Monday 4 June 2018

We Got You Village Grill - Muar

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama tidak berjumpa dan akhirnya kami berjaya mengumpulkan keempat-empat ahli 
#EmpatBudakHitam

Bermula apabila kawan Kak Jie bertanya dalam group 

 
Maka bermula lah kami berbunyi dan kebetulan kawan Kak Jie dari Kuantan pun balik, jadi tinggal Kak Jie je yang tak ada kat kampung. Demi mereka Kak Jie pun drive balik kampung. Penat memang penat sebab minggu lepas Kak Jie berulang dari Shah Alam ke Negeri Sembilan untuk uruskan hal-hal yang tak settle lagi. Ada yang naik KTM ada juga yang drive kesana sendiri hihihi

Sebelum itu, Kak Jie nak cerita something yang agak kelakar. Seperti biasa bila kami berjumpa, maka kami akan keluar makan. Nak dijadikan cerita, kami teringin nak makan western dan teringat satu tempat yang mana famous dekat Muar. Iaitu Village Grill.

Jadi malam tu, kami pun pergi lah ke 'Village Grill' yang dikatakan mengikut maps yang diberi. Alhamdullilah kami sampai ketempat tu tapi bukan 'Village Grill' yang kami mahukan. Kami TERpergi kedai masakan asam pedas kampung hahahaha... 

Niat dekat hati memang nak angkat kaki je bila dah tengok menu semua, ye la tekak masing-masing nak makan western tetiba TERpergi kedai masakan melayu pulak. Bukannya tak makan masakan melayu tau, tapi bila teringin tu, lain sikit rasanya. Jadi disebabkan tak sampai hati maka kami pun makan je la dekat situ, tapi kepuasan tu kurang sikit sebab tak dapat apa yang kami mahukan.

Dan kini, KAMI BERJAYA!!! Berjaya ke kedai yang betul. Hahaha..

Sempena ramadan ini, Village Grill - Muar ada buat buffet. 
RM39/ Dewasa, RM29/ Umur 6 -13 tahun dan FREE untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Untuk harga sebegini, Kak Jie confirm korang semua tak akan menyesal kerana juadah yang disediakan memang banyak giler... Kalau Kak Jie senarai dekat sini mahu Kak Jie sendiri yang meleleh air liur nanti, cuma Kak Jie takut, korang je yang tak mampu nak habiskan nanti hihihi

Dari makanan berat sehinggalah ke juadah ringan-ringan, semuanya ada... 
Tapi kena ingat, ini buffet kan. Jadi korang kena ambil sendiri makanannya bukan hidang tau. Meh sini Kak Jie payung antara makanan-makanan yang ada.

P/S : Sumber gambar semua dari Village Grill - Muar (FB)


















Haaa... macam mana? Terliur tak? Banyakkan juadah yang mereka sediakan! Tapi ini bukan semua tau, ada lagi yang tak terambil gambarnya (bahaya) hahaha ... Kak Jie memang yakin la korang terliur hahahaha... jangan risau, kita sama sahaja hihihi 

Sebelum itu, Kak Jie nak pesan awal-awal. Kalau korang teringin nak makan dekat sini, baik booking awal-awal. Kalau walk-in takut tak ada tempat nanti. Memang ramai giler orang dekat sana. Serius talk. Kalau nak booking, pergi dekat FB Page mereka. Dekat situ mereka dah sediakan nombor! menu! gambar! semua siap-siap. Mereka juga menyediakan kurma dan air putih percuma untuk setiap meja.

Nah! ini antara makanan yang kami mampu ambil. Takut amik banyak-banyak nanti,  kedai kena tunggu kami habiskan makanan hahaha...



Okay guys! Kak Jie mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan Hari Raya !!!
Dah nak raya ni jangan nakal-nakal, kang ada yang raya kat hospital ini kang.

bye... jumpa dalam post seterusnya

No comments:

Post a Comment