Tuesday 3 December 2019

DATE 11.11

ASSALAMUALAIKUM

Kalau nak kata puas, memang tak puas. 2H1M manalah cukup nak pusing bandar Melaka tu. Walaupun Melaka tu taklah sebesar mana tapi banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh kita lawati. Jadi sempena 11.11 ini, kami memilih untuk melakukan kembali perjumpaan semula setelah sekian lama menyepi. Masing-masing sibuk, baru nak mulakan hidup baru la katakan. Banyak benda yang perlu di pelajari dan disiplin.

Disebabkan masa yang terhad, Bandaraya Melaka telah menjadi pilihan kami untuk bercuti. Ramai yang cakap, ala Melaka je ke ? Kau boleh ulang-alik je la dalam masa sehari. Yup! memang boleh pergi balik dalam masa sehari, tapi puas ke ? Serius Jie katakan, walaupun Melaka tidak jauh dari tempat tinggal Jie, Jie memang jarang kesana. 

Kami telah memilih King Green Hotel untuk menjadi tempat penginapan kami untuk satu malam. Apa yang kelakar masa tu adalah kami tersalah hotel. Tak pasal-pasal check-in lambat. Nasib baik yang hotel sebenarnya lebih gah sedikit daripada yang sebelumnya.

Disebabkan masa tak banyak, lepas asar kami terus kedestinasi utama kami iaitu mandi kolam !! Bila tiba kau tak geti berenang tapi sibuk nak mandi kolam. Sampai nak masuk kolam tu pun, Jie suruh kawan Jie masuk dulu. Sebab Jie memang ada trauma sedikit dengan air ni, pernah nak lemas dulu. Alhamdullilah masih tak takut masuk air cuma extra care je.

Puas main air, perut pun dah meraung-raung minta diisi. Jadi kami balik ke bilik untuk membersihkan diri. Lepas isyak, kami terus memulakan misi food hunting. Destinasi pertama kami adalah @mamam.cafe yang terletak di sekitar Klebang. Apa yang Jie sangat suka adalah roti john daging leleh dia. Superb sedap + daging dia melimpah-limpah. Dah la sos dan rempah dia rasa. Jadi memang tak ada sebablah Jie kata roti john dia tak sedap. Walaupun Jie tak habis dan makan esok paginya, rasa dia masih sama. Next time, kalau ada rezeki Jie memang akan repeat lagi.


Makanan dah cari, kalau tercekik macam mana? Jadi misi kami seterusnya adalah misi BOOBA. Makanya, kami ke Kota Laksamana yang terletaknya banyak kedai minuman booba yang terkumpul setempat. Tinggal nak pilih je. Sesampai sahaja disana, mereka terus menuju ke kedai minuman mereka mahukan. Disebabkan Jie agak kurang dengan minuman seperti ini, Jie hanya memilih B. Sugar Black Tea Boba dari Tiger Sugar.

Sebelum balik, kami sempat singgah ke Family Mart (FM). Sebenarnya Jie agak jakun bila ternampak FM ni sebab dekat Muar tak ada. Masa kat KL haritu pun tak sempat nak pergi. Jadi Jie nak tahu apa yang ada dekat sana tu. And finally, Jie puas hati walaupun kawan Jie tak berapa nak puas hati sangat sebab oden dia tak dapat. Barisan untuk oden terlalu panjang. Sementara menunggu itu, Jie sempat beli sarapan untuk pagi esok. Biasalah Jie kalau tak sarapan, macam-macam benda pelik nanti Jie buat. Hehehe ...

Paginya kami dah bersiap-siap untuk balik. Selepas check-out kami menuju ke Malacca Prade untuk cari cenderahati untuk kawan-kawan. Hihihi ... Puas pusing, kami terus mencari port untuke mengisi perut kami yang agak kelaparan. Apa yang penting masa tu, tak kisah la nak makan apa, asalkan kena ada nasi. Kalau tak memang kami bertiga meroyan gak masa tu hihihi ...

Jadi kami pun termasuk ke Chicken Rice Shop hihihi ... puas makan beb, sampai tak habis . Set dia memang puas sangat, percayalah! Penat gak berjalan, ialah orang tak biasa bersenam tiba-tiba berjalan banyak, lenguh kaki hahaha ...

Alhamdullilah, walaupun hanya 2H1M sekurangnya kami dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama. Lupakan hal kerja buat sementara. Kutuk mengutuk antara satu sama lain. Berseronok bersama. Insyaallah, ada rezeki kita kumpul lagi. Perkara biasa dalam persahabatan ada pasang surut dia. Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah berdoa agar semuanya dapat dilalui dengan baik.

Okaylah, dah habis cerita. Kita jumpa lagi untuk cerita akan datang ...


No comments:

Post a Comment