Thursday 15 August 2019

FAREWELL MAYBE ...

I WILL GONNA MISS YOU ...

Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Tidak kira bagaimana kita sayang akan satu perhubungan itu, akan berlakunya perpisahan walaupun tanpa rela. Sebagaimana yang korang tahu, Jie baru bekerja ditempat yang baru dan bohong kalau Jie katakan yang Jie tak rindu dengan suasana tempat kerja lama. Hampir bertahun Jie bekerja disana. Bermacam ragam. Dari pihak customer ataupun pekerja dekat situ. Apa yang boleh Jie katakan... I really miss you

Eh! sebelum tu lupa pulak ... ASSALAMUALAIKUM :)

Okay sambung balik, hampir sebulan lebih Jie meninggalkan mereka. Semakin ramai diantara mereka juga berhenti dengan pelbagai alasan yang tersendiri. Ada yang dapat sambung belajar dan ada juga yang 

Oleh itu, ada diantara mereka telah membuat keputusan untuk kumpul beramai-ramai sebelum mereka yang pergi sambung belajar tu pergi belajar hihihi. ( Jie ucapkan TAHNIAH kepada adik-adik Jie yang berjaya sambung belajar) . Kalau tak buat sekarang memang entah bila lagi la boleh kumpul ramai-ramai kan .

Bagi pemilihan tempat memang sukar untuk kami pada masa itu . Mana tidaknya, kita orang masa tu bukannya sikit-sikit punya orang . Ada dalam 30 orang atau lebih masa tu . Makanya kami telah memilih Sarahana Cafe disebabkan harga yang berpatutan dan tempat yang sesuai . Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar . Pada masa yang sama, kami juga menyambut birthday mereka yang lahir pada bulan Mei, Jun dan Julai .

Okay ini ada satu video yang sempat Jie edit . (Datang mood rajinlah katakan hehe) .  Ada agenda kejar mengejar tau, jom tengok ...


Dan ini pula video dari kawan Jie . Amirah Fairuz .



Sampai disini dulu cerita dari Jie, kita berjumpa lagi dalam penulisan seterusnya . bye bye

No comments:

Post a Comment