Saturday 28 July 2018

UB : EMPAYAR PUTERA TANPA NAMA - TEME

Assalamualaikum.. 

Kali ini Kak Jie terdetik sekali lagi nak baca buku hasil karya Teme Abdullah by Iman Publication. Melihat dari kulit bukunya, really amazing... macam zaman dulu-dulu tu (i likeπŸ˜‚πŸ˜‚)

Jujur Kak Jie cakap, susah untuk Kak Jie nak pupuk semangat membaca buku kalau banyak sangat halangan hahaha... Nak tahu apa halangannya? (Halangan ke alasan) Okay... Meh Kak Jie senaraikan

1. Kak Jie dah baca separuh masa baru beli haritu, tapi disebabkan kena pindah tanpa diduga Kak Jie terpaksa tinggal tepi dulu dan kasi settle urusan duniawi.

2. Karya Teme kali ni banyak guna nombor.  Contoh Pelatih 8492, Pelatih 6480, Pelatih 2335, Pahlawan 1636 dan Penghulu 1833. Jadi Kak Jie buat alternatif lain untuk memudahkan pembacaan Kak Jie.


3. Perjalanan Internship Kak Jie yang penuh dengan liku-liku kehidupan (tak payah ceritalah pasal ni) 

4. Proses penyiapan final report untuk internship. 


Jadi bila dah hampir dua bulan tinggal, takkan la nak sambung baca terus. Jadi Kak Jie amik keputusan repeat balik bacanya biar ada feel πŸ‘πŸ‘

Sinopsis ringkas untuk #EmpayarPuteraTanpaNama

"Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa. Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik. Akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat. Akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik"

Harta dan pangkat bukan pengukur kepada tangga kita. Sama ada kita diatas atau dibawah. Ilmu adalah segalanya dan jangan sampai kita jadi "penunggang agama" dimana kita mengharamkan yang halal untuk kepentingan diri kita sendiri. 

Bagi Kak Jie, penulis memberi teguran secara sindiran agak pembaca lebih memahami situasi sebenar. Kisah yang unik, tapi sebelum tu Kak Jie perkenalkan watak dulu ye. 

Pelatih 8492. 
- Penuh dengan misteri. 
- Asal usul yang dirahsiakan membuatkan pahlawan 1636 menggunakan kelemahan tersebut untuk menjatuhkannya. 
- Walaupun ilmu penuh didada, pelatih 8492 juga mempunyai kelemahan lain iaitu beliau takut dengan kucing πŸ˜‚. Kucing tersebut dinamakan "ayam" untuk mengurangkan rasa takut.

Pahlawan 1636. 
- Watak antoganis dalam novel ini. 
- Sering menggunakan latar belakangnya yang mengaji agama di pesantren untuk mengumpul pengikutnya tersendiri. 
- Beliau telah menggunakan jawatannya sebagai pahlawan untuk menundukkan pelatih dan mengharamkan perkara yang halal untuk kepentingan beliau sendiri. 

Pelatih 6480. 
- Jatuh cinta pandangan pertama membuatkan beliau nekad berjumpa dengan ibu pelatih 2335 dan mengikat tali pertunangan. 
- Kagum dengan kewibawaan pelatih 8492, beliau menyatakan hasrat untuk menjadi anak murid nya tetapi ditolak oleh pelatih 8492 dan mereka menjadi sahabat baik. 
- Dipenjarakan oleh pahlawan 1636 atas salah faham. 

Pelatih 2335. 
- Merupakan pelatih wanita tercantik di Madrasah Taming Sari. 
- Tunang kepada pelatih 6480.


Kisah bermula ketika pemilihan pelatih di Madrasah Taming Sari. Mereka dilarang menggunakan nama asal dan hanya menggunakan nombor sebagai pengenalan diri. Berlatar belakangkan pengajian di pesantren, 1636 bercita-cita untuk mendapatkan pangkat penghulu dan pada masa yang sama mendapatkan keris Nadi Pertiwi. Pelatih tahun satu diarahkan untuk berangkat ke Pulau Singa yang merupakan pulau misteri bagi kerajaan dibawah kesultanan Aradhanapura. Setelah berjalan selama beberapa hari, akhirnya mereka tiba. Alangkah terkejutnya pelatih-pelatih apabila mereka ditempatkan disebuah tempat yang menjalankan aktiviti pelacuran. Keadaan ini telah menyebabkan pahlawan 1636, tidak berpuas hati dan beberapa sindiran telah berlaku.

Satu hujah antara pahlawan 1636 dan pelatih 8492 telah dilakukan bagi membincangkan perkara yang berlaku kepada pelatih 6480. Keadaan tersebut telah menjadikan perasaan tidak puas hati pahlawan 1636 terhadap pelatih 8490 semakin memebal. Namun begitu,  hujah tersebut telah membuka mata Tuan Mursyid Bija terhadap pelatih 8492 dan melantik beliau sebagai pahlawan mengantikan 1636 tetapi 8492 meminta pelantikan tersebut ditangguhkan agar tidak timbul kekecohan dan perasaan tidak puas hati antara 1636 dan 8492.  Malang tidak berbau, apabila Tuan Mursyid Bija meninggal dunia sebelum perlantikan tersebut diwar-warkan.

Hulubalang Sultan Aradhana akhirnya berjumpa dengan putera raja yang telah lama menghilangkan diri. Tetapi putera raja meminta dirahsiakan dahulu keberadaannya sehingga dia benar-benar bersedia pulang ke istana.

Banyak sebenarnya persoalan dalam buku ini
1. Siapa sebenarnya Tengku  Putera Aradhana Sastra? Pahlawan 1636 atau ...
2. Kenapa Pelatih 8492 merahsiakan asal usulnya?
3. Apa yang bakal terjadi kepada hubungan pelatih 6480 dan pelatih 2335?
4. Kenapa pelatih 6480 dipenjara dan hampir dibuang madrasah?
5. Pelatih 8492 melarikan diri?

Semuanya akan terjawab kalau korang baca buku EMPAYAR PUTERA TANPA NAMA.  Sangat unik dan memberi kesan kepada pembaca.  Kak Jie sangat recommend korang baca buku ni. Kalau jenis susah ingat nombor macam Kak Jie, boleh cuma cara Kak Jie buat tu hihihi

Kak Jie nak selit sikit review dari pembaca-pembaca EMPAYAR PUTERA TANPA NAMA sikit. Supaya korang yakin dengan apa yang Kak Jie katakan πŸ‘









Okay pilihan ditangan anda...

No comments:

Post a Comment