Showing posts with label Happy Life. Show all posts
Showing posts with label Happy Life. Show all posts

Wednesday, 21 August 2019

KLCC

ASSALAMUALAIKUM ...

Malaysia memang terkenal dengan keindahan dan kemegahan KLCC iaitu singkatan daripada Kuala Lumpur City Centre yang terletak ditengah bandar Kuala Lumpur. Ramai orang dari luar negara sanggup datang ke Malaysia untuk melihat keunikan dan kecantikan KLCC itu. Oleh itu menjadi satu kebanggaan untuk Jie datang melawat bangunan tu. YES !! bukan mudah untuk Jie sendiri kesana walaupun Jie sendiri orang Malaysia hehehe .



Semuanya bermula apabila Jie kena training dekat Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam. Agak nervous  juga la masa tu.  Mana tidaknya, kau akan pergi tempat yang tak pernah kau pergi plus kau akan sebilik dengan orang yang kau tak kenal. Apa yang kelakar sebelum sampai sana tu, Jie sempat sesat. Nasib baik la tak jauh sesatnya, dah la malam pulak tu hahahaha

Hari kedua, bila semua dah rapat.  Jie pun menyebuk bila dia orang kata nak merayap ke KLCC lepas habis training tu nanti.  Kebetulan juga Jie tak ada apa-apa aktiviti malam tu. Takkan la nak habiskan malam tu dengan duduk bilik tengok TV je kan . Lagipun perut perlu diisi.

Maka lepas isyak, bermulalah perjalanan kami menaiki LRT. Sumpah pemandangan KL masa malam memang cantik, dengan lampu-lampu semua tu. Paling cantik lagi bila nampak KLCC tu sendiri depan mata. Terasa kecik beb bila berdiri dekat situ. Rasa sangat tempat tu tak setanding dengan Jie.


Memang ramai giler orang dekat sana, sampai nak amik port bergambar pun susah. Kena amik turn gitu hahaha. Dekat sana ramai yang jual lens untuk ambil gambar yang penuh kalau ramai. Boleh la minta tolong abang-abang dekat sana amikkan gambar sekali hehehe.

Untuk geng-geng baru, insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Kita masih dalam satu company walaupun berjauhan. Chaiyok guys !!

Hokay ... sampai sini dulu, nanti Jie kongsikan lagi next trip  bye bye

Saturday, 17 November 2018

My Happy Graduation Day

ASSALAMUALAIKUM


Hai apa khabar semua? Dah lama rasanya Kak Jie tak update lepas review buku haritu. Insyaallah, kalau Kak Jie ada masa lapang memang Kak Jie akan update sebulan empat kali atau lebih berpandukan kesibukan dan perkongsian. Kali ini Kak Jie nak kongsi one of most important day in my life. Korang rasa apa? yup... My Graduation Day!!! (tengok kat header dah tahu kan hihihi)

Serious Kak Jie cakap, Kak Jie tak pernah terfikir yang suatu hari nanti Kak Jie berpeluang naik ke pentas untuk mengambil segulung Ijazah. Selama ni tengok orang lain je, tapi kali ini alhamdullilah Kak Jie berpeluang merasai sendiri. Siapa sangka seorang gadis yang tiada A dalam SPM dan tidak mencapai target dalam STPM kini berjaya menamatkan pengajian dalam Bachelor of Communication with Honour.

Okay Kak Jie nak share sikit perjalanan sebelum hari besar tu!!

14/11/2018

Seawal 5.30pm Kak Jie bertolak dari rumah ke UPM untuk amik adik Kak Jie. Sampai-sampai sana dah pukul 8pm. Selesai menunaikan kewajipan, kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu UPSI. Kali ini kami sampai lambat sikit dari jangkaan sebab sesat kat KL. Mana taknya, dengan keadaan malam ditambah dengan hujan renyai-renyai. Kak Jie ni kalau jalan KL memang tak tau, 100% berpandukan GPS je hehehe. Pusing punya pusing, pukul 11pm kami sampailah kesana. Ngam-ngam adik Kak Jie abis ujian. Dekat sana rehat kejab sementara tunggu adik Kak Jie amik barang dia kat bilik. Lepas tu sambung lagi ke RNR terdekat dan ada pam minyak. Sebab dah masuk tol baru perasan minyak tinggal satu bar (careless gila).

