Tuesday 14 November 2017

Book Review : Komplikasi Travelog 7 Benua. Vol 1

Assalamualaikum...


Apa khabar semua ? 

Berbeza dari sebelum ini, kali ini SS nak review sedikit pasal buku travelog yang semakin menjadi kegilaan dikalangan pengemar melancong. Kebanyakkan daripada mereka adalah backpakers

SS pun pernah juga teringin nak keliling dunia dengan hanya memikul satu beg yang menjadi peneman sepanjang perjalanan kita dinegara orang. Tapi biasalah, masalah biasa sebagai seorang pelajar seperti SS ini, duit tak pernah mencukupi hahaha

Okay-okay! Back to basic. Berjalan sekeliling dunia adalah impian semua manusia. Tak kiralah dari mana pun dia berasal. Kadang-kala ada sahaja yang menafikan bahawa itu merupakan salah satu impian mereka disebabkan perkara-perkara yang tertentu. 

Lapan orang pengembara berpengalaman berkongsi pandangan dan pengalaman melalui pandangan berbeza. Ini menunjukkan bahawa setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza apabila merantau ke negara orang. Ada yang melihat dari segi alam semula jadi, ada pula yang melihat dari segi binaan bangunan bersejarah yang unik dan ada pula yang sengaja mahu merasa duduk dinegara orang. Didalam buku kita dapat melihat perspektif berbeza melalui lapan orang pengembara.

Pengalam pertama adalah daripada Badrul Hisham pernah viral pada suatu ketika dahulu apabila berselfie dan menari ketika majlis graduasinya di London. Graduan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal ini mempunyai pengalaman yang menarik apabila beliau bersama dua orang lagi berbasikal dari London hingga pulang ke Malaysia. Namun begitu, didalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini beliau menceritakan pengalaman beliau bersama dua sahabatnya ketika berada di Death Valley . Death Valley merupakan taman negara Amerika yang tidak mempunyai tempat untuk dilawati kecuali padang pasir. 

Pengalaman kedua adalah daripada Nordin Yahaya seorang senior didalam dunia Backpakers. Beliau telah mengembara lebih daripada 60 buah negara dari 6 benua. Peru merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang menarik. Didalam buku ini, Nordin telah menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Machu Picchu melihat satu daripada 7 keajaiban dunia.
Sakit gigi ketika mengembara? Ya . . . itu pengalaman yang dikongsikan oleh pengembara ketiga di dalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini. Siapa pernah menjangkakan apa yang bakal berlaku kepada kita di negara orang. Di dalam buku ini, Ida Yunus, anak kelahiran Kedah ini menceritakan bagaimana pengalaman beliau yang terpaksa bertahan dengan giginya selama berada di Mongolia. Ada hero yang tak dikenali tolong beliau menyelesaikan masalah gigi, tapi siapa? Nak tahu boleh baca sendiri hihihi. Perkongsian yang simple tapi menarik. 

Minat dalam seni menyebabkan Rafiee Ghani telah mengembara merentasi benua bersama isteri dan anaknya pada tahun 1987. Di dalam buku ini, Rafiee telah menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Magribi. Dimulakan apabila beliau berada di Medina sebelum beliau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Namun begitu, beliau diuji apabila keadaan semakin gelap ditambah lagi dengan hujan lebat bercampur kabus menyebabkan beliau sukar melalui Pergunungan Alps yang sempit itu. Hampir sesat didalam kegelapan malam. Satu keluarga Barber datang meminta bantuan. Pelbagai lagi yang dihadapinya.

Ha . . . pengembara seterusnya ini SS gemar. Bukan gemar sebab apa, SS ikuti pengembaraan di dari satu tempat ke satu tempat. Rancangan yang memperkenalkan SS dekat pengembara seterusnya ini adalah 'Kembara Backpakers bersama Moji'. Masa itu, SS dok scroll tengok apa yang menarik dan SS jumpa dia. Siapa dia? Dia adalah Nazri Arshad atau lebih dikenali sebagai Moji. Nem! Siapa tahu mengenai Nem? Nem merupakan makanan Vietnam yang serupa seperti popia.. Nak resepi boleh tekan disini. Didalam buku ini, Moji menceritakan bagaimana beliau mengetahui mengenai Nem dan pengalaman beliau ketika di Hanoi.

Pakistan merupakan sebuah negara islam. Pernah dituduh sebagai perisik ISIS menyebabkan beliau ditahan oleh askar Afganistan. Di dalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini, Siti Noridah telah menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Pakistan. Bertemu dengan Hiro tanpa sengaja. ketika bas berhenti untuk rehat, beliau telah dibawa ke tempat makan diatas bangunan yang disediakan untuk wanita, tetapi disebabkan tidak selesa, Noridah telah memilih untuk makan di bawah sehingga beliau dipandang pelik oleh mereka yang berada disitu. 

Wazari Wazir merupakan seorang jurukamera sepenuh masa yang terkenal. Namun begitu, beliau tidak pernah kedekut ilmu dari segi pengembaraan atau gambar. Beliau sentiasa berkongsi pengalaman beliau didalam blog beliau sendiri di www.wazariwazir.com . Pelbagai kisah menarik yang dikongsikan. Di dalam buku ini, Wazari berkongsi pengalaman beliau ketika berada di Rusia. Ketika ingin mencari money changer, beliau telah ditegur oleh seorang pemandu teksi yang terlalu mendesak. Disebabkan tulisan yang agak tidak familiar bagi beliau, sukar untuk beliau mengenalpasti bas atau tempat yang ingin dilawati. Seperti ayam dan itik, itulah yang boleh mengambarkan keadaan Wazari di Russia. Tapi alhamdullilah, semua berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa kengkangan.

Penulis terakhir ini merupakan seorang pelajar Universiti Malaya, Meor Farid Asyradi. Terkenal apabila bukunya yang bertajuk 'Travelog Mr. Traveller' telah terjual 12000 naskah dalam masa 8bulan hasil terbitan sendiri. Pengalaman berada di China untuk 7 hari telah memberi banyak ilmu baru bagi Meor dan sahabatnya. Mereka dalam melihat perspektif berbeza di dalam kalangan masyarakat Islam di China. Pada masa yang sama, mereka dapat bertemu dengan sahabat baru.

Okay... Ini adalah review keseluruhan cerita dalam buku 'Komplikasi Travelog 7 Benua' ini. Memang tak berapa jelas sangat penerangan SS tentang buku ini, sebab susah untuk kita faham kalau kita sendiri tak lalui nya. Bagi SS, buku ini memberi satu pandangan baru mengenai dunia di luar sana. Banyak yang kita tak tahu lagi. Cara penyampaian mereka memang berbeza mengikut minat mereka sendiri. Sebagai contoh, bagi SS Encik Nordin Yahaya mempunyai minat yang mendalam dalam reka bentuk bangunan klasik kerana itu, beliau tahu semua dan tertarik dengan hasil kerja masyarakat Peru pada zaman dahulu.

Serius SS cakap, SS sarankan buku ini bagi mereka yang baru-baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam dunia pengembaraan. Sekurangnya, korang dapat gambaran suasana disana.  Good luck guys!

P/S : I got a sign form one of the writer hihihi. Excited you know

#TravelPlanetBooks #7Benua

No comments:

Post a Comment