Thursday 15 August 2019

Penyatuan Dua Jiwa -- Shazwan & Aishah --

ASSALAMUALAIKUM 

Jodoh pertemuan semua telah ditentukan sejak kita dilahirkan dimuka bumi ini. Maka kita hanyalah pelakon yang perlu mengorak langkah dengan daya kreativiti kita sendiri untuk menjadikan teater dipentas lakukan semakin menarik dan terbaik. Cepat atau lambat, kita hidup diatas dunia ini berpasangan.

Alhamdullilah angah @ Shazwan dan Aishah telah terikat menjadi suami isteri apabila lafaz nikahnya telah berjaya pada cubaan kedua. Apabila melihat ayah kepada Kak Aishah memberi tanggungjawabnya kepada wali hakim. Segala lafaz nya membuatkan Jie agak sedih. Terpancar diwajah seorang ayah yang berat untuk melepaskan puteri kesayangan mereka.

Apabila mereka berdua sah menjadi suami isteri maka bergalihlah tanggungjawab seorang ayah kepada suaminya. Jie tahu memang berat nak lepaskan tanggungjawab yang kita tatang bagai minyak yang penuh ketangan insan yang belum tentu lagi dapat merawat dan menjaga anak mereka seperti yang mereka lakukan. Namun cepat atau lambat, ianya akan berlaku juga.

Melihat wajah ceria di muka Kak Aishah, Jie juga dapat merasakan kebahagian antara mereka. Mungkin mereka bukanlah pasangan yang sempurna pada awalnya, tetapi mereka mencuba dan berjaya menuju keperingkat seterusnya.

Tanggal 11/08/2019 , Shazwan dan Aishah telah sah menjadi suami isteri. Bertempat di kediaman Aishah, berwali hakim kerana kesihatan bapanya yang tidak memberangsangkan. Jie minta semua doakan supaya bapa Kak Aishah diberikan kesihatan yang baik.

Hantaran pihak lelaki
(Belah perempuan tak sempat nak snap, dah balik)
Mereka dengan sepakat kedua belah pihak telah memilih dulang hantaran 5 berbalas 7. Sungguh simple tetapi nampak bergaya. Apa yang kelakar pada majlis tersebut apabila abang dan adik pengantin lelaki nampak lebih banyak berpeluh daripada pengantin sendiri. Sampai Jie pun keliru siapa sebenarnya yang ingin akad nikah. Pengantin lelaki lebih kelihatan sempoi dan tenang sahaja. Mungkin aura tu dah beralih kepada abang dan adik supaya pengantin lebih tenang untuk menjalani proses akad nikah.

Kalau Jie kata tak nervous tengok angah akad nikah memang bohong lah. Tapi sebenanrnya setiap kali Jie pergi majlis akad nikah orang, Jie memang lebih nervous berbanding pengantin. Bukan apa, kita menjiwai sekali perasaan pengantin hihihihi...

Setelah beberapa bulan menikah akhirnya tarikh keramat kedua mereka telah tiba. Majlis persandingan kedua mempelai kita pada 07/12/2019 yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Solok. Majlis sangat meriah. Pengantin sempat beramah mesra dengan tetamu. Tetamu tidak putus-putus walaupun hari semakin lewat. Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar.

Kalau ada majlis perkhawinan, mesti tidak asing lagi dengan DJ. Kalau ada DJ pula bermaksud ada Karaoke. Untuk majlis kali ini Jie tarik diri awal-awal sebab kena amik adik yang baru balik camping. Maka artis tetap kita iaitu Kak Midah telah menyumbangkan beberapa lagu dan ditemani anak beliau, Hana. Kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil, suaranya berapi.

Kalau nak kata pasal makanan, sumpah Jie tak tipu. Makanan dia memang cukup pakej. Tak adalah liat sana, darah sini. Semuanya on point. Cukup rasa cukup rempah. Nasi hujan panas. Jangan ditanya berapa kali Jie tambah, malu kita.

Okay, sampai disini dulu cerita Jie kali ini. Apapun, Jie doakan agar masjid yang dibina kekal sehingga ke Jannah. Bergaduh, berselisih faham itu merupakan asam garam dalam sesebuah perhubungan. Paling penting jangan mudah melenting atau menghukum atas sesuatu yang belum pasti. Love you guys ...




Sayonara ...

No comments:

Post a Comment