Friday 15 May 2020

KEK BATIK semudah ABC

ASSALAMUALAIKUM


Hi, apa khabar semua? Harini Jie nak kongsi satu resepi mudah. Iaitu resepi KEK BATIK!!


BAHAN-BAHAN
  • Biskut Marie
  • Milo ( 400g )
  • Susu Pekat ( 1 tin )
  • Buttercup ( 500g )

CARA PEMBUATAN
  1. Cairkan 500g buttercup dengan api sederhana besar.
  2. Masukkan 1 tin susu pekat dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan 400g milo dan gaul sehingga sebati dan tidak melekat di dinding kuali.
  4. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga rata.
  5. Masukkan adunan tersebut kedalam loyang atau bekas ( Sebaiknya letak plastik untuk memudahkan potong ) dan tekan sehingga mampat.
  6. Masukkan kek batik kedalam peti sejuk untuk sejam dua.
  7. Siap, lepas potong kek batik dah boleh dimakan.


Bagi lebih jelas, anda semua boleh lihat video dibawah :)