Showing posts with label 4budak hitam. Show all posts
Showing posts with label 4budak hitam. Show all posts

Tuesday, 3 December 2019

DATE 11.11

ASSALAMUALAIKUM

Kalau nak kata puas, memang tak puas. 2H1M manalah cukup nak pusing bandar Melaka tu. Walaupun Melaka tu taklah sebesar mana tapi banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh kita lawati. Jadi sempena 11.11 ini, kami memilih untuk melakukan kembali perjumpaan semula setelah sekian lama menyepi. Masing-masing sibuk, baru nak mulakan hidup baru la katakan. Banyak benda yang perlu di pelajari dan disiplin.

Disebabkan masa yang terhad, Bandaraya Melaka telah menjadi pilihan kami untuk bercuti. Ramai yang cakap, ala Melaka je ke ? Kau boleh ulang-alik je la dalam masa sehari. Yup! memang boleh pergi balik dalam masa sehari, tapi puas ke ? Serius Jie katakan, walaupun Melaka tidak jauh dari tempat tinggal Jie, Jie memang jarang kesana. 

Kami telah memilih King Green Hotel untuk menjadi tempat penginapan kami untuk satu malam. Apa yang kelakar masa tu adalah kami tersalah hotel. Tak pasal-pasal check-in lambat. Nasib baik yang hotel sebenarnya lebih gah sedikit daripada yang sebelumnya.

Disebabkan masa tak banyak, lepas asar kami terus kedestinasi utama kami iaitu mandi kolam !! Bila tiba kau tak geti berenang tapi sibuk nak mandi kolam. Sampai nak masuk kolam tu pun, Jie suruh kawan Jie masuk dulu. Sebab Jie memang ada trauma sedikit dengan air ni, pernah nak lemas dulu. Alhamdullilah masih tak takut masuk air cuma extra care je.

Puas main air, perut pun dah meraung-raung minta diisi. Jadi kami balik ke bilik untuk membersihkan diri. Lepas isyak, kami terus memulakan misi food hunting. Destinasi pertama kami adalah @mamam.cafe yang terletak di sekitar Klebang. Apa yang Jie sangat suka adalah roti john daging leleh dia. Superb sedap + daging dia melimpah-limpah. Dah la sos dan rempah dia rasa. Jadi memang tak ada sebablah Jie kata roti john dia tak sedap. Walaupun Jie tak habis dan makan esok paginya, rasa dia masih sama. Next time, kalau ada rezeki Jie memang akan repeat lagi.


Makanan dah cari, kalau tercekik macam mana? Jadi misi kami seterusnya adalah misi BOOBA. Makanya, kami ke Kota Laksamana yang terletaknya banyak kedai minuman booba yang terkumpul setempat. Tinggal nak pilih je. Sesampai sahaja disana, mereka terus menuju ke kedai minuman mereka mahukan. Disebabkan Jie agak kurang dengan minuman seperti ini, Jie hanya memilih B. Sugar Black Tea Boba dari Tiger Sugar.

Sebelum balik, kami sempat singgah ke Family Mart (FM). Sebenarnya Jie agak jakun bila ternampak FM ni sebab dekat Muar tak ada. Masa kat KL haritu pun tak sempat nak pergi. Jadi Jie nak tahu apa yang ada dekat sana tu. And finally, Jie puas hati walaupun kawan Jie tak berapa nak puas hati sangat sebab oden dia tak dapat. Barisan untuk oden terlalu panjang. Sementara menunggu itu, Jie sempat beli sarapan untuk pagi esok. Biasalah Jie kalau tak sarapan, macam-macam benda pelik nanti Jie buat. Hehehe ...

Paginya kami dah bersiap-siap untuk balik. Selepas check-out kami menuju ke Malacca Prade untuk cari cenderahati untuk kawan-kawan. Hihihi ... Puas pusing, kami terus mencari port untuke mengisi perut kami yang agak kelaparan. Apa yang penting masa tu, tak kisah la nak makan apa, asalkan kena ada nasi. Kalau tak memang kami bertiga meroyan gak masa tu hihihi ...

Jadi kami pun termasuk ke Chicken Rice Shop hihihi ... puas makan beb, sampai tak habis . Set dia memang puas sangat, percayalah! Penat gak berjalan, ialah orang tak biasa bersenam tiba-tiba berjalan banyak, lenguh kaki hahaha ...

