ASSALAMUALAIKUM
Kami menuju ke destinasi pertama kami iaitu TANJUNG PUTERI . Sama seperti pantai² yang lain tapi Kak Jie lagi suka kesini berbanding Klebang sebab kat sini lebih redup sebab banyak pokok dan banyak kerusi. Dekat sana kami ber kelah . Maka keluarlah semua makanan yang telah ditugaskan. Lupa Kak Jie nak bagitahu yang makanan masa berkelah tu sendirian berhad. Ada meehun goreng, nuget, air minuman dan paling special sekali red velvet buatan kawan Kak Jie. Serius sedap sangat. Sekali cuba mesti nak lagi
Kami lepak sampai 12lebih. Perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya. MAHKOTA PRADE, MELAKA .
Tujuan yang tak asing bagi kami. Tengok wayang la hehe . . bukan selalu tau. Kami sebulat suara pilih movie The Purge : The Election Day. Pada Kak Jie cerita itu bagus tapi agak keterlaluan untuk budak bawah umur. Pada Kak Jie, melalui cerita itu Kak Jie dapat lihat dimana kegigihan seorang pemimpin baru yang berusaha merubah keadaan yang lebih baik. Dalam masa yang sama tak semua mereka yang jahat adalah jahat. Okaylah.. Kalau tak dapat nak gambarkan apa yang Kak Jie sampaikan baik uolss pergi tengok sendiri.
Niat dihati memang nak pusing area situ je tapi disebabkan Kak Jie salah tengok map maka ke Banda Hilir la kami. Sampai je sana kami macam buntu tak tahu kemana tetiba nampak la kapal besar atau namanya MUZIUM SAMUDERA,MELAKA
Tiket masuk bagi orang dewasa cuma RM5 sahaja dan uolss boleh masuk tiga tempat yang berbeza dan mempunyai kisah yang tersendiri.
Bahagian pertama adalah dalam kapal itu sendiri. Untuk pengetahuan semua kapal itu memang kapal betul yang telah diubah suai menjadi muzium.

Sekarang kita move ke bahagian kedua . Tempat diabtal jauh pun dekat sebelah je. Bangunan yang kononnya menembusi bangunan tersebut. Dekat sini dia banyak memberitahu gaya hidup orang terdahulu dan alam sekitar.
Dan bahagian terakhir adalah Muzium TUDM yang terletak diseberang jalan je. Dekat sini kita dapat lihat banyak kenderaan, pakaian dan senjata yang digunakan oleh tentera untuk menjaga keselamatan negara.

Hari dah petang, perut pun dah makin lapar. Ye la dari pagi cuma makan mihun je. Tetiba semua nak makan steamboat tapi kali ini kami tak makan di Melaka tapi di Muar. Maka bertolak pulanglah kami dah menuju ke destinasi seterusnya iaitu Polkadot steamboat, Muar. Tapi sayang masa tu kedai dia tutup maka kami pergj ke pilihan kedua kami iaitu
MUTIARA STEAMBOAT, MUAR
Disini hanya dengan bayaran RM22.90/seorang uolss dapat makan sebanyak mana yang uolsss suka dan mampu. Air percuma lagi haha. Tapi tambahan daging kambing akan dikenakan cas tambahan. Memang kenyang se kenyang nye kami malam tu. Kalau orang negeri tu dia dah cakap 'se'eh' klu jawa pulak 'warek'
Maka berakhirlah perjalanan budjet kami kali ini.. Nantikan trip Melaka 2.0 kami tak lama lagi. Adioss uolss, SS minta diri dulu.
(15.07.2016 ★ Melaka 1.0)
No comments:
Post a Comment