Monday, 7 May 2018

PROLOG : Syurga Cinta

PROLOG

Didalam kesunyian malam, ramai anak muda kota memilih untuk berhibur di pub bagi melepaskan tekanan pada waktu siang. Kelihatan anak-anak muda terkinja-kinja menari mengikut muzik ada pula sedang melayan pasangan masing-masing. 

Kelihatan Sarah termenung mengingati kembali pergaduhan antara dia dan bapanya sebentar tadi. Bait-bait pergaduhan itu bermain diminda Sarah.

***

“Dia tu nak bolot harta papa aje... dia bukannya cinta setengah mati pun dengan papa... papa please la percaya cakap Sarah! Perempuan tu bukannya perempuan baik...” kata Sarah. Dato’ Baha menggelengkan kepalanya. Entah apa yang bermain diminda anaknya itu kini tidak diketahuinya.

“Sarah! Sampai bila Sarah nak fitnah mama Ira, Sarah?

“Sarah hanya ada seorang mama aje! Dan mama Sarah dah meninggal dunia 2 tahun lepas... dan tak ada sesiapa pun boleh gantikan tempat mama! Noktah!” jawab Sarah yakin. Sememangnya dia tidak pernah suka akan kehadiran Sharifah didalam keluarga itu.

“Jaga mulut tu Sarah... mama Ira tak macam tu! Papa yakin yang mama Ira itu tulus cintakan papa... dan dia sayangkan Sarah” Dato’ Baha cuba mempertahankan Sharifah. Dia tahu bahawa Sharifah tidak mempunyai salah apa-apa pun. Masalahnya kini hanyalah sikap Sarah yang tidak dapat menerima kenyataan tentang penggantian tempat arwah ibunya.

“So sekarang papa tak percaya la apa yang Sarah cakap ni? papa lebih percaya perempuan yang bajet alim tu daripada anak sendiri!”

“Sarah! Papa tak pernah tau ajar Sarah kurang ajar macam ni... dia tu isteri papa, secara tak langsung jadi mama baru Sarah juga! Papa mengaku yang papa lebih percaya dia dari Sarah...” kata Dato' Baha berterus terang. Dia sebenarnya kebuntuan. Sarah tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah berkhawin dengan Sharifah. Sarah tidak mahu sesiapa mengantikan tempat arwah ibunya.

“Okey! Fine... papa lebih percayakan perempuan tu daripada Sarah kan! For your information! Sarah takkan pernah terima perempuan tu sebagai mama Sarah... bagi Sarah hanya mamalah satu-satunya mama Sarah  dan tak ada yang lain!” Sarah terus mencapai kunci keretanya.

“Sarah nak pergi mana tu? Dengan skrit pendek! Baju tak cukup kain! Sarah nak ke mana ni?” tanya Dato’ Baha.

“Suka hati Sarah la nak pergi mana? Papa sibuk kenapa? Pernah ke papa ambil tahu pasal Sarah selama ni?” jawab Sarah kasar.

“Papa tanya elok-elok ni! Sarah nak ke mana?” tanya Dato’ Baha sekali lagi.

“Papa tak payah sibuk lagi hal Sarah! Papa pergilah layan perempuan simpanan papa dekat atas tu...” satu penampar singgah di pipi Sarah.

“Jaga mulut tu”

Sarah memegang pipinya sambil memandang kearah Dato’ Baha. Matanya mula merah menandakan bila-bila masa sahaja air matanya akan mengalir. Dato’ Baha melihat tangannya. Inilah kali pertama dia memukul anaknya.

“Sarah! Maafkan papa... papa tak sengaja” Dato’ Bada cuba melihat kesan tamparannya. Dia betul-betul menyesal kerana terlanjur memukul anak kandungnya itu.

“Sebab perempuan tu papa tampar Sarah, baguslah tu! Lain kali bawa sekali kayu terus pukul Sarah sampai mati... lepas tu senanglah hidup papa dengan perempuan tu lagi... tak payahlah nak berhadapan dengan Sarah yang kepala batu ni...”

“Sarah! Papa betul-betul minta maaf”

“Perlu ke papa minta maaf dengan Sarah? Entah apa yang perempuan tu dah hasut papa sampai dengan anak sendiri pun papa sanggup pukul! Baguslah! Dulu secretary sekarang isteri... lepas ni dapatlah harta papa ni!”

“Sarah!”

“By the way, thanks for this birthday's gift!” Sarah terus masuk kedalam keretanya dan meninggalkan perkarangan banglo tersebut. Didalam kereta air mata Sarah mula mengalir seperti tidak mahu berhenti. Dato’ Baha hanya mampu melihat sahaja Sarah berlalu daripada situ. Dia memandang kearah tangga, takut jika Sharifah terdengar pertengkaran antara mereka berdua. Dia menarik nafas dan menghembuskannya beberapa kali untuk menenangkan amarah yang timbul didalam hatinya. Apabila amarah kian berkurangan dia mengatur langkah menuju kebiliknya. Namun didalam hatinya masih penuh dengan perasaan serba salah kepada Sarah.

“Entah apa perempuan tu dah sihirkan papa sampai aku cakap pun dia tak percaya... jaga kau perempuan! Suatu hari nanti aku akan buktikan yang apa yang aku cakapkan betul! Selagi aku hidup kau takkan senang, just wait and see!” kereta yang dipandu Sarah memecut laju dijalan raya. Dia menuju ke salah sebuah pub yang terletak di pusat bandar.

No comments:

Post a Comment