Thursday 18 July 2019

2.5.8.3

ASSALAMUALAIKUM ...

Kalau ada yang mengikuti perkembangan Kak Jie dari dulu mesti korang tahu yang sebelum ini Kak Jie akan bekerja part-time atau full time sebagai cashier di sebuah Pasaraya dekat Muar ini. Pejam celik dah hampir 7 tahun Kak Jie macam itu. Mana taknya, sejak lepas SPM Kak Jie tak pernah pun minta tempat kerja lain.

Alhamdullilah setelah hampir setengah tahun Kak Jie berjaya menghabiskan pelajaran, Kak Jie berjaya mendapatkan kerja baru. Tapi bukan mengikut kos Kak Jie pun. Masa dapat tawaran tu, Kak Jie tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan tu. Gembira tapi dalam masa yang sama sedih sangat.

Setelah habis latihan industri, Kak Jie kembali bekerja di pasaraya sementara menunggu panggil kerja lain. Dalam masa itu juga, banyak kenangan telah tercipta dengan semua cashier dekat sana. Biasalah, apabila bekerja dengan ramai orang jadi bermacam ragam lah. Tapi ragam bermacam itulah yang menjadi kita semua unik.

Terima kasih sentiasa layan akak, walaupun akak tahu perangai akak ni kebanyakkannya pelik-pelik dan merepek. Perangai nakal tu, kita bincang tepi okay. Kantoi pulak nanti hihihi.

Kalau ada yang terasa dengan perangai akak, minta maaf eee ... Biasalah kalau dah sampai mood swing, korang panggil ke cuit ke cepat je akak naik angin. Tapi lepas tu kita baik kan hehehe ...



Terima kasih juga kepada peminat setia Kak Jie sorang ni, Amirah Fairuz. Banyak sangat kau buat untuk pujuk akak. Kadang-kadang akak main-main je, sekali kau bagi betul-betul hahaha. Yang paling tak sangka, banyak betul eak koleksi gambar akak dalam fon kau ni. Hahaha ... seram dibuatnya hahaha.

Bagi adik-adik yang nak masuk belajar tu, akak doakan korang berjaya dalam apa sahaja yang korang pilih. Nasib setiap manusia tak sama dik, ada yang cepat ada yang lambat. Tapi sabar itu yang penting. 

Mungkin akak tak ada dalam situasi itu. Memang mudah untuk berkata-kata dan tak mudah bagi yang menghadapi. Paling penting korang semua kena kuat dan sentiasa dekat dengan-NYA. DIA sentiasa akan ada jalan keluar untuk masalah kita. Jangan pernah putus harapan tau.

Okaylah, akak masih rindu setiap moment akak dekat sana. Walaupun hampir 2 bulan akak berhenti. Love you alls sooooooo much.

No comments:

Post a Comment