Wednesday 24 April 2019

SIGNATURE JALANAN ( TEME ABDULLAH )

"Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula-mula tadi... 

Rasa macam seakan-akan dilahirkan bodoh daripada orang lain. 

Orang lain boleh score exam. Aku pulak tak boleh score. Dahlah lambat membaca. Huruf-huruf pun aku tertukar-tukar. Gagap pula tu... 

Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diaorang tak lalui. Dia orang ingat aku memang malas. Diaorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi sama macam orang lain. "

SIGNATURE AUTOGRAF JALAN

Perkongsian yang sangat mudah tapi mendalam. Mengisahkan kehidupan pelajar SPM berasrama penuh yang banyak berperang dengan diri untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dalam masa yang sama mencapai target dan matlamat sekolah. 

" Ben, Joe, Oki, Zack & Aliff "

5 pelajar yang mempunyai perangai berbeza namun akhirnya terjalin hubungan rapat antara mereka disebabkan beberapa kejadian yang memberi kesedaran untuk kita.

Siapa sangka Ben yang terkenal dengan pelajar pintar, aktif dalam kokurikulum mempunyai masalah pembelajaran. Sering dibanding-bandingkan dengan kakaknya membuatkan Ben tertekan sehingga dia menjumpai cara untuk menanganinya. Melukis!! Melukis membuatkan Ben tenang. Melukis memudahkan Ben untuk menghafal. Melukis membuatkan Ben lebih yakin pada diri. Hobinya secara tidak langsung memberinya satu bakat yang luar biasa dalam seni lukisan. Cemerlang dalam akademik dan kokurikulum ketika SPM telah menjadi bukti bahawa kalau kita yakin dengan kemampuan kita, kita berjaya lakukan. Ini terbukti apabila Ben berjaya mendapat straight A dalam SPM dan mendapat Anugerah Pengakap Raja. Tapi dalam mengejar kecemerlangan tersebut siapa sangka ada pihak yang salah sangka terhadapnya. Oki kata Ben kedekut ilmu! Joe kata Ben talented ! Zack kata Ben tidak sesuai jadi MT (Majlis Tertinggi) sebab berkawan dengan budak-budak nakal sekolah! Dia juga pernah berperang dengan dirinya sendiri apabila dia berniat untuk meniru dalam Percubaan SPM. Secara perlahan satu persatu salah faham itu di bersihkan dengan caranya yang tersendiri. 

Joe!! Lemah dalam pelajaran namun jaguh dalam basketball. Dia menjadikan Ben sebagai idolanya apabila menganggap Ben adalah pelajar gifted apabila melihat dia tidak pernah melihat Ben mengulang kaji pelajaran tetapi sentiasa mendapat markah terbaik. Joe juga digelar 'Si Kosong' apabila berjaya mengekalkan markah kosong sepanjang tingkatan 4 dan beberapa ujian di tingkatan 5. Namun gelaran itu sedikit demi sedikit hilang apabila markah Joe semakin meningkat masa demi masa dengan bimbingan Oki. Joe juga diblacklist dari sesi KULTIM (Kuliah tiga minit) yang akan diadakan secara mengejut jika ada masa terluang. Ini berpunca apabila Joe menyampaikan lirik 'Kekasih awal dan Akhir' dalam sesi tersebut. 

"Joe...  Dahlah tu Joe. Kantoi dah pun. Kau dah simbah teruk dah tu... " Inilah kata yang keluar dari mulut kenalannya apabila Joe sedaya upaya 'solat sunat' apabila namanya disebut untuk menyampaikan KULTIM.

Ketua BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) yang terkenal dengan sikapnya yang tidak takut selagi dia yakin apa yang dilakukan untuk menegakkan islam. Itulah Zack. Kesan calar dipintu-pintu dorm itu merupakan kesan turun temurun oleh ahli BADAR tetapi 90% berpunca dari Zack. Sering muncul dengan penyangkut baju besi di waktu pagi untuk mengejutkan pelajar untuk subuh berjemaah. Sikapnya itu tidak digemari oleh kawan-kawannya terutamanya Ben. Dia juga mengelarkan Aliff 'ahli neraka' apabila Aliff terlalu degil untuk mengikut arahannya. 

"Mulut kau ni lah yang akan tarik kau ke neraka nanti!  Hati kotor!" (M/S 58) kata-kata yang dilemparkan oleh Zack apabila Aliff kantoi panjat pagar untuk ponteng kelas. 

Suatu hari Zack terkena sesuatu yang mistik yang menjadi bualan dari zaman ke zaman disekolahnya itu. Selepas kejadian tersebut, Zack telah target Ben cuba mengenakannya. 

Aliff merupakan pelajar paling nakal di sekolah. Baginya dia mahu cepat-cepat habis sekolah supaya dia boleh bekerja. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Aliff tidak mahu membebankan keluarganya yang serba kekurangan jika dia sambung belajar.

" ... Saya tak target apa-apa pun. Habis saja SPM saya nak terus kerja. Result macam mana pun saya tak kisah. " (M/S 237)

Itulah apa yang difikirkan Aliff selama ini. Namun begitu, kata-kata Ayahanda telah merubah pemikiran Aliff 100% walaupun pada mulanya dia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Dia juga mengaku bersalah dengan apa yang dilakukan kepada ketua BADAR. 

"Kita bukan nak berjaya sorang-sorang Ben. Kita nak cemerlang SPM ni sama-sama. Seronok ke kalau dapat result cemerlang untuk diri kita sendiri, tapi kawan-kawan semua terkial-kial nak masuk IPT? " (M/S 153)

Teguran Oki secara tidak langsung telah menyedarkan Ben dengan tindakannya. Oki seorang yang bertanggungjawab dalam apa yang dilakukan. Sebagai salah seorang fasilitator, Oki tidak lokek dalam mencurahkan ilmu kepada mereka yang lemah terutamanya Joe. Dia sentiasa optimis dan positif dalan mendidik Joe.  

... Sebab itulah dalam kebanyakan situasi, orang yang selalu mengajar orang lain akan menjadi lebih cemerlang (M/S 160)

"Kau boleh Joe!  Kalau aku yakin dengan kau, kau mesti lagi yakin dengan diri sendiri" (M/S 282). Kata Oki apabila cuba memujuk Joe menyasarkan target 5A dalam SPM. 

Dalam pecutan terakhir, Oki dilantik sebagai mentor Joe. Oki juga menerima anugerah Half Colour berdasarkan pencapainya dalam International Mathematics Olympiad. 

Alhamdulliah keputusan yang mereka dapat semua membanggakan. Joe berjaya melepasi targetnya, Ben dan Zack tersenarai dalam pelajar straight A, Aliff juga berjaya mendapat 4A dan Oki pula terkucil sedikit apabila ada mata pelajaran dapat B

Bagi Kak Jie, gaya penceritaan dalam signature jalanan ini ringan. Tapi cukup memberi kesedaran dan semangat untuk berubah kearah lebih baik. Jadi Kak Jie tak teragak nak suggest buku ni kepada orang ramai lagi-lagi pelajar SPM. 

Thanks Teme sebab keluarkan lagi karya yang memberi motivasi secara tidak langsung :)

No comments:

Post a Comment