Alhamdullilah, walaupun hanya 2H1M sekurangnya kami dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama. Lupakan hal kerja buat sementara. Kutuk mengutuk antara satu sama lain. Berseronok bersama. Insyaallah, ada rezeki kita kumpul lagi. Perkara biasa dalam persahabatan ada pasang surut dia. Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah berdoa agar semuanya dapat dilalui dengan baik.

Okaylah, dah habis cerita. Kita jumpa lagi untuk cerita akan datang ...


Monday, 4 June 2018

We Got You Village Grill - Muar

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama tidak berjumpa dan akhirnya kami berjaya mengumpulkan keempat-empat ahli 
#EmpatBudakHitam

Bermula apabila kawan Kak Jie bertanya dalam group 

 
Maka bermula lah kami berbunyi dan kebetulan kawan Kak Jie dari Kuantan pun balik, jadi tinggal Kak Jie je yang tak ada kat kampung. Demi mereka Kak Jie pun drive balik kampung. Penat memang penat sebab minggu lepas Kak Jie berulang dari Shah Alam ke Negeri Sembilan untuk uruskan hal-hal yang tak settle lagi. Ada yang naik KTM ada juga yang drive kesana sendiri hihihi

Sebelum itu, Kak Jie nak cerita something yang agak kelakar. Seperti biasa bila kami berjumpa, maka kami akan keluar makan. Nak dijadikan cerita, kami teringin nak makan western dan teringat satu tempat yang mana famous dekat Muar. Iaitu Village Grill.

Jadi malam tu, kami pun pergi lah ke 'Village Grill' yang dikatakan mengikut maps yang diberi. Alhamdullilah kami sampai ketempat tu tapi bukan 'Village Grill' yang kami mahukan. Kami TERpergi kedai masakan asam pedas kampung hahahaha... 

Niat dekat hati memang nak angkat kaki je bila dah tengok menu semua, ye la tekak masing-masing nak makan western tetiba TERpergi kedai masakan melayu pulak. Bukannya tak makan masakan melayu tau, tapi bila teringin tu, lain sikit rasanya. Jadi disebabkan tak sampai hati maka kami pun makan je la dekat situ, tapi kepuasan tu kurang sikit sebab tak dapat apa yang kami mahukan.

Dan kini, KAMI BERJAYA!!! Berjaya ke kedai yang betul. Hahaha..

Sempena ramadan ini, Village Grill - Muar ada buat buffet. 
RM39/ Dewasa, RM29/ Umur 6 -13 tahun dan FREE untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Untuk harga sebegini, Kak Jie confirm korang semua tak akan menyesal kerana juadah yang disediakan memang banyak giler... Kalau Kak Jie senarai dekat sini mahu Kak Jie sendiri yang meleleh air liur nanti, cuma Kak Jie takut, korang je yang tak mampu nak habiskan nanti hihihi

Dari makanan berat sehinggalah ke juadah ringan-ringan, semuanya ada... 
Tapi kena ingat, ini buffet kan. Jadi korang kena ambil sendiri makanannya bukan hidang tau. Meh sini Kak Jie payung antara makanan-makanan yang ada.

P/S : Sumber gambar semua dari Village Grill - Muar (FB)


















Haaa... macam mana? Terliur tak? Banyakkan juadah yang mereka sediakan! Tapi ini bukan semua tau, ada lagi yang tak terambil gambarnya (bahaya) hahaha ... Kak Jie memang yakin la korang terliur hahahaha... jangan risau, kita sama sahaja hihihi 

Sebelum itu, Kak Jie nak pesan awal-awal. Kalau korang teringin nak makan dekat sini, baik booking awal-awal. Kalau walk-in takut tak ada tempat nanti. Memang ramai giler orang dekat sana. Serius talk. Kalau nak booking, pergi dekat FB Page mereka. Dekat situ mereka dah sediakan nombor! menu! gambar! semua siap-siap. Mereka juga menyediakan kurma dan air putih percuma untuk setiap meja.

Nah! ini antara makanan yang kami mampu ambil. Takut amik banyak-banyak nanti,  kedai kena tunggu kami habiskan makanan hahaha...



