Tuesday 30 April 2019

Hiatus - Budak Tomato

ASSALAMUALAIKUM...

Hiatus!! Siapa pernah dengar / baca karya Budak Tomato ini?

Kak Jie pun tahu banyak info pasal dia. Cukuplah Kak Jie tahu yang dia seorang manusia hihihi. Salah seorang penulis Iman Publication ini telah mengetengahkan kisah hidup seorang insan yang diberi nama Amir Talhah yang merupakan seorang pesakit depresi. 

Dibesarkan oleh keluarga angkatnya sejak 4 tahun tidak menghalangnya merasai kasih sayang dari seorang ayah dan ibu. Talhah diberikan ajaran agama yang cukup sempurna sehinggakan dia mampu menghafal al-quran dengan mudah. Alhamdullilah semakin meningkat dewasa Talhah mula berjinak-jinak dengan dunia penceramah dan dikenali ramai, terutamanya dalam kalangan islam dari Eropah. Dia sering dipanggil untuk memberi talk dalam majlis-majlis agama dan majlis tertentu. 

Namun langit tak selalu indah. Pegangan Talhah mula goyah. Dia rasa kosong. Dia sering rasa tidak berguna. Sehingga dia pernah terfikir untuk bunuh diri. Perasaan ini datang berdasarkan kisah silamnya yang selalu dibuli dan persekitarannya yang terlalu bebas. Dia juga mengalami masalah makan.

Disebalik Talhah yang dilihatnya bagus dalam menyampaikan hujahnya dalam agama tapi sebaliknya menjalankan gaya hidup bebas. Mabuk dan bersama wanita adalah perkara biasa untuknya. Rambutnya juga bermacam warna mengikut moodnya. Anggota badannya penuh dengan kesan-kesan toreh yang dia lakukan sendiri menggunakan pisau kecil yang sedia ada dibelakang casing phonenya. Baginya rasa sakit itu tidak seberapa jika dibandingkan torehan dibadannya itu. 

Pertemuannya bersama Raudah dalam sebuah majlis dimana mereka berdua dilantik sebagai ahli panel dalam membincangkan 'Pesakit, doktor dan Allah' di Rusia, telah merubah sedikit demi sedikit apabila Talhah jatuh cinta padang pertama. Setiap saat dia sering terbayang senyuman, cara percakapan, gaya dan apa sahaja yang dilakukan oleh Raudah. 

Sampai satu tahap apabila Talhah menyuarakan niatnya untuk berkhawin kepada ayahnya. Namun dia tidak bercerita mengenai Raudah atau future wife efiw erutuf  (Nama yang diset dalam telefon Talhah) kerana Raudah usrah dibawah kumpulah Islah yang sememangnya tidak digemari oleh bapanya. Minggu pertama Ramadan itu, tanpa disangka status Talhah telah bertukar tanpa dipersetujuinya. Ayahnya telah meminang Tasnim ( Kawan lama Talhah semasa kecil ) untuk Talhah. Dia memberontak tapi pada masa yang sama dia mula mendekatkan diri dengan Maha Pencipta apabila nasihat-nasihat Raudah mula bermain dalam fikirannya. 

Tidak semua akan suka dengan perubahan kita. Nia! Salah seorang teman Talhah yang setia dan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Talhah. Apabila Talhah mula berubah, dia tidak puas hati dan telah melakukan pelbagai perkara supaya Talhah kembali padanya. Dia telah mencampurkan air mineral yang diberikan kepada Talhah ketika Talhah sedang kehausan kerana dia mengaji dan berselawat di masjid dengan pil khayal. Paginya, Talhah sedar Nia dalam dakapannya. Nia juga menuduh Talhah yang telah menyebarkan HIV kepadanya. 

Banyak lagi dugaan yang Talhah tempuhi untuk kembali kepangkuan-NYA. Jika tidak kuat, dia akan kembali ketakuk lama dan penyakitnya takkan pulih. 

Klimaks bila Talhah nekad pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan ibubapa Raudah. Namun alasan yang diberi kepada keluarganya adalah untuk melawat nenek dan atuknya di sana. Dugaan menimpa lagi apabila Talhah ditahan di airport kerana disyaki membawa dadah yang dia sendiri tidak tahu datang dari mana. Namun anak matanya dapat menangkap Nia yang sedang tersenyum sinis melihat dia dibawa pergi. 
Didalam tahanan, Talhah seperti hilang arah dan akhirnya dia berada ditempat yang dia tidak pernah datang... 

................

Penceritaaan yang sangat dekat dengan pembaca. Bila Kak Jie baca buku ni, susah untuk Kak Jie nak berhenti sebab dia membuatkan pembaca nak tahu apa lagi yang berlaku. Lagi-lagi dengan perangai Talhah yang suka membuat keputusan secara tiba-tiba. 

Talhah dah baik ke? Akhirnya Talhah kawen dengan siapa, Raudah ke Tasnim? Siapa pula watak Qiden dengan Chad? Skai dengan Ziyad sokong tak perubahan Talhah? Nia ni kenapa tak puas hati dengan perubahan Talhah. 

Hiatus ini lebih kepada diari kehidupan Talhah. Ada pahit ada manisnya... Cuma sekarang ni Kak Jie nak tahu, Talhah bersama dengan Raudah tak akhirnya? Hahahaha... 

Good story Mato, next 'Healer'... 

Adiosss

No comments:

Post a Comment