Saturday 18 March 2017

LANGKAWI SAY MARI



ASSALAMUALAIKUM . . 

dan selamat sejahtera kepada semua readers. Semoga semua happy sahaja hari ini. Dalam kesibukan menyiapkan thesis dan assignment, tetiba SS terpandang satu folder yang rasanya SS tak sempat nak kongsikan dengan smua. Nak tahu folder apa? Tengok tajuk rasanya semua dah tahu kot.

FOLDER : LANGKAWI

 Kami bukanlah berasal dari keluarga berada tetapi kami ingin menimba pengalaman baru. Itulah titik permulaan bagaimana trip langkawi 3h2m ini terjadi.

Satu hari tu, SS tersangat bosan sebab dah tak ada benda nak buat lagi pada hari itu. Jadinya SS ternampak dalam gambar, gambar kapal terbang. SS pun bersuaralah dalam group '4 budak hitam' 
" Weh! aku teringin la nak naik kapal terbang, tak pernah naik. KLIA pun tak pernah jejak"

Bermula dari sana, maka terjadilah plan yang mengambil masa hampir setengah tahun ini. Biasalah nak cari masa yang sesuai bagi seorang pelajar dan mereka yang bekerja sukar. Bagi mereka yang pelajar dan pelajar pun susah nak cari masa berjumpa. Masa cuti tak sama. Finally we decide untuk pergi awal tahun. Masa yang sesuai dimana yang belajar sedang cuti semester dan yang kerja pun dapat minta cuti awal.


Seperti yang dijanjikan, sebelum kul 7:30 pagi kami semua dah berkumpul dekat Terminal Bentayan Muar. Kami akan amik bas dari sana menuju ke TBS. Memandangkan tiada siapa yang nak hantar kami kesana. To excited sebenarnya. Tak pernah jalan jauh sebegini plus kami tak ada langsung kenalan dekat sana haha. Perjalanan mengambil masa 3 - 4 jam. Kami sampai TBS dalam pukul 11 pagi. 

Tiket bas MUAR - TBS : RM17.60


Masing-masing perut dah lapar sebab tadi tak sempat nak sarapan. Sampai-sampai sahaja kami terus cari tempat makan. Eh lupa, sebelum pergi makan tu beli tiket pergi KLIA 2 dulu, nnti kalau tiket habis bertambah kos kena naik LRT. Seperti biasa kami terus pergi KFC yang terletak ditingkat dua. Walaupun lapar tak banyak pun makan. Tapi benda wajib yang SS beli mesti ada nasi tak kiralah nasi apa pun. Hahahaahha

Sampai masa untuk kami bertolak ke KLIA 2 pulak. Semakin bertambah excited dibuatnya. Walaupun laluan yang dia bawa tu memang laluan SS balik kolej selalu tapi kali ini berbeza sebab tujuan bukan nak balik kolej tapi pergi KLIA 2. Seriously, I'm so excited!!

Tiket bas TBS - KLIA 2 : RM 11

 TBS ke KLIA 2 tak jauh sangat pun, ambil masa dalam sejam lebih. Kira sebelum berlepas kami sampai dalam 3 jam awal, sementara nak menghabiskan masa yang terluang tu kami explore la sikit-sikit apa yang ada dekat sana. Tengok ragam orang. Cara orang. Well SS suka perhatikan sikap dan fesyen seseorang. Hahahaha, jaga-jaga

Masa yang ditunggu telah tiba. Kami terus ke balai pelepasan. Di sebabkan ini semua first time kami berempat naik kapal terbang agak kalang-kabut juga. Tempat nak check in pun tak jumpa. Nasib baik ada kaunter pertanyaan.








JOM KITA BERLEPAS . . .


ALHAMDULILLAH KITA DAH SELAMAT SAMPAI...

