Showing posts with label Sweet Like Candy. Show all posts
Showing posts with label Sweet Like Candy. Show all posts

Thursday, 15 August 2019

FAREWELL MAYBE ...

I WILL GONNA MISS YOU ...

Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Tidak kira bagaimana kita sayang akan satu perhubungan itu, akan berlakunya perpisahan walaupun tanpa rela. Sebagaimana yang korang tahu, Jie baru bekerja ditempat yang baru dan bohong kalau Jie katakan yang Jie tak rindu dengan suasana tempat kerja lama. Hampir bertahun Jie bekerja disana. Bermacam ragam. Dari pihak customer ataupun pekerja dekat situ. Apa yang boleh Jie katakan... I really miss you

Eh! sebelum tu lupa pulak ... ASSALAMUALAIKUM :)

Okay sambung balik, hampir sebulan lebih Jie meninggalkan mereka. Semakin ramai diantara mereka juga berhenti dengan pelbagai alasan yang tersendiri. Ada yang dapat sambung belajar dan ada juga yang 

Oleh itu, ada diantara mereka telah membuat keputusan untuk kumpul beramai-ramai sebelum mereka yang pergi sambung belajar tu pergi belajar hihihi. ( Jie ucapkan TAHNIAH kepada adik-adik Jie yang berjaya sambung belajar) . Kalau tak buat sekarang memang entah bila lagi la boleh kumpul ramai-ramai kan .

Bagi pemilihan tempat memang sukar untuk kami pada masa itu . Mana tidaknya, kita orang masa tu bukannya sikit-sikit punya orang . Ada dalam 30 orang atau lebih masa tu . Makanya kami telah memilih Sarahana Cafe disebabkan harga yang berpatutan dan tempat yang sesuai . Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar . Pada masa yang sama, kami juga menyambut birthday mereka yang lahir pada bulan Mei, Jun dan Julai .

Okay ini ada satu video yang sempat Jie edit . (Datang mood rajinlah katakan hehe) .  Ada agenda kejar mengejar tau, jom tengok ...


Dan ini pula video dari kawan Jie . Amirah Fairuz .



Sampai disini dulu cerita dari Jie, kita berjumpa lagi dalam penulisan seterusnya . bye bye

Penyatuan Dua Jiwa -- Shazwan & Aishah --

ASSALAMUALAIKUM 

Jodoh pertemuan semua telah ditentukan sejak kita dilahirkan dimuka bumi ini. Maka kita hanyalah pelakon yang perlu mengorak langkah dengan daya kreativiti kita sendiri untuk menjadikan teater dipentas lakukan semakin menarik dan terbaik. Cepat atau lambat, kita hidup diatas dunia ini berpasangan.

Alhamdullilah angah @ Shazwan dan Aishah telah terikat menjadi suami isteri apabila lafaz nikahnya telah berjaya pada cubaan kedua. Apabila melihat ayah kepada Kak Aishah memberi tanggungjawabnya kepada wali hakim. Segala lafaz nya membuatkan Jie agak sedih. Terpancar diwajah seorang ayah yang berat untuk melepaskan puteri kesayangan mereka.

Apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri maka bergalihlah tanggungjawab seorang ayah kepada suaminya. Jie tahu memang berat nak lepaskan tanggungjawab yang kita tatang bagai minyak yang penuh ketangan insan yang belum tentu lagi dapat merawat dan menjaga anak mereka seperti yang mereka lakukan. Namun cepat atau lambat, ianya akan berlaku juga.

Melihat wajah ceria di muka Kak Aishah, Jie juga dapat merasakan kebahagian antara mereka. Mungkin mereka bukanlah pasangan yang sempurna pada awalnya, tetapi mereka mencuba dan berjaya menuju keperingkat seterusnya.

Tanggal 11/08/2019 , Shazwan dan Aishah telah sah menjadi suami isteri. Bertempat di kediaman Aishah, berwali hakim kerana kesihatan bapanya yang tidak memberangsangkan. Jie minta semua doakan supaya bapa Kak Aishah diberikan kesihatan yang baik.

Hantaran pihak lelaki
(Belah perempuan tak sempat nak snap, dah balik)
Mereka dengan sepakat kedua belah pihak telah memilih dulang hantaran 5 berbalas 7. Sungguh simple tetapi nampak bergaya. Apa yang kelakar pada majlis tersebut apabila abang dan adik pengantin lelaki nampak lebih banyak berpeluh daripada pengantin sendiri. Sampai Jie pun keliru siapa sebenarnya yang ingin akad nikah. Pengantin lelaki lebih kelihatan sempoi dan tenang sahaja. Mungkin aura tu dah beralih kepada abang dan adik supaya pengantin lebih tenang untuk menjalani proses akad nikah.

