasa pening...” kata Sarah sambil mengurut-urut kepalanya. Pandangannya semakin kabur. Mikhael bangun dan berdiri disisi Sarah. Berlakon seperti mengambil berat tentang Sarah.

“Hei you! Ok ke tidak ni?” tanya Mikhael sekali lagi apabila Azie tidak sedarkan diri. Dia cuba mengoyang-goyangkan beberapa kali badan Sarah bagi memastikan bahawa Sarah benar-benar tidak sedarkan diri. Mikhael tersenyum. Dia menuju kearah Kamal yang sedang seronok melayan gadis-gadis yang dibayarnya.

“Mal! Aku nak chaw dulu... aku ada projek baik punya malam ni, kau nak join tak?” tanya Mikhael. Kamal menggeleng.

“Aku tak nak arr... aku ada ramai kat sini, kau berseronok la dengan ‘bini’ kau malam ni” Mikhael tersenyum mendengar istilah yang digunakan oleh Kamal. 

Dia kembali kearah Sarah dan membawanya kesebuah hotel yang terletak bersebelahan pub tersebut. Selepas ‘check in’ Mikhael membawa Sarah kesebuah bilik yang telah ditempah khas untuk mereka berdua malam itu. Sesampai sahaja dibilik, Mikhael membaringkan Sarah diatas katil dan merenungnya dari hujung rambut sehingga kehujung kaki.

Skrit pendek yang dipakai oleh Sarah menampakkan pehanya yang mulus dan bajunya yang tidak cukup kain itu menambahkan lagi keseksian seorang wanita. Mikhael mengambil tempat disisi Sarah yang sedang terlena. Dia mengelus lembut rambut Sarah yang lurus itu dan menghidunya. Dia bagaikan diawangan. Wajah Sarah ditatap  dan tangannya mula ligat membuka pakaian Sarah.

***

TOK! TOK! TOK!

Kedengaran pintu bilik diketuk kuat beberapa kali, Sarah tersedar dari lenanya. Alangkah terkejutnya dia apabila badannya tiada seurat benang pun. Dipandang kearah lelaki yang sedang lena disebelahnya juga tidak berpakaian.

“Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni?” tanya Sarah sendiri. Segera dia mencapai pakaiannya dan memakainya kembali.

“Buka pintu ni... kami dari Jabatan Agama Islam...” semakin cuak Sarah dibuatnya apabila mengetahui siapa yang berada diluar biliknya. Segera dikejut Mikhael disebelahnya.

“Hei you! Bangun! Bangun!” kejut Mikhael.

“Sibuklah kau ni... aku nak tidur pun tak senang...” kata Mikhael dalam keadaan mamai. Sarah mengutip pakaian Mikhael yang bertaburan dilantai dan dicampakkan kearah Mikhael.

“Pakai baju ni cepat!” arah Mikhael.

“Kau ni kecoh la... buka pintu sana tu, memekak aje orang nak tidur pun tak senang”

“Kalau kot ye pun pakai la baju ni dulu...” arah Sarah lagi.

“Aku tau lah! Pergi bukak sana lah” Mikhael menolak tubuh Sarah kuat sehingga dia hampir terjelompok ke lantai. Dengan perasaan berdebar-debar Sarah membuka pintu biliknya.

“Assalamualaikum Cik!”

“Waalaikumussalam... ada apa ye tuan?” tanya Sarah buat-buat tidak tahu.

“Kami mendapat aduan bahawa ada berlakunya maksiat disini” kata salah seorang daripada pegawai Jabatan Agama Islam tersebut.

“Maksiat ada Tuan? Saya sorang aje dekat sini, mana ada orang lain lagi...” bohong Sarah. Boleh mati dikerat 10 kalau dia ditangkap bersama lelaki yang tidak dikenali ini.

“Maaf cik! Boleh kami buat siasatan?”

“Tak ada apa yang nak disiasat Tuan! Memang saya sorang aje dekat dalam bilik ni... tak ada sesiapa pun” kata Sarah lagi. Hatinya berdebar-debar, jantungnya berdegup laju.

“Maafkan saya cik! Kami hanya menjalankan tugas” pegawai – pegawai tersebut mengeledah masuk kedalam bilik tersebut dan terlihat Mikhael yang sedang lena tidur sambil memegang pakaiannya.

“Tadi kata sorang, ni sapa ni?” tanya seorang pegawai wanita garang.

“Saya tak kenal dia Puan! Saya bangun-bangun tengok dia ada dekat sebelah,” kata Sarah jujur.

“Membohong kamu ye...”

“Bangun! Bangun! Sedapnya kamu membuta ye! Bangun!” suara garang pegawai lelaki yang memakai tanda nama Suhaimi membuatkan Rauf tersentap dan bangun dari lenanya.

“Apa bising-bising ni? Aku nak tidur pun tak senang” kata Mikhael dalam nada tinggi. Hatinya panas apabila tidurnya diganggu. Dia masih tidak menyedari kehadiran Pegawai dari Jabatan Agama Islam.

“Bangun!” Suhaimi menarik Mikhael bangun sambil membalut tubuh Mikhael dengan selimut.