Drive punya drive, dah tiga RNR lepas tapi semua RNR kecik. Cuma ada tempat rehat je. Masa ni Kak jie memang dah stress abis, mana tau dibuatnya minyak habis tak jumpa pam minyak. Dengan malamnya lagi, perempuan semua pula tu. Sampai Kak Jie nekad, kalau lepas ni tak jumpa juga RNR yang ada pam minyak, Kak Jie sanggup exit mana-mana pergi isi minyak. Tapi alhamdullilah kami jumpa juga RNR yang ada pam minyak (RNR Tapah). Sampai sana dalam pukul 12lebih dekat-dekat pukul 1am juga. Terus Kak Jie park kereta dan berenti makan dan rehatkan diri. Iye lah, dekat 7 jam Kak Jie drive sorang. Mau berbintang mata Kak Jie dibuatnya. Tunggu punya tunggu, pukul 1 lebih lagi dua kereta sampai. Dia orang pun penat gak masa tu, jadi dia orang sambung lepak makan dulu. Punya malas Kak Jie nak isi minyak kereta, Kak Jie terus bagi kunci kereta lepas abah Kak Jie sampai. Dia terus isi FULL hahahaha... mana taknya, perjalanan masih ada berbaki dalam 6 jam lagi.


Lepas rehat semua, kami teruskan perjalanan. Kali ni Kak Jie dah tak drive, driver dah bertukar dah. Makanya sepanjang berbaki 6 jam tu, Kak Jie tidur. Nak hilangkan penat badan tu. Tapi tak tidur lama pun. Mungkin sebab terlalu nervous untuk hari esok atau terlalu excited dengan perjalanan yang mengambil masa berbelas jam ni hahaha...

15/11/2018

Today is THE DAY!! Kak Jie terlalu excited dan risau pada masa yang sama. Pagi tadi dalam pukul 5.45am kami dah sampai. Disebabkan check-in homestay kul 12 makanya kami rehat-rehat dulu dekat masjid UUM. Alhamdullilah dalam pukul 9am kami dah boleh check-in sebab customer sebelumnya keluar awal. Disebabkan dah sampai awal, sebelum check in Kak Jie dan sepupu pergi jumpa kawan sepupu Kak Jie (Izyan) untuk amik jubah dan segala kelengkapan. Sebelum tu, terima kasih Yan kerana banyak memudahkan kerja akak dan bantu akak amik jubah. Kalau nak disuruhkan Kak Jie ke UUM semata amik jubah memang impossible!! Johor ke Kedah bukannya dekat sayang oiii.

Lepas check in, para ibu memulakan operasi didapur manakala para bapa ada yang tertidur sebab penat drive semalaman dan anak-anak kecil pula menyambung tidurnya hahaha.. termasuk la Kak Jie, ikut tidur sekali. Tapi sebelum tu, kami ada ke satu shopping mall ni untuk cari baju baru tapi last-last kedai tu buka pukul 12. Mana sempat, Kak Jie punya sidang mula pukul 2. Belum tolak tambah jalan jem nanti. Maka kami pun baliklah dengan hati yang lara.

Selepas siap solat semua, Kak Jie bertiga gerak dulu ke dewan. Like usually, im late guys!! dengan sesat nya lagi. Salah dewan lagi tu. Nasib baik ada yang membantu, terima kasih. Sampai-sampai dewan tu, pensyarah dah tunggu. Suruh masuk, muka memang dah nervous habis la. 