Kalau Jie kata tak nervous tengok angah akad nikah memang bohong lah. Tapi sebenanrnya setiap kali Jie pergi majlis akad nikah orang, Jie memang lebih nervous berbanding pengantin. Bukan apa, kita menjiwai sekali perasaan pengantin hihihihi...

Setelah beberapa bulan menikah akhirnya tarikh keramat kedua mereka telah tiba. Majlis persandingan kedua mempelai kita pada 07/12/2019 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Solok. Majlis sangat meriah. Pengantin sempat beramah mesra dengan tetamu. Tetamu tidak putus-putus walaupun hari semakin lewat. Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar.

Kalau ada majlis perkhawinan, mesti tidak asing lagi dengan DJ. Kalau ada DJ pula bermaksud ada Karaoke. Untuk majlis kali ini Jie tarik diri awal-awal sebab kena amik adik yang baru balik camping. Maka artis tetap kita iaitu Kak Midah telah menyumbangkan beberapa lagu dan ditemani anak beliau, Hana. Kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil, suaranya berapi.

Kalau nak kata pasal makanan, sumpah Jie tak tipu. Makanan dia memang cukup pakej. Tak adalah liat sana, darah sini. Semuanya on point. Cukup rasa cukup rempah. Nasi hujan panas. Jangan ditanya berapa kali Jie tambah, malu kita.

Okay, sampai disini dulu cerita Jie kali ini. Apapun, Jie doakan agar masjid yang dibina kekal sehingga ke Jannah. Bergaduh, berselisih faham itu merupakan asam garam dalam sesebuah perhubungan. Paling penting jangan mudah melenting atau menghukum atas sesuatu yang belum pasti. Love you guys ...




Sayonara ...

Monday, 7 September 2015

#THROWBACK 3H2M (JB) . 09/07/15


Assalamualaikum . .

Apa khabar semua . Kali ni Jie nak kongsi pengalaman Jie merayap 3H2M di Johor Bahru (JB) dengan sepupu Jie. Boleh kira berapa kali je Jie pusing-pusing dekat bandar JB tu sebab selalunya tujuan Jie kesana sebab datang beraya umah mak cik Jie tapi itu pun cuma beraya dan balik. Berbeza untuk kali ini, Jie luangkan masa 3H2M hanya untuk berjalan-jalan di JB (walaupun bukan straight 3H2M berjalan sebenarnya) . 

Dalam perancangan banyak tempat nak pergi tapi alih-alih sikit je yang dapat pergi . . hahaha . kita orang lepak kat JBCC Mall hampir 5 jam . Tak tau la buat apa sebenarnya dalam tu. Terkejut jugak bila tengok balik sampai 5 jam kita orang dalam tu . . boleh tahan lama gak. Seperti biasa prempuan dengan selfie kan tak boleh dipisahkan . . ini kali Jie belanja selfie kita org haha














puas berlegar-legar tanpa hala tuju akhirnya kami bertolak la ketempat yang diplan satu-satunya yang jadi . . . 

TANJUNG PUTERI, JOHOR BAHRU

Layanan dekat sana boleh tahan okay . . tempatnya pun cantik gila . . tapi masa datang tu tempat ni tengah renovated . . dia tambak laut jadi most of what we see is PASIR . .  tapi kalau pergi memang tak rugi la, sebab tmpat dia memang cantik! romantik ! sweet ! cantik gila . . . bila dia buka lagu mak ai romantik lagunya haha . masa tak mengizinkan tak lama pun kita orang lepak sana sebab dah nak hujan dan dah nak malam . . makanya kami bertolak lah ke destinasi seterusnya . .





SYAKIRIN & SOLEHUDIN

Perjalanan kami diteruskan lagi ke rumah sepupu kami.. nak tengok Syakirin & Hud.. nampak sangat terpancar wajah gembira dekat muka Hud bila kita orang datang. Ye la dah lama kan tak jumpa. Tapi most sad moment is bila Hud cangkung depan rumah sambil nangis sbb tak bagi kita orang balik . .