Okay guys! Kak Jie mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan Hari Raya !!!
Dah nak raya ni jangan nakal-nakal, kang ada yang raya kat hospital ini kang.

bye... jumpa dalam post seterusnya

Saturday, 18 March 2017

LANGKAWI SAY MARI



ASSALAMUALAIKUM . . 

dan selamat sejahtera kepada semua readers. Semoga semua happy sahaja hari ini. Dalam kesibukan menyiapkan thesis dan assignment, tetiba SS terpandang satu folder yang rasanya SS tak sempat nak kongsikan dengan smua. Nak tahu folder apa? Tengok tajuk rasanya semua dah tahu kot.

FOLDER : LANGKAWI

 Kami bukanlah berasal dari keluarga berada tetapi kami ingin menimba pengalaman baru. Itulah titik permulaan bagaimana trip langkawi 3h2m ini terjadi.

Satu hari tu, SS tersangat bosan sebab dah tak ada benda nak buat lagi pada hari itu. Jadinya SS ternampak dalam gambar, gambar kapal terbang. SS pun bersuaralah dalam group '4 budak hitam' 
" Weh! aku teringin la nak naik kapal terbang, tak pernah naik. KLIA pun tak pernah jejak"

Bermula dari sana, maka terjadilah plan yang mengambil masa hampir setengah tahun ini. Biasalah nak cari masa yang sesuai bagi seorang pelajar dan mereka yang bekerja sukar. Bagi mereka yang pelajar dan pelajar pun susah nak cari masa berjumpa. Masa cuti tak sama. Finally we decide untuk pergi awal tahun. Masa yang sesuai dimana yang belajar sedang cuti semester dan yang kerja pun dapat minta cuti awal.


Seperti yang dijanjikan, sebelum kul 7:30 pagi kami semua dah berkumpul dekat Terminal Bentayan Muar. Kami akan amik bas dari sana menuju ke TBS. Memandangkan tiada siapa yang nak hantar kami kesana. To excited sebenarnya. Tak pernah jalan jauh sebegini plus kami tak ada langsung kenalan dekat sana haha. Perjalanan mengambil masa 3 - 4 jam. Kami sampai TBS dalam pukul 11 pagi. 

Tiket bas MUAR - TBS : RM17.60


Masing-masing perut dah lapar sebab tadi tak sempat nak sarapan. Sampai-sampai sahaja kami terus cari tempat makan. Eh lupa, sebelum pergi makan tu beli tiket pergi KLIA 2 dulu, nnti kalau tiket habis bertambah kos kena naik LRT. Seperti biasa kami terus pergi KFC yang terletak ditingkat dua. Walaupun lapar tak banyak pun makan. Tapi benda wajib yang SS beli mesti ada nasi tak kiralah nasi apa pun. Hahahaahha

Sampai masa untuk kami bertolak ke KLIA 2 pulak. Semakin bertambah excited dibuatnya. Walaupun laluan yang dia bawa tu memang laluan SS balik kolej selalu tapi kali ini berbeza sebab tujuan bukan nak balik kolej tapi pergi KLIA 2. Seriously, I'm so excited!!

Tiket bas TBS - KLIA 2 : RM 11

 TBS ke KLIA 2 tak jauh sangat pun, ambil masa dalam sejam lebih. Kira sebelum berlepas kami sampai dalam 3 jam awal, sementara nak menghabiskan masa yang terluang tu kami explore la sikit-sikit apa yang ada dekat sana. Tengok ragam orang. Cara orang. Well SS suka perhatikan sikap dan fesyen seseorang. Hahahaha, jaga-jaga

Masa yang ditunggu telah tiba. Kami terus ke balai pelepasan. Di sebabkan ini semua first time kami berempat naik kapal terbang agak kalang-kabut juga. Tempat nak check in pun tak jumpa. Nasib baik ada kaunter pertanyaan.








JOM KITA BERLEPAS . . .


ALHAMDULILLAH KITA DAH SELAMAT SAMPAI...

Badan pun dah penat, tunggu apa lagi jom kita check-in bilik dulu. Malam nanti kita berjimba puas-puas huhuhu. Tapi lepas siap-siap malam tu hujan turun membasahi bumi langkawi. Down pulak tetiba. Tapi digigihkan juga kami redah je ujan tu. Maka sampailah ke destinasi pertama kami 


FIRST DAY 

PASAR MALAM KEDAWANG

Meredah hujan. Maka sampailah kami ke Pasar Malam Kedawang. Sebagaimana yang kita tahu, dekat Langkawi ini setiap malam ada pasar malam tapi kena tahu lah kat mana destinasi pasar malam tu. Alhamdullilah sesampai sahaja ke pasar malam tu, hujan turun semakin reda. Banyak juga kami borong masa tu, tapi mostly makanan la. Hahaha 

Walaupun tak banyak kedai buka malam tu tapi, best!! baliknya kami singgah kedai makan dan melantak sepuasnya sebelum bertolak balik.


