Wednesday 2 May 2018

"Ia Kekal Dongeng, Jika Engkau Tidak Mula Berjalan" -TEME-

ASSALAMUALAIKUM... 

Siapa tahu mengenai seorang penulis yang menggunakan nama pena TEME ABDULLAH?? Kak Jie rasa ramai yang kenal Teme lagi-lagi perempuan hehehe (jangan marah) untuk korang yang baru pertama kali dengar nama ni,  sebenarnya buku yang bakal Kak Jie review nanti adalah buku ke-3 hasil keluaran beliau. 

Apa yang membuatkan Kak Jie tertarik untuk baca buku ni bukan sebab buku tu pun, tapi sebab Kak Jie tertanya apa isi kandungan buku tu dan lukisan dia. Nak tengok banyak lagi lukisan boleh follow IG dia : @itsteme

Bermula bila Kak Jie ternampak lukisan dia dekat media sosial, tapi Kak Jie tak ingat sangat antara dari Instagram atau Facebook sebab kalau Twitter Kak Jie buka dua bulan sekali rasanya. Sampai kadang-kadang terlupa ada app tu dalam fon hahaha. Kak Jie pula jenis yang suka tengok lukisan, tak kisah la lukisan apa pun janji unik dan menarik (sebenarnya Kak Jie ni suka baca komik).

Di sebabkan tertariklah Kak Jie mula follow IG dia, sangat menarik sampai kadang-kadang tu Kak Jie boleh tenung lukisan tu sambil tersenyum (Opss.. kantoi hahaha). Melalui pemerhatian Kak Jie selama follow IG dia ni, Kak Jie nampak dia ni seorang yang sangat merendah diri dan sangat menghargai peminat dia. Tapi siapa diri dia yang sebenar hanya Allah dan kenalan tertentu sahaja yang tahu #PenulisMisteri

Ehemm, kembali ke tajuk utama. Buku yang bakal Kak Jie review ini bertajuk ...

'IMPIAN JALANAN'

Mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Iskandar yang dilahirkan tidak sempurna di mana terdapat gangguan refraksi mata (astigmatismesehingga membuatkan Iskandar tidak dapat melihat sesuatu dengan jelas. Selain itu juga, Iskandar mempunyai masalah membaca dan menulis.

Sering dibuli kerana kekurangan namun Iskandar tetap kuat dan berusaha untuk menutup kelemahannya. Namun siapa sangka, disebalik kekurangan terdapat satu bakat yang sangat besar sehinggakan terdapat temannya mengambil kesempatan terhadapnya.

Insan mana yang suka jika hasil titik peluh kita di curi orang sesuka hati. Disebabkan kekurangan, Iskandar tidak mampu melawan. Berdiam bukan tanda kita setuju, erti DIAM itu membawa banyak maksud. Sukar untuk kita meneka disebalik DIAM itu. Itulah Iskandar.

Mendapat semua yang diimpikan memang telah menjadi keinginan setiap orang. Semua mempunyai cita-cita yang tersendiri. Tapi bagaimana cara kita mengejarnya itu sangat berbeza bagi setiap manusia. Ada yang dapat cara mudah dan ada yang sukar.

Kebahagian juga bukan sesuatu yang subjektif dimana kita boleh lihat dengan mata kasar. Tapi bagaimana kita usaha untuk mendapat kebahagian itu akan menentukan kebahagian dalam diri kita.



"Jangan bersedih ketika hilangnya mentari 
Kerana air mata akan menutup pandangan kita dari melihat kilauan seri bintang-bintang. Walau hujan turun membasahi bumi, kita masih boleh menari. 
Follow the flow 
Jika hujan, mainlah kapal kertas di saluran 
Jika terang, hidupkanlah api dan sediakan makanan 
Jika banjir, panjat ke tempat tinggi dan nikmati pemandangan 
Jika hujan kuat, ikatlah kain di leher lalu berseronoklah menjadi adiwira dalam angan-angan 
Belajar bahagia dengan apa yang ada. Bukan bersedih dengan perkara yang tidak ada " 
-Impian Jalanan, 324-

Ikhlas Kak Jie katakan, buku IMPIAN JALANAN ini terselit beribu maksud tersirat dan tersurat. Antara kita perasan atau tidak je. Bila Kak Jie baca buku ni, Kak Jie rasa sangat dekat dengan diri penulis. Satu penulisan yang boleh membuatkan kita hidup didalamnya.

Kak Jie ucapkan tahniah kepada Teme Abdullah kerana mengeluarkan satu buku yang sangat mendalam tetapi dalam sisi yang sangat sempoi. Very recommended bagi sesiapa yang rasa

kenapa nasib aku macam ni? Kenapa aku selalu ditindas? Kenapa aku diuji seberat ini? Kenapa aku? kenapa?

Siapa kita pada masa hadapan, kita yang mencorakkannya...
Jangan takut untuk memulakan langkah
Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya

2 comments:

  1. Lama dah tak baca buku dan penulisan yang berkualiti. Terlalu sibuk maybe hehe. Alhamdulillah sempat menjenguk disini pagi ni. Terima kasih atas reviewnya. InsyaAllah nanti boleh cuba cari dan baca penulisan Teme Abdulllah ni. Tq dan salam kenal :)

    https://adaainspiration.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Syuhada, terima kasih kerana sudi kesini. InsyaAllah banyak lagi review yang akan menyusul. salam perkenalan :)

      Delete