Wednesday 22 April 2020

SUAMI SIMPANAN SUPERSTAR ( CRYSTAL ANABELLA )

ASSALAMUALAIKUM

Crystal Anabella, nama pena yang digunakan oleh penulis novel Suami Simpanan Superstar. Kisah yang mudah dan tak berapa nak memeningkan pembaca dia. Ini merupakan salah satu koleksi Jie daripada zaman sekolah dulu. Ni tengah dok mengemas boleh terambil baca balik hihihi.

Cuba korang bayangkan, korang terpaksa hidup dalam dua dunia yang berbeza. Satu dunia engkau adalah seorang superstar yang sangat terkenal dipelusuk dunia dan satu dunia lain engkau hanyalah seorang gadis biasa. Tapi hidup engkau berubah apabila terjumpa seorang lelaki yang mempunyai aura yang agak berbeza dengan lelaki yang pernah engkau temui sebelum ini. Itulah kehidupan seorang gadis bernama Nur Serena Melissa atau Crystal Kennedies (CK). Kehidupan CK agak kucar-kacir di Amerika apabila dia hampir sahaja dibunuh. Oleh itu, CK telah menyerahkan identitinya sebagai CK kepada akaknya, Lisa sementara dia berehat dan berlatih di Malaysia. Sebelum ke Malaysia, Serin telah dicabar oleh Mary, sahabatnya untuk mengoda abang Mary yang membenci identiti kedua Serin iaitu CK. 

Hari pertama Serin menjejakkan diri ke Malaysia, dia telah memutuskan untuk menginap disebuah chalet di Johor. Disitu juga dia dipertemukan dengan Tengku Zyafran Syamin apabila Zyaf telah menyelamatkan Serin daripada lemas. Disebabkan wataknya haritu ada seorang gadis kampung yang bisu, Serin tidak dibenarkan untuk bercakap selama 12 jam. Serin hanya mampu mengangguk dan tersenyum apabila ditanya oleh Zyaf. Hari-hari berikutnya, Serin masih berlatih dengan watak-watak yang berbeza setiap hari. Tak disangka watak-watak yang berbeza itu juga yang mampu membuatkan Serin mendapat kerja sebagai setiausaha Zyaf. 

Bagi Zyaf, Serin mempunyai satu tarikan dimana setiap kelakuannya mampu mengoda nafsunya sebagai lelaki dan menimbulkan perasaan cemburu dalam hati. Disebabkan cintanya pada Serin yang mendalam, Zyaf sanggup menjadi Suami Simpanan apabila CK terikat dengan syarat tidak boleh berkhawin selagi berada dalam kontrak. Menjadi suami simpanan sahaja sudah menjadi beban apabila mereka tidak boleh mengekpreasi cinta secara terbuka. Keadaan menjadi teruk apabila Serin telah mengalami kemalangan ketika pulang dari kerja. Kemalangan itu telah membuatkan Serin hilang ingatan.

Apa perasaan apabila isteri yang sentiasa bermanja dengan kita tiba-tiba tidak mengenali kita dan sangat benci dengan kita ? Itulah perasaan Zyaf apabila Serin tidak langsung mengigatinya dan sentiasa mengeluarkan kata kesat setiap kali bertemu. Hari demi hari, perasaan benci bertukar kepada sayang. Walaupun ingatannya tidak pulih, Serin merasakan ada sesuatu yang menganggunya setiap kali Zyaf bersama dengan perempuan lain. Dia cemburu. 

Hampir beberapa hari lagi Serin bakal menamatkan kontraknya sebagai CK. Namun Zyaf tiba-tiba mendapat khabar bahawa kenderaan yang dinaiki Serin dan Lisa telah terbabas kedalam gaung dan meletup. Tiada mayat dijumpai namun tiada apa-apa berita daripada Serin. Zyaf hilang arah. Setiap kali dia merindui isterinya, dia akan membaca alquran dan memeluk pakaian isterinya. Ikutkan hati mahu sahaja di ke Amerika apabila menerima khabar tersebut tapi dihalang oleh ibubapanya.

Dalam sedar atau khayalan, Zyaf mendengar dan melihat wajah isterinya didalam bilik. Dia menangis apabila melihat wajah isterinya yang bakal hilang apabila dia tersedar dari mimpi. Namun sangkaannya salah, Serin benar-benar berada dihadapannya. Dia terus memeluk Serin dengan sekuatnya. Rindunya tidak boleh diucapkan dengan kata-kata.

Kehidupan sebagai Serin akhirnya membolehkan dia mengaku bahawa Zyaf adalah suaminya yang sah kepada umum. Penat dia menyimpan rahsia hampir setahun lebih. Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Mereka bakal bersanding namun majlis tersebut tidak dapat diteruskan apabila Serin tiba-tiba hilang. Dia telah diculik oleh Sam, sahabat baik Serin dan Lisa di Amerika. Kejadian itu telah menyebabkan Serin ditembak didadanya apabila ingin menyelamatkan Zyaf.

Pada Jie, ending cerita ini sangat memuaskan. Crystal juga banyak menerapkan nilai-nilai murni dan pada masa yang sama, dia juga menyilitkan potongan maksud ayat al-quran dan hadis. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari novel ini selain daripada kisah bersemut antara Serin dan Zyaf. Paling penting, Jie langsung tak bosan melayan novel ini. Tup tup dah habis, rasa tak puas. Macam nak minta Crystal buat part 2 pula hihihi.

Okay, kita sampai sini dulu. Jumpa dalam post akan datang. Bye Bye

No comments:

Post a Comment