Showing posts with label Food Hunting. Show all posts
Showing posts with label Food Hunting. Show all posts

Monday, 26 March 2018

Layar Tusuk Foumous !!! Ini yang ...

ASSALAMUALAIKUM...

Hola.. korang tengah buat apa tu? Sihat tak?

Macam mana dengan review SS sebelum ini? Korang dah rasa belum? Kalau dah macam mana? Kalau belum, bila lagi? hihihi

Okay kali ini SS nak menyeru hahaha.. Wahai pengemar shellout ataupun para food hunting sekalian.  Muncullah kalian ... SS ada berita baik yang ingin dikongsikan bersama. Jangan risau jangan segan ini bukan nak jual ubat tapi mahu sebar berita. Berita gembira untuk kalian.

Kali ini kita beralih kepada makanan laut (seafood). Kenapa makanan laut? Sebab SS suka la hehehe. Okay3 bila kita lapar dan tengah syok scrool fb tetiba keluar pula shellout! OMG... My favorito

Disebabkan teringin, makanya SS pun search kat google makan shellout mana yang paling dekat dan keluarlah Layar Tusuk Foumous. Berpandu gambar-gambar yang ditunjukkan memang serius terliur gila. Tengok review kat FB pun ramai yang bagi 5 star dan ada yang sanggup datang dari jauh untuk makan kat sini je tau.

Ada juga yang akan datang lagi selepas datang makan dekat situ, jadi maksudnya makanan dan harga yang ditawarkan memang berbaloi dan sangat berbaloi.

Disebabkan tertarik dengan review daripada customer lain dan gambar-gambar yang dihidangkan menyebabkan SS terus reserve tempat untuk dua orang huhuhu. Macam orang bercinta tak bila reserve tempat hanya untuk dua orang.

Sampai sana ada beberapa orang customer lagi sedang menikmati hidangan. Ada yang datang dengan keluarga, sahabat dan pasangan.

Jadi kami pesan Combo A dimana makanan untuk 1-2 orang. Inilah dia...

Combo A
Ketam. Udang. Jagung. Kupang. Brokoli. Lobak Merah. Kerang. Nasi (2)




Kami dapat apron uolss





Menu Layar Tusuk Foumous
 Amacam? terliur tak? Tunggu apa lagi...

SS tak akan berani nak recommend kat orang kalau SS sendiri tak puas hati dengan servis dan makanan dia.  Jadi disebabkan layanan dan makanan yang dihidangkan sangat sangat sangat memuaskan hati SS maka itu, SS berani nak recommend dekat korang.

Piss.. Dengar kata Layar Tusuk Foumous akan buat something special untuk pelanggan yang mereka sayangi. Nak tahu tunggu ye...

Daaaaaa....

Tuesday, 13 March 2018

Pencarian Char Kuey Teow terhebat kini berakhir di Shah Alam.

ASSALAMUALAIKUM...

dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia ceriterasiazizah2 ini. Seperti biasa, SS harap kesemua pembaca berada dikeadaan sihat sejahtera. Kali ini SS nak buat review pasal makanan.

Siapa disini pengemar Char Keuy Teow? SS faham bila ada pengemar ini tidak jumpa Char Kuey Teow yang kena dengan selera mereka, mesti rasa tak puas hatikan. Sebab SS pun ada kawan macam ini. Hahahaha... Susah betul nak dapatkan Char Kuey Teow yang kena dengan selera dia.. Sampai pening SS dibuatnya. Tapi kali ini, SS dah jumpa satu tempat yang berjaya memuaskan kehendak Char Kuey Teow kawan SS tu...

Cuba teka dimana?

Terletak di seksyen 19 dan sentiasa mendapat kunjungan ramai. Kedai diberi nama Sham Char Kuey Teow 696. Bukan hanya setakat Char Kuey Teow je tau yang ada, tapi macam-macam lagi.. Contohnya nasi, sate dan pelbagai.

Kami pergi lepas magrib dan dalam keadaan hujan. Serius talk memang sejuk masa tu, hujan kan hahahaha... Okay3 serius balik. Masa kami datang tu memang tak ada tempat, terhad sebab hujan. Mereka tak boleh nak buka meja kat luar. Jadinya masa kami datang, pekerja tu open table dekat kaki lima. Agak jauh dari kedai tapi still dilayan dengan baik. Dekat sana, mereka mengamalkan layan diri dimana korang kena ambil sendiri menu makanan dan minuman yang tersedia sebelah kiri kedai. Jadinya korang kena siap-siap ambil menu atau nanti pekerja mereka akan berikan menu itu pada korang. Dekat sana memang tersedia menu makanan, minuman, pensil (tapi tak la sampai korang kena bawa pensil dari rumah 😅😅).

Apa yang kami order adalah Char Kuey Teow sotong + udang + kerang (RM15) dan air laici hihihi. Untuk harga standard, Char Kuey Teow dekat sana harga RM6 tapi kalau ditambah macam-macam memang jadi harga macam kat atas tu la hehehe...  Terlupa pulak SS nak tangkap gambar menu tu sebab dah terlalu lapar. Hahahha

Apa yang boleh SS cakap sekarang ini adalah...  I recommended this place for everyone especially for Char Kuey Teow fans 👍👍 Kalau tengok Facebook page mereka pun, rata-rata orang bagi 5 star kat dia orang ini.

Ermmm... Kalau ada cadangan tempat makanan yang sedap-sedap area Shah Alam ni boleh komen kat bawah. Alang-alang menetap kat Shah Alam buat sementara waktu ni boleh la SS nak ronda-ronda.

Daaaa...  Wait for the next place