SECOND DAY

ISLAND HOPPING

Pagi itu kami bersiap untuk ke Island Hopping yang tidak jauh daripada tempat penginapan kami. Disebabkan malas nak drive, kami naik van. Lagi pun tempat kami tak jauh pun dari jeti tu. Menunggu punya menunggu akhirnya dalam 9:00 pagi kami bertolak ke destinasi pertama Pulau Beras Basah


Kami ditinggalkan selama sejam dekat Pulau Beras Basah. Suasana memang cantik sangat. Ditambahkan lagi dengan pencahayaan semula jadi yang sangat cantik. Dekat sini kami dibenarkan untuk membuat aktiviti air. Dekat sini anda boleh main banana boat, scuba dan macam-macam lagi. Masa dekat sini, terdapat satu trip company rasanya, seronok tengok dia orang main permainan yang SS pun tak tahu dia orang main apa haha. 



Dekat sana ada monyet! So kalau kat sana kena hati-hati sikit dengan monyet tu. Tapi SS sarankan kalau nak island hopping ini baik pergi tandas awal-awal dan kalau jenis yang cepat lapar atau haus tu bawa bekalan. Kat sana harga air memang 'murah' haha. 



Destinasi island hopping kedua kami adalah Pulau Singa Besar. Tapi tak ada singa pun dekat sini. Dekat sini banyak sangat burung helang. Dekat sini kami tak turun tapi kami diberi pengalaman melihat burung helang dari jarak dekat. 

Dari jauh kami nampak banyak burung helang beterbangan. Lepas tu pemandu bos melemparkan makanan ke dalam laut. Alangkah indahnya apabila burung-burung helang itu turun dan makan makanan yang dilemparkan tadi. So beautiful. Lepas dah puas tangkap gambar dan tengok helang makan kami terus ke destinasi seterusnya.


Dalam perjalanan, pemandu bot menunjukkan Pulau Dayang Bunting. Memang nampak jelas bentuknya. Tidak jauh daripada itu juga kami ditunjukkan bentuk buaya, tapi SS dah lupa nama tempatnya. Kalau ikut sejarah kalau sesapa yang nak anak boleh la mandi dekat tasik dia. Insya-Allah dengan kuasa tuhan akan dapat anak. Tapi macam mana kesahihan dia tak tahu la. 

Untuk ke Tasik, dikenakan bayaran tapi SS tak ingat berapa tappi murah aje. Sebelum sampai ke tasik itu, korang kena daki dan turun bukit. Bagi yang kurang stamina memang lambat la sampai sana. Dekat sini pun kami ditinggalkan selama sejam. Tapi apa yang anda dapat lihat bila sampai penghujungnya memang cantik. Dekat sana pun anda boleh mandi, naik bot dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. 

Suasana nak ke tasik pun cantik. Anda akan ditemani dengan suasana hutan yang tenang ditambah lagi dengan dekorasi semula jadi batu-batu besar. Yang ini memang SS suka. Tapi disebabkan badan dah terlalu penat sebab dari pagi dah over excited maka dekat sini kami lepak-lepak je. Nak mandi tak bawa baju lebih ditambahkan pula masa kami sampai tu memang tengahari 12:00.

Masa nak balik tu, kami hampir diserang oleh monyet. Tak tahu la sebab apa. Mungkin sebab kami lalu masa dia nak lalu. Pada masa yang sama, kami nampak ada monyet sedang ehem haha.. 

Maka berakhirlah island hopping kami. Penat tapi berbaloi. 
Sampai sahaja ke jeti, perut dah lapar yang amat. Nasib baik ada orang jual buah kat jeti. Memang pandai betul strategi penjualan dia. Kat situ kami ada beli hadiah untuk kenang-kenangan. Walaupun terpisah tapi still okay. Love it. 

KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP (HIG)


Lepas bersihkan diri. Kami terus ke destinasi seterusnya .. Kompleks HIG .. Kalau dah kesini buat apa lagi kan. Kita kasi borong coklat la kan.. Harga dekat sini memang murah dan SS yakin sesiapa yang datang sana semua akan rambang mata.