“Korang tak rasa berdosa ke buat perkara terkutuk ni? Korang tak ingat ke mak bapak korang kat rumah tu? Korang tak kesian ke dengan dia orang?” bertalu-talu soalan diajukan kepada mereka berdua. Mereka berdua hanya terdiam.

“Asal kau tak bagitahu aku?” bisik Mikhael. Sarah mengendahkan pertanyaan Mikhael dah terus pergi mengikut pegawai yang diarahkan untuk membawanya. Mikhael hanya mampu melihat sahaja Sarah dari jauh dengan perasaan tidak puas hati.

Kelihatan Sarah dan Mikhael tunduk apabila diceramah percuma oleh pegawai yang bertugas. Mikhael tertanya-tanya siapa yang melaporkan keberadaannya kepada Jabatan Agama Islam.  Siaplah kalau aku dapat siapa yang laporkan ni, memang tak selamatlah hidup kau.

***

Kelihatan Dato’ Baha datang sendirian dan menuju kearah mereka. Sebaik sahaja Sarah melihat kelibatan Dato’ Baha, segera dia mengalihkan pandangannya kearah bertentangan.

“Maaf tuan! Saya bapa kepada Sarah”

“Tuan boleh ikut saya” pegawai bertanda nama Fuad itu membawa mereka berdua kearah Sarah. Tangan Sarah dicapainya dan ditarik kekawasan yang tidak berapa ramai orang.

“Apa semua ni Sarah? Sarah betul-betul kecewakan papa tau! Papa tahu Sarah masih marahkan papa pasal hal tadi... tapi kenapa sampai macam ni sekali?” tanya Dato’ Baha kecewa dengan sikap anaknya itu.

“Papa tak sangka yang Sarah sanggup buat perkara terkutuk ni sebab nak balas dendam dekat papa... papa mengaku yang papa salah sebab tampar Sarah tadi, tapi itu hanya bertujuan nak mengajar... bukannya nak memukul” kata Dato’ Baha lagi. Sarah hanya mengambil jalan mudah iaitu senyap. “Ssarah! Papa cakap ni...”

“Papa nak Sarah cakap apa lagi? Kalau Sarah cakap yang Sarah tak kenal mamat tu pun, bukannya papa percaya! Kalau Sarah cakap yang Sarah kena perangkap pun bukannya papa percaya pun! Kat mata papa tu... Sarah ni ibarat kotoran yang degil, susah nak buang walaupun dah macam-macam cara dibuat! Selama ni papa anggap Sarah ni apa? Anak?” Azie ketawa kecil.

“Papa sayangkan Sarah...”

“Sayang... kalau sayang kenapa papa kawin dengan perempuan ni? Pernah ke papa minta pendapat Sarah masa nak gantikan tempat mama? Pernah ke papa minta persetujuan Sarah? Apa yang papa tahu, hati papa senang semua tu beres... for your information! Sarah tak pernah rasa macam ada papa even papa always ada depan mata Sarah... papa selalu sibuk dengan kerja, papa tak pernah nak ambil peduli pasal Sarah lepas mama meninggal! Papa biarkan Sarah menanggis sorang-sorang... lepas tu papa salahkan Sarah sebab mama meninggal! Apa lagi papa nak? Tak cukup ke papa dah hancurkan hidup Sarah?” Dato’ Baha terdiam.

“Apa semua ni Kael?” marah Tan Sri Syed Mokhtar.

“Daddy... Kael kena aniaya! Bukannya Kael yang minta semua ni...” Mikhael mula membela dirinya. Takkanlah dia mahu memberitahu kebenarannya kepada Daddynya. Biar pun memanggil Pejabat Agama bukanlah salah satu daripada agendanya.

“Abang... janganlah marah sangat dengan anak kita ni...” kata Puan Sri Joanne sambil memeluk Mikhael. Mikhael mengangguk.

“Habis nak salahkan sapa? Awak!”

“Ada saya pulak!”

“Cuba cerita dengan Daddy, macam mana semua ni boleh terjadi? Tadi pegawai tu kata kamu tu tak berpakaian! Apa yang sebenarnya kamu buat ni Kael?” tanya Tan Sri Syed Mokhtar lagi.

“Kael tak bersalah dalam hal ni Daddy... percayalah!”

“Percaya! Dah berapa kali kamu kena tangkap polis? Setiap kali kena tangkap! Kena saman! Kamu kata kamu tak buat, suruh Daddy percaya pada kamu... kalau dulu memang Daddy boleh sabar dengan kamu, tapi sekarang ni dah melampau sangat Kael!” sudah tiada apa lagi yang dapat Mikhael katakan. Sememangnya dia tidak pernah dapat melawan kata-kata ayahnya sejak dahulu lagi. Dia memegang lengan Puan Sri Joanne meminta agar dia dapat membantunya.

“Abang...”

“Awak jangan nak masuk campur dalam hal ni Anne... dah cukup dulu saya diamkan! Sekarang ni, biar saya yang ajar budak ni” tegas Tan Sri Syed Mokhtar. Puan Sri Joanne kehilangan kata-katanya. Dia memandang Mikhael sambil menggeleng perlahan. Mikhael melepaskan keluhan kecil.

“Saya dah buat keputusan!”

“Apa dia?”

“Kael kena kawin dengan budak perempuan tu...”

“What?!!” kata Puan Sri Joanne dan Mikhael hampir serentak.