Badan pun dah penat, tunggu apa lagi jom kita check-in bilik dulu. Malam nanti kita berjimba puas-puas huhuhu. Tapi lepas siap-siap malam tu hujan turun membasahi bumi langkawi. Down pulak tetiba. Tapi digigihkan juga kami redah je ujan tu. Maka sampailah ke destinasi pertama kami 


FIRST DAY 

PASAR MALAM KEDAWANG

Meredah hujan. Maka sampailah kami ke Pasar Malam Kedawang. Sebagaimana yang kita tahu, dekat Langkawi ini setiap malam ada pasar malam tapi kena tahu lah kat mana destinasi pasar malam tu. Alhamdullilah sesampai sahaja ke pasar malam tu, hujan turun semakin reda. Banyak juga kami borong masa tu, tapi mostly makanan la. Hahaha 

Walaupun tak banyak kedai buka malam tu tapi, best!! baliknya kami singgah kedai makan dan melantak sepuasnya sebelum bertolak balik.


SECOND DAY

ISLAND HOPPING

Pagi itu kami bersiap untuk ke Island Hopping yang tidak jauh daripada tempat penginapan kami. Disebabkan malas nak drive, kami naik van. Lagi pun tempat kami tak jauh pun dari jeti tu. Menunggu punya menunggu akhirnya dalam 9:00 pagi kami bertolak ke destinasi pertama Pulau Beras Basah


Kami ditinggalkan selama sejam dekat Pulau Beras Basah. Suasana memang cantik sangat. Ditambahkan lagi dengan pencahayaan semula jadi yang sangat cantik. Dekat sini kami dibenarkan untuk membuat aktiviti air. Dekat sini anda boleh main banana boat, scuba dan macam-macam lagi. Masa dekat sini, terdapat satu trip company rasanya, seronok tengok dia orang main permainan yang SS pun tak tahu dia orang main apa haha. 



Dekat sana ada monyet! So kalau kat sana kena hati-hati sikit dengan monyet tu. Tapi SS sarankan kalau nak island hopping ini baik pergi tandas awal-awal dan kalau jenis yang cepat lapar atau haus tu bawa bekalan. Kat sana harga air memang 'murah' haha. 



Destinasi island hopping kedua kami adalah Pulau Singa Besar. Tapi tak ada singa pun dekat sini. Dekat sini banyak sangat burung helang. Dekat sini kami tak turun tapi kami diberi pengalaman melihat burung helang dari jarak dekat. 

Dari jauh kami nampak banyak burung helang beterbangan. Lepas tu pemandu bos melemparkan makanan ke dalam laut. Alangkah indahnya apabila burung-burung helang itu turun dan makan makanan yang dilemparkan tadi. So beautiful. Lepas dah puas tangkap gambar dan tengok helang makan kami terus ke destinasi seterusnya.


Dalam perjalanan, pemandu bot menunjukkan Pulau Dayang Bunting. Memang nampak jelas bentuknya. Tidak jauh daripada itu juga kami ditunjukkan bentuk buaya, tapi SS dah lupa nama tempatnya. Kalau ikut sejarah kalau sesapa yang nak anak boleh la mandi dekat tasik dia. Insya-Allah dengan kuasa tuhan akan dapat anak. Tapi macam mana kesahihan dia tak tahu la. 

Untuk ke Tasik, dikenakan bayaran tapi SS tak ingat berapa tappi murah aje. Sebelum sampai ke tasik itu, korang kena daki dan turun bukit. Bagi yang kurang stamina memang lambat la sampai sana. Dekat sini pun kami ditinggalkan selama sejam. Tapi apa yang anda dapat lihat bila sampai penghujungnya memang cantik. Dekat sana pun anda boleh mandi, naik bot dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. 

Suasana nak ke tasik pun cantik. Anda akan ditemani dengan suasana hutan yang tenang ditambah lagi dengan dekorasi semula jadi batu-batu besar. Yang ini memang SS suka. Tapi disebabkan badan dah terlalu penat sebab dari pagi dah over excited maka dekat sini kami lepak-lepak je. Nak mandi tak bawa baju lebih ditambahkan pula masa kami sampai tu memang tengahari 12:00.

Masa nak balik tu, kami hampir diserang oleh monyet. Tak tahu la sebab apa. Mungkin sebab kami lalu masa dia nak lalu. Pada masa yang sama, kami nampak ada monyet sedang ehem haha.. 