DATARAN LANG

Lepas puas shopping coklat. Kita ke destinasi seterusnya Dataran Lang !!! For the first time. Our time management tak bagus lagi. Jadi sampai-sampai je dekat sana cahaya matahari masih terik lagi. Kalau nak amik gambar pun sukar nak dapat angle yang cantik disebabkan pencahayaan yang terlalu banyak. Sementara menunggu masa yang sesuai kami explore tempat. 


Niat dihati nak amik gambar berempat full tapi malu nak suruh orang amikkan. Nak pakai monopod tak ada haha. Tapi nasib baik lah ada sorang akak comel ini tolong amikkan gambar. So inilah satu- satunya gambar dimana kami semua ada. Cute tak kami haha

PASAR MALAM KUAH

Dari Dataran itu kami terus menuju ke Pasar Malam Kuah. Banyak barang yang boleh dibeli. Semuanya dengan harga yang sangat berpatutan. Sebenarnya tujuan kami ke pasar sebenarnya nak cari makanan. Biasalah dekat pasarkan banyak makanan yang sedap-sedap. Banyak juga kami borong masa tu. Bekalan buat pagi esok la katakan. 

Maka tamatlah pengembaraan kami pada hari itu. Sebab apa kami tak keluar malam? Kan boleh gunakan masa itu buat explore lebih lagi. Betul tu!! tapi one of our member are not well. Jadinya kami decide untuk rehat aje malam tu. 


THIRD DAY

KERETA KABEL LANGKAWI

Hari yang tidak disukai telah tiba. Haha. Bukan tak suka apanya. Sebab kita orang dah nak kena flight balik dah .. sedihnya. Tapi sebelum balik ada satu lagi tempat yang kita orang nak pergi. Sebenarnya masa ini ada dua pilihan antara nak ke cable car atau telaga 7. Disebabkan masa yang singkat maka kami decide pergi cable car. Kami amik full package, orang kata dah alang-alang baik amik aje kan. Pandai akan tu persuade kita orang. Nasib baik comel.  Semuanya termasuk 

Cable Car + Muzium 3D + Muzium 6D + Sky Dorm + Taman Buaya





Tempat terakhir dalam pakej .. Taman Buaya .. Nasib kami baik sebab sesampai aje kat sana, ada persembahan buaya. Oleh itu, kami diarahkan ketempat persembahan dan dipersembahkan dengan persembahan oleh Brother Mazlan dan dibantu oleh Brother Nemo.

Sebelum persembahan MC cakap yang tempat kena basahkan disebabkan buaya ini adalah berdarah panas. Tapi memandang bila bermula sahaja persembahan, hujan turun dengan lebatnya, maka tak perlulah simbah air untuk basahkan tempat persembahan. Walaupun dah memudahkan kerja mereka tapi bahaya yang mereka hadapi akan lebih tinggi. 

Sukar untuk mereka melihat dengan jelas. Bayangkan 2 orang lelaki dikelilingi oleh 3 ekor buaya yang boleh mengamuk bila-bila masa sahaja. Tapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Kami tak sempat nak tengok persembahan kedua disebabkan masa mencemburui kami. 

 

Tamatlah sudah pengembaraan 3H2M kami di Langkawi. Insya-Allah ada kesempatan kita bertemu lagi Langkawi. Banyak lagi tempat yang tak cover lagi. Lepas ni kena pergi dalam seminggu baru dapat cover satu pulau Langkawi. 

Ni SS sediakan sikit video bagi tontonan korang semua.. Hope enjoy it!



Sunday, 7 August 2016

Ke Melaka dengan hanya baget bawah RM50??

ASSALAMUALAIKUM


semua :) . Rasanya dah lamakan Kak Jie tak update blog ni. Bukannya tak nak update tapi disebabkan kengkangan tertentu Kak Jie tak boleh mengupdate . . So disebabkan Kak Jie banyak sangat masa lapang kali ni Kak Jie nak kongsi sikit pengalaman Kak Jie ngan kawan² ke Melaka Bandar Bersejarah.

