Wednesday 1 April 2020

MAGIS ( RAMLEE AWANG MURSHID )


ASSALAMUALAIKUM

Sumber : Google Image
MAGIS merupakan salah satu nukilan Ramlee Awang Murshid yang telah menempatkan 5 manusia daripada zaman yang berbeza kepada satu zaman hujung waktu dimana dunia diambang kemusnahan. Sunan, Mikhail, Carlos, Tombiruo dan Ryu-Watanabe.

Dikala Sunan bergadai nyawa melindungi orang dan wilayahnya, Tumbiruo sibuk mempertahankan Hutan Keningau, Mikhail berusaha meloloskan diri dari tahanan, Carlos berlawan dengan dirinya apabila hampir dilanggar dan Ryu-Watanabe ditolak daripada bangunan yang tinggi, mereka berlima telah melihat satu fenomena Halo dimana matahari berbentuk seperti cincin sebelum mereka tiba-tiba sahaja muncul di sebuah tempat yang tidak diketahui asal-usulnya.

Mereka berlima ini dikenali sebagai perentas masa yang bakal membantu manusia pada akhir zaman untuk melawan bala tentera bukan manusia tetapi berwajah manusia. Didalam perantauan tersebut, Mikhail dan Ryu telah bertemu dan menjadi teman. Begitu juga Sunan dan Tumbiruo. Manakala Carlos dibasuh supaya menjadi tentera Tuan Turak. 

Dalam perantauan tersebut, Sunan dan Tumbiruo terpisah apabila mereka diserang oleh tentera sumpahan dikawasan bukan untuk manusia. Disitu Sunan telah bertemu dengan Syeikh Thauban seorang penjaga masjid yang terakhir yang selamat pada zaman tersebut. Disitu juga Sunan telah bertemu dengan Carlos yang kelihatan agak keliru dengan dirinya. Terdapat perlawanan kecil antara mereka sehingga menyebabkan Carlos berdendam dengan Sunan.

Tumbiruo pula kini bersama Juvia yang dikatakan kekasihnya. Namun begitu rupanya Juvia merupakan anak Gabenor Wilayah Tur-Kus dimana beliau akan memerangkap lelaki untuk dijadikan tentera yang setia melalui proses penanaman cip kedalam otak mereka. 

Mikhail juga terpisah dengan Ryu, apabila Ryu tiba-tiba terjatuh dalam sebuah lubang yang sangat dalam ketika Mikhail pengsan disebabkan pertempuran mereka bersama sekawan dubuk. Perpisahan itu telah menyebabkan Ryu bertemu dengan orang Memalik penguhuni underground city. Fatimiah anak Adid, ketua kepada orang Memalik ditugaskan menjaga Ryu sepanjang keberadaannya disitu.

Kisah menjadi lebih menarik apabila Sunan dan Juvia telah pergi ke Buyuk Docia bagi meminta tolong menyelamatkan Tumbiruo yang sedang bertarung nyawa apabila ditikam Jeneral Karanlik apabila mereka cuba melarikan diri daripada Tur-Kus. Kedatangan mereka bertiga menimbulkan syak wasangka bagi golongan Memalik sehingga berlaku sedikit pertarungan antara Sunan, Mikhail dan Ryu.

Kedatangan Juvia ke Buyuk Docia telah menjadi petanda bahawa pertumpahan darah tidak dapat dielakkan lagi. Awal pagi esok mereka akan bertarung nyawa untuk mempertahankan wilayah mereka daripada tunduk kepada pemerintahan Tuan Tujak yang berlandaskan Syaitan.

Masing-masing berjuang dengan sepenuh hati. Mereka tidak kisah kalau terkorban. Didalam kesukaran melawan musuh akhirnya mereka berlima terkorban apabila angin lembut menyapa mereka. Maka hilanglah nyawa mereka yang beriman.

Kembalikan mereka kedunia nyata. Dimana tidak tahu antara benar atau ianya sekadar mimpi disiang hari. Tidak disangka didunia nyata akhirnya Ryu dan Mikail bertemu manakala Sunan telah mencatatkan pengalaman mereka didalam satu hikayat.

Bagi Jie, kisah dia sangat menarik. Dimana 5 orang dari masa yang berbeza bertemu dan mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman itu juga telah menjadi titik permulaan sebuah persahabatan dan tenangnya satu jiwa yang kacau.

Jie memang sokong sangat kalau korang nak baca cerita ini. Semua karakter dia ada cerita dan kekuatan yang tersendiri. Jadi tunggu apa lagi ? Bagi yang tak baca boleh la dapatkan di kedai buku atau pinjam kawan-kawan.

Kita jumpa dalam ulasan akan datang . Daaa

No comments:

Post a Comment