Maka berakhirlah island hopping kami. Penat tapi berbaloi. 
Sampai sahaja ke jeti, perut dah lapar yang amat. Nasib baik ada orang jual buah kat jeti. Memang pandai betul strategi penjualan dia. Kat situ kami ada beli hadiah untuk kenang-kenangan. Walaupun terpisah tapi still okay. Love it. 

KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP (HIG)


Lepas bersihkan diri. Kami terus ke destinasi seterusnya .. Kompleks HIG .. Kalau dah kesini buat apa lagi kan. Kita kasi borong coklat la kan.. Harga dekat sini memang murah dan SS yakin sesiapa yang datang sana semua akan rambang mata.

DATARAN LANG

Lepas puas shopping coklat. Kita ke destinasi seterusnya Dataran Lang !!! For the first time. Our time management tak bagus lagi. Jadi sampai-sampai je dekat sana cahaya matahari masih terik lagi. Kalau nak amik gambar pun sukar nak dapat angle yang cantik disebabkan pencahayaan yang terlalu banyak. Sementara menunggu masa yang sesuai kami explore tempat. 


Niat dihati nak amik gambar berempat full tapi malu nak suruh orang amikkan. Nak pakai monopod tak ada haha. Tapi nasib baik lah ada sorang akak comel ini tolong amikkan gambar. So inilah satu- satunya gambar dimana kami semua ada. Cute tak kami haha

PASAR MALAM KUAH

Dari Dataran itu kami terus menuju ke Pasar Malam Kuah. Banyak barang yang boleh dibeli. Semuanya dengan harga yang sangat berpatutan. Sebenarnya tujuan kami ke pasar sebenarnya nak cari makanan. Biasalah dekat pasarkan banyak makanan yang sedap-sedap. Banyak juga kami borong masa tu. Bekalan buat pagi esok la katakan. 

Maka tamatlah pengembaraan kami pada hari itu. Sebab apa kami tak keluar malam? Kan boleh gunakan masa itu buat explore lebih lagi. Betul tu!! tapi one of our member are not well. Jadinya kami decide untuk rehat aje malam tu. 


THIRD DAY

KERETA KABEL LANGKAWI

Hari yang tidak disukai telah tiba. Haha. Bukan tak suka apanya. Sebab kita orang dah nak kena flight balik dah .. sedihnya. Tapi sebelum balik ada satu lagi tempat yang kita orang nak pergi. Sebenarnya masa ini ada dua pilihan antara nak ke cable car atau telaga 7. Disebabkan masa yang singkat maka kami decide pergi cable car. Kami amik full package, orang kata dah alang-alang baik amik aje kan. Pandai akan tu persuade kita orang. Nasib baik comel.  Semuanya termasuk 

Cable Car + Muzium 3D + Muzium 6D + Sky Dorm + Taman Buaya





Tempat terakhir dalam pakej .. Taman Buaya .. Nasib kami baik sebab sesampai aje kat sana, ada persembahan buaya. Oleh itu, kami diarahkan ketempat persembahan dan dipersembahkan dengan persembahan oleh Brother Mazlan dan dibantu oleh Brother Nemo.

Sebelum persembahan MC cakap yang tempat kena basahkan disebabkan buaya ini adalah berdarah panas. Tapi memandang bila bermula sahaja persembahan, hujan turun dengan lebatnya, maka tak perlulah simbah air untuk basahkan tempat persembahan. Walaupun dah memudahkan kerja mereka tapi bahaya yang mereka hadapi akan lebih tinggi. 

Sukar untuk mereka melihat dengan jelas. Bayangkan 2 orang lelaki dikelilingi oleh 3 ekor buaya yang boleh mengamuk bila-bila masa sahaja. Tapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Kami tak sempat nak tengok persembahan kedua disebabkan masa mencemburui kami. 

 

Tamatlah sudah pengembaraan 3H2M kami di Langkawi. Insya-Allah ada kesempatan kita bertemu lagi Langkawi. Banyak lagi tempat yang tak cover lagi. Lepas ni kena pergi dalam seminggu baru dapat cover satu pulau Langkawi. 

Ni SS sediakan sikit video bagi tontonan korang semua.. Hope enjoy it!



No comments:

Post a Comment