Kalau diikutkan dah berpuluh-puluh kali jugak kami ke Melaka tapi ketempat yang sama dan tanpa tujuan. Tapi kali ini disebabkan kengkangan duit tapi nak berseronok atau memberi award kepada diri sendiri apabila asyik belajar atau bekerja. Sesekali puaskan hati sendiri apa salahnya kan haha

Disebabkan Kak Jie ni masih bergelar seorang pelajar dan baru mula cuti sem ketika itu, maka tidak banyak lah wang yang ada ditangan mahu pun di bank haha. Oleh itu kami berempat menetapkan baget RM50 dan mungkin lebih murah lagi

Belanja kami :

★ Minyak - RM10/ seorang
★ Muzium Samudera - RM5/ seorang
★ Steamboat - RM22.90/ seorang
★ Wayang - RM9/ seorang
Total perbelanjaan : RM46.90 SAHAJA
(Bajet boleh dikurangkan bergantung makanan yang anda amik)

Dalam pukul 10.30am kami bertolak ke Melaka. Perjalanan mengambil masa 45minit sebab SS malas nak bawa laju. Buat apa laju² kan.. Relax² sudah haha



Kami menuju ke destinasi pertama kami iaitu TANJUNG PUTERI . Sama seperti pantai² yang lain tapi Kak Jie lagi suka kesini berbanding Klebang sebab kat sini lebih redup sebab banyak pokok dan banyak kerusi. Dekat sana kami ber kelah . Maka keluarlah semua makanan yang telah ditugaskan. Lupa Kak Jie nak bagitahu yang makanan masa berkelah tu sendirian berhad. Ada meehun goreng, nuget, air minuman dan paling special sekali red velvet buatan kawan Kak Jie. Serius sedap sangat. Sekali cuba mesti nak lagi



Kami lepak sampai 12lebih. Perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya. MAHKOTA PRADE, MELAKA . 

Tujuan yang tak asing bagi kami. Tengok wayang la hehe . . bukan selalu tau. Kami sebulat suara pilih movie The Purge : The Election Day. Pada Kak Jie cerita itu bagus tapi agak keterlaluan untuk budak bawah umur. Pada Kak Jie, melalui cerita itu Kak Jie dapat lihat dimana kegigihan seorang pemimpin baru yang berusaha merubah keadaan yang lebih baik. Dalam masa yang sama tak semua mereka yang jahat adalah jahat. Okaylah.. Kalau tak dapat nak gambarkan apa yang Kak Jie sampaikan baik uolss pergi tengok sendiri.

Niat dihati memang nak pusing area situ je tapi disebabkan Kak Jie salah tengok map maka ke Banda Hilir la kami. Sampai je sana kami macam buntu tak tahu kemana tetiba nampak la kapal besar atau namanya MUZIUM SAMUDERA,MELAKA

Tiket masuk bagi orang dewasa cuma RM5 sahaja dan uolss boleh masuk tiga tempat yang berbeza dan mempunyai kisah yang tersendiri. 

Bahagian pertama adalah dalam kapal itu sendiri. Untuk pengetahuan semua kapal itu memang kapal betul yang telah diubah suai menjadi muzium. 

 

Sekarang kita move ke bahagian kedua . Tempat diabtal jauh pun dekat sebelah je. Bangunan yang kononnya menembusi bangunan tersebut. Dekat sini dia banyak memberitahu gaya hidup orang terdahulu dan alam sekitar.


Dan bahagian terakhir adalah Muzium TUDM yang terletak diseberang jalan je. Dekat sini kita dapat lihat banyak kenderaan, pakaian dan senjata yang digunakan oleh tentera untuk menjaga keselamatan negara. 

 

Hari dah petang, perut pun dah makin lapar. Ye la dari pagi cuma makan mihun je. Tetiba semua nak makan steamboat tapi kali ini kami tak makan di Melaka tapi di Muar. Maka bertolak pulanglah kami dah menuju ke destinasi seterusnya iaitu Polkadot steamboat, Muar. Tapi sayang masa tu kedai dia tutup maka kami pergj ke pilihan kedua kami iaitu 

MUTIARA STEAMBOAT, MUAR

Disini hanya dengan bayaran RM22.90/seorang uolss dapat makan sebanyak mana yang uolsss suka dan mampu. Air percuma lagi haha. Tapi tambahan daging kambing akan dikenakan cas tambahan. Memang kenyang se kenyang nye kami malam tu. Kalau orang negeri tu dia dah cakap 'se'eh' klu jawa pulak 'warek'

Maka berakhirlah perjalanan budjet kami kali ini.. Nantikan trip Melaka 2.0 kami tak lama lagi. Adioss uolss, SS minta diri dulu.

(15.07.2016 ★ Melaka 1.0)