Okay la dah  tak tau nak bebelkan ape lagi . . cuma Jie nak minta doa dari korang supaya Syakirin baik dari sakit ruam kat pipi dia tu . kesian gatal-gatal . . dah la kecik lagi . . okay lah goodbye 🙋

Sunday, 2 August 2015

Kisah Raya 2015



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN dari kami sekeluarga . . . mohon maaf jika ad tersalah kata atau kelakuan . . kita sebagai insan yang lemah tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan . . haraf maaf ye  . . kosong kosong ☺

Pertama kali dlm hdup aku bekerja pada hari raya pertama kedua dan ketiga . . sebwlum raya tu memang la redo, tapi bila dah raya tak redo pulak hahaha. Tak dapat nak beraya umah nenek (Sebenarnya umah moyang tp pnggil nenek), umah sedara mara belah ayah . . bila bekerja tu dah tak rasa beraya lagi dah, sbb umah² wajib pergi sebelum ni semua family dah pergi kecuali aku je ermmm . . makanya bekerjalah aku sepanjang 3 hari awal raya tu, yang tak boleh nak menahan boleh pulak orang tanya "Tak beraya ke dik?" abang akak . . bukan nak kurang ajar tapi sendiri ada matakan, boleh temgok kita orang kat mane 😑😑 . .  kerja² pun mlm raya kedua tu aku bermalam kat kampung, sempat la jugak balik kampung walaupun bekerja kan hahaha

Raya keempat . . serius tak de plan apa² walaupun dapat cuti tiga hari . . tak tahu nak beraya kemana, sebab aku ni bukanlah jenis yang ramai kawan sangat hehehe (yeke!) tapi aku dapat kejutan dari kawan sekolah rendah aku . . hampir 9-10 tahun kita orang tak jumpa, tapi tak banyak berbeza pun. cuma yang berbeza ada yang dah kawin, ada yang semakin membesar berisi hahaha . . termasuklah aku hahaha . . happy sangat masa tu walaupun pagi tu aku dah dapat kejutan lain di dapur (jari terkena mesin parut kelapa) meh aku payung gambo kami

Rumah Cikgu Asnah sekeluarga (Zharfan)
rumah Nisa

Rumah Saya

rumah Syamine

rumah Intan

rumah Najihah

rumah Nafisha Atikah (Along)

rumah Cikgu Azizah n Adilla sekeluarga (Edayati)


rumah Cikgu Sabariah sekeluarga (Syafiq Imran)

rumah Cikgi Fadhillah sekeluarga (Anis Farahin)
rumah Faizal

rumah Zulhijah

Raya kelima aku beraya kerumah kak zieta ngan kak afza . . jumpa dah la kadang² . . susah nak jumpa walaupun rumah masing² bukanlah jauh sangat . . kak afza pulak dah lama tak jumpa sejak dia berenti keje

kak Afza in da house . . 

  tapi raya keenam aku pergi melawat dan beraya kerumah kawan aku yang dah lama tak jumpa dalam 4-5 tahun . . tahun ni dah macam tahun perjumpaan semula kawan² lama kan hahaha . . Dapat la tengok anak Nad dan jumpa kak long kawasan kita ni . . even tak cukup member sebenarnya . . alin xdpt nak ikut sebab ada hal family...

nad and her baby boy


Muhammad Danish Al Faateh Bin Muhammad Nur Basir

kak long 

malamnya pulak aku terus balik kampung umah cik nah (adik mak) beraya . . penat drive melaka ke muar belum hilang ag dah gerak pergi air puteh pulak


tamatlah cerita cuti raya tiga hari aku . . ingt berenti kat situ tapi hampir setiap mlm lepas balik keje kita orang ada open house . .  maka kamilah orang yang datang paling lambat! konvoi beramai²!

rumah kak wanie



rumah kak Shaada

jejaka² pilihan 😎


sbb abg Faiz tinggi dia sesuai jd monopod hahaha

izza amira home 

sate adnin memanf terbaik 👍

turn my home hehe

ad lagi rumah Dayah takde selfie pun sbb takit hahaha . . alhamdullilah . . rezeki raya tahun ni, setiap hari balik kekenyangan . . sedap² masing² masak . . terima kasig kerana menjemput kami dan melayan kami walaupun hampir ketengah malam kami bertapa disana. oky mlm ni turn umah 'mama' and next thursday umah Kak Anim and Haida . .

okylah . . dah payung banyak gambar dalam pos kali ni, dh tak tahu nak cakap pasal apa lagi, daaaa see in next