Tentang Kak Jie


ASSALAMUALAIKUM . . .

Hai semua, apa khabar? Sebelum cerita lebih lanjut lagi, Kak Jie nak memperkenalkan diri dulu.
Nama Kak Jie adalah Siti Nur Azizah binti Mohd Zaini yang dilahirkan pada bulan Disember 1994 tapi didalam dunia penulisan blog ini, Kak Jie lebih selesa memperkenalkan diri sebagai SS (Senah Solok) atau Kak Jie. Bergantung dengan mood hahaha. Maksudnya 'SS' tu bukannya maksud syok sendiri tau! walaupun memang kebanyakkannya syok sendiri hahaha...

Hobi Kak Jie adalah menulis dan menconteng. Bukan conteng lukisan tau, tapi conteng benda-benda yang bertulis hehehe... Pernah masa sekolah rendah dulu, Kak jie beli buku tulis semata nak buat conteng. Kak jie tak tahu la kenapa masa tu, otak Kak Jie ni macam-macam idea ada.

Kadang-kadang buat sajak! buat novel! buat cerpen! buat syair!

Tapi itu semua dulu la... sekarang ini, Kak Jie masih dalam dunia penulisan tapi agak perlahan sebab kekangan masa sebagai seorang pelajar sepenuh masa hahaha (alasan). 

Disebabkan Kak Jie suka berkongsi pengalaman Kak Jie tentang semua yang Kak Jie lalui. Maka Kak Jie buat lah blog ini. Jangan kecam kalau story Kak Jie tak menarik. Lagi satu, kalau korang semua berminat sangat nak tahu apa yang Kak Jie buat setiap hari tak susah pun... dekat atas belah kiri itu ada logo Facebook, Twitter dan Instagram kan... just click it

Panjang-panjang cakap pun macamlah korang nak tahukan hahaha
Apapun, Kak Jie harap korang happy selalu dan sentiasa dimurahkan rezeki
Amin3

No comments:

Post a Comment