"Eh zizah, muka cuak je... cuba relaks sikit" ada masa lagi lecture kesayangan Kak Jie ni melawak. I really miss u Miss and Madam. Nak borak lama tak boleh. Mampu peluk cium je masa tu. Lepas tu terus cari tempat duduk berpandukan nama kat depan tadi. Tengah dok mencari tempat duduk, ada orang panggil. Kawan Kak jie panggil tunjuk tempat duduk. Nasib baiklah tempat duduk Kak Jie tu senang nak masuk, bukan diantara orang ramai. Kita duduk tepi jerk huhuhu..

Lepas taklimat sikit, kami bergerak masuk kedewan besar dimana aku tersesat tadi hahaha.. Masa ni mengah tak habis lagi. Mana taknya, Kak Jie berlari dengan kasut tinggi turun bukit dan lepas tu naik balik bukit tadi untuk ke dewan besar. Masa tu tak fikir lagi tentang mekap cair ke apa, apa dalam fikiran Kak Jie masa tu, kerusi dan aircond. Kak Jie nak duduk dan hilangkan peluh-peluh kat badan tu. Mauk-masuk je semua berjalan lancar. 

Paling Kak Jie suka adalah persembahan mereka yang superb best dan iringan muzik yang dashyat habis. Walaupun kami sesi 9 (sesi last) tapi memang meriah habis. Terima kasih UUM kerana bagi kami pengalaman yang amat berharga ini. 

Masa dah habis sidang, kami keluar dengan iringan muzik yang sangat menyentuh hati. Tapi Kak Jie tak ingat lagu apa. Keluar dewan je, Kak Jie terus cari family Kak Jie. Lepas tu bergambar dengan kawan sekejab dan terus balik. Penat memang penat tapi berbaloi.

Done for today... meh Kak Jie kongsi sikit gambar konvo Kak Jie. #JanganKecam 


















Monday, 26 March 2018

Layar Tusuk Foumous !!! Ini yang ...

ASSALAMUALAIKUM...

Hola.. korang tengah buat apa tu? Sihat tak?

Macam mana dengan review SS sebelum ini? Korang dah rasa belum? Kalau dah macam mana? Kalau belum, bila lagi? hihihi

Okay kali ini SS nak menyeru hahaha.. Wahai pengemar shellout ataupun para food hunting sekalian.  Muncullah kalian ... SS ada berita baik yang ingin dikongsikan bersama. Jangan risau jangan segan ini bukan nak jual ubat tapi mahu sebar berita. Berita gembira untuk kalian.

Kali ini kita beralih kepada makanan laut (seafood). Kenapa makanan laut? Sebab SS suka la hehehe. Okay3 bila kita lapar dan tengah syok scrool fb tetiba keluar pula shellout! OMG... My favorito

Disebabkan teringin, makanya SS pun search kat google makan shellout mana yang paling dekat dan keluarlah Layar Tusuk Foumous. Berpandu gambar-gambar yang ditunjukkan memang serius terliur gila. Tengok review kat FB pun ramai yang bagi 5 star dan ada yang sanggup datang dari jauh untuk makan kat sini je tau.

Ada juga yang akan datang lagi selepas datang makan dekat situ, jadi maksudnya makanan dan harga yang ditawarkan memang berbaloi dan sangat berbaloi.

Disebabkan tertarik dengan review daripada customer lain dan gambar-gambar yang dihidangkan menyebabkan SS terus reserve tempat untuk dua orang huhuhu. Macam orang bercinta tak bila reserve tempat hanya untuk dua orang.

Sampai sana ada beberapa orang customer lagi sedang menikmati hidangan. Ada yang datang dengan keluarga, sahabat dan pasangan.

Jadi kami pesan Combo A dimana makanan untuk 1-2 orang. Inilah dia...

Combo A
Ketam. Udang. Jagung. Kupang. Brokoli. Lobak Merah. Kerang. Nasi (2)




Kami dapat apron uolss





Menu Layar Tusuk Foumous
 Amacam? terliur tak? Tunggu apa lagi...

SS tak akan berani nak recommend kat orang kalau SS sendiri tak puas hati dengan servis dan makanan dia.  Jadi disebabkan layanan dan makanan yang dihidangkan sangat sangat sangat memuaskan hati SS maka itu, SS berani nak recommend dekat korang.

