Friday 25 October 2019

3 Cara Mudah untuk Semak Baki MMCARD Anda

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ini Jie nak berkongsi 3 cara mudah untuk semak baki dalam kad kita ala-ala Maybank.2u, CIMB Click dan macam-macam lagi tu. Sebagai mana yang pernah Jie kongsikan sebelum ini, selepas anda memoohon MMCARD anda, anda akan diminta untuk memuat turun applikasi Merchantrade Money untuk memudahkan penggunaan. 

Jadi! Ini adalah cara paling termudah untuk anda semak baki kad anda.

PERTAMA : CAWANGAN MERCHANTRADE

Tak semua orang mempunyai telefon pintar, kadang-kala ada diantara anda yang mempunyai telefon pintar tetapi telefon pintar anda tidak boleh memuat turun aplikasi 'MERCHANTRADE MONEY'. Oleh itu, anda boleh sahaja datang ke mana-mana cawangan Merchantrade dan meminta pekerja yang bertugas untuk menyemak baki terkini anda.

Ingat!! Nak semak baki tu janganlah lupa bawa kad anda. Kalau tak sia-sia je nanti. Semak baki tak dapat, penat berjalan je yang dapat.

KEDUA : APLIKASI TELEFON MUDAH ALIH


Cara kedua ini sering digunakan oleh ramai pengguna MMCARD. Mudah dan cepat. Anda boleh menyemak baki semasa anda dimana-mana sahaja. Tak kiralah tengah mandi ke, makan ke, berenang ke yang penting anda memiliki aplikasi yang Jie sebutkan tadi.


Anda terus " Log Masuk " kedalam aplikasi. Nanti dekat bawah gambar kad itu dia ada keluar "Semak Baki ". Anda terus tekan sahaja. Nanti dia akan tunjukkan berapa baki yang masih ada di kad anda.

KETIGA : LAMAN SESAWANG

Layari www.merchantrademoney.com untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment