ASSALAMUALAIKUM
Hari itu, Jie ada terangkan sedikit mengenai Merchantrade Money ( MMCARD ). Kali ini Jie akan bagitahu anda bagaimana ingin mendapatkan MMCARD tersebut dengan cara yang mudah.
Terdapat DUA cara mudah untuk mendapatkan MMCARD ini:-
PERTAMA: APPLY DI BRANCH TERDEKAT
Anda diminta hadir ke branch terdekat untuk melakukan pendaftaran. Tak boleh minta kawan wakilkan untuk pendaftaran, sebab staff akan ambil gambar anda untuk rekod mereka.
![]() | |
|
Pakej A: Kemasukan minimum RM100
Pakej ini selalunya ditujukan kepada warganegara. Mereka hanya perlu memasukkan RM100 untuk kemasukan pertama untuk mengaktifkan akaun.
Pakej B: Kemasukan minimum RM1,000
Pemohon perlu memasukkan RM1000 kedalam akaun mereka bagi mengaktifkan akaun.
Setelah itu, pemohon akan mendapat BAJU T-SHIRT MMCARD secara PERCUMA.
Pakej C: Kemasukan minimum RM3,000
Pemohon perlu memasukkan RM3000 kedalam akaun mereka sebagai permulaan. Dengan itu, mereka akan mendapat T-SHIRT MMCARD, SIMCARD dan RELOAD RM30 secara PERCUMA. Pakej ini digalakkan kepada pekerja asing, dimana apabila mereka menggunakan nombor telefon daripada simcard Merchantrade, mereka akan mendapat RM5 percuma untuk setiap transaksi ( penghantaran wang ).
Pakej D: Kemasukan maximum RM10,000
Pemohon perlu memasukkan jumlah maksimum kedalam MMCARD sebagai permulaan. Dengan itu, mereka akan mendapat T-SHIRT MMCARD, SIMCARD, RELOAD RM30 dan TRAVEL BEG secara PERCUMA. Pakej ini digalakkan kepada pekerja asing, dimana apabila mereka menggunakan nombor telefon daripada simcard Merchantrade, mereka akan mendapat RM5 percuma untuk setiap transaksi ( penghantaran wang ).
PENTING!!
1. Sila bawa kad pengenalan, visa, passport atau kad indentiti lain yang original untuk menikmati kelebihan e-wallet sebanyak RM 10K. Salinan hanya boleh mendaftar e-wallet RM 3K sahaja.
![]() | |
|
![]() | |
|
![]() | |
|
2. Pastikan nombor yang diberikan masih digunakan dan tiada melakukan pertukaran line dalam lingkungan 3-4 bulan. Kegagalan memberi nombor yang betul akan menyebabkan OTP number tidak dapat diterima. Oleh itu, pin number untuk apps dan kad tidak boleh dilakukan.
Setelah selesai pendaftaran, anda akan diminta untuk mengaktifkan kad MMCARD anda. Kalau tak tahu, jangan risau... akan ada staff yang akan membantu anda nanti.
KEDUA: APPLY ONLINE
Bagi mereka yang sememangnya tak ada masa untuk datang ke Branch, jangan risau. Anda boleh memohon secara atas talian. Oleh itu, anda perlu mengisi segala butiran yang diminta. Setelah selesai pendaftaran, anda perlu menunggu selama seminggu lebih atau kurang bergantung kepada tahap kecepatan penghantaran.
Cepat dan mudah kan! Tak susah dan tak lama pun, yang penting semua dokumen anda lengkap. Jadi anda tunggu apa lagi? Ramai yang sudah menikmati kelebihan kad ini.
Oleh itu, bagi anda yang suka melancong dan ada urusan bisnes diluar negara. Bolehlah apply kad ini. Sebab ada satu lagi kelebihan dia yang anda mesti nak tahu. Semuanya hanya dihujung jari,
Jumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang, Sekian.
Mau daftar simkad boss caranya cam mana?
ReplyDelete01141257682
ReplyDeleteOk
ReplyDeleteApa dokumentasi yang diperlukan untuk warganegara indonesia dan nepal bagi buka akaun MM
ReplyDeletePassport yang hidup visa 6 bulan ke atas
ReplyDelete