Piss.. Dengar kata Layar Tusuk Foumous akan buat something special untuk pelanggan yang mereka sayangi. Nak tahu tunggu ye...

Daaaaaa....

Thursday, 14 December 2017

PRE Graduated (Dinner)

ASSALAMUALAIKUM . . .

Korang semua apa khabar? SS harap semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sebelum kita berborak lebih jauh lagi, SS nak ucapkan Selamat hari lahir kepada diri SS sendiri hahaha

Setiap yang datang pasti akan pergi. Itulah lumrah kehidupan. Ianya bergantung pada sejauh mana penerimaan kita menempuhinya. Perkenalan selama 3 tahun lebih ini telah membentuk SS dari bukan sesiapa kepada sesiapa. Bukan lah menjadi orang terkenal tapi cukup untuk SS katanya yang hidup SS sekarang mempunyai tujuan yang tepat. 

Selama 3 tahun setengah kita berjuang akhirnya kita semakin hampir dengan titik penamat perjalanan Degree kita. Asam garam kehidupan kalau ada bergaduh, berselisihan faham, menangis dan ketawa. Jangan hanya kesalahan kecil, persahabatan yang terjalin putus. 

Segala tomahan kita berjaya harungi! Segala salah faham berjaya kita baiki!
Jangan hanya kerna setitik nila rosak susu sebelanga.

Okay lah cukup untuk semua ayat-ayat pujangga itu.
Sekarang ini jom kita cerita, cerita yang gembira. 


Malam tadi atau lebih tepat lagi 13/12/2017 telah berlangsungnya masjid Dinner untuk pelajar Semester 7 bagi kos Bachelor of Communication. 


Bertemakan #kampungbcomm.my 

Maka pakaian kami bertemakan ala kampung-kampung gitu. Serius SS nak cakap suasana memang happening sangat! Lagi-lagi lepas dah makan, masing-masing dah recharge apa lagi. 

Antara persembahan yang ada adalah:
- nyanyian lagu usik mengusik dari azimah & sharol
- tarian india
- sketsa dari pelajar semester 7
- nyanyian dari Oliver, perfect
- lagu empat dara dari Umie
- sketsa medley cerita P Ramlee
- suprice untuk lecture 
- tayangan video 'elok-elok' 
- tarian medley, tarian kipas + zapin + pop
- Bosanova dari Lin

Persembahan tambahan dari Malican Busker diluar dewan sementara menunggu ketibaan VVIP.

Kebanyakkan 'persembahan' tambahan yang memeriahkan suasana. Nak cakap lebih pun tak guna meh SS payung gambar

P/S : Banyak gambar amik dr FB personal jangan marah ye
















Monday, 17 April 2017

PicsArt and FocusNFilters

ASSALAMUALAIKUM . . 

Apa khabar semua? SS harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Entry SS kali ini hanya untuk menghilangkan kebosanan apabila dah penat mengadap assignment dan thesis. Sesekali kita berpaling arah apa salahnya kan. Dapatlah kurangkan stress ...

Okay! lately, viral pasal nama doodle yang boleh dibuat dari dua applikasi yang simple tapi menarik iaitu PicsArt dan FocusNFilters yang boleh kita dapat dari play store secara PERCUMA. 

Entah macam mana, SS pun boleh terjebak sama. Dari ZERO pasal app ni, alhamdullilah boleh la serba sedikit demi menambah ilmu editing.

Sebenarnya mudah je nak buat benda-benda ni, cuma korang kena kreatif. Kat bawah ni adalah serba sedikit hasil yang berjaya SS hasilkan menggunakan app 'FocusNFilters' tu tadi. 





Tengok! semudah ABC kan haha.. SS mungkin ni bukanlah kreatif sangat, ini je yang mampu . .

Ini pulak hasil SS menggunakan app PicsArt.






Sis tak pro, but boleh la untuk orang baru kan (✌) . Okaylah sampai sini dulu cerita kali ni, kita jumpa dlm entry akan datang . . daaaaa