Tuesday 26 February 2019

Ashrafina Birthday Surprise

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua, dah lama rasanya Kak Jie tak berkongsi cerita dengan pembaca semua. Maaflah Kak Jie agak sibuk dengan kerja sampai tak 'rajin' nak sentuh laptop dan menaip hehehe. Okay! meh kita start...

Pada 23/02/1996 dan 24/02/1998 yang lalu telah lahir seorang bayi perempuan dan lelaki kedunia ini. Masing-masing menjalani kehidupan masing-masing sehinggalah mereka berdua dipertemukan di sebuah shopping mall. Mereka berdua bertugas bersama. Lama kelamaan hubungan mereka semakin rapat.

Tahun ini agak berbeza untuk mereka berdua. Disebabkan tarikh lahirnya terlalu hampir menyebabkan kami tak tahu nak bagi apa hahaha. Jadi kami sering bertanya satu sama lain. "Nak bagi hadiah apa ek dekat Arina dengan Bobo?" Soalan itu telah bertemu dengan pelbagai jawapan dan akhirnya soalan itu telah mencapai satu persetujuan iaitu " Ang kata nak ajak keluar makan"

Dari jawapan itu, telah terbinalah satu plan dimana nak buat suprice party dekat kedai makan. Tapi itulah, soalan 'makan mana' tu merupakan satu persoalan yang besar untuk semua orang. Hampir dua tiga hari juga sebelum kejadian kami masih tak boleh nak selesaikan soalan 'makan mana' tu... Hahaha

Sehinggalah sehari sebelum kejadian, Kak Jie cakap satu tempat makan yang dah lama Kak Jie nak pergi dan telah mencapai persetujuan semua. TAPI!!! Plan berubah sekelip mata. Apa guna kalau nak buat suprice party tapi tuan badan tak nak datang dengan alasan 'hujung bulan la'. Adoyaiii, masa tu memang terus pening tapi kami terus dapat perancangan nak buat suprice dekat dataran je.

Masalahnya sekarang macam mana nak bawa mereka berdua tanpa ada timbul sebarang syak wasangka dalam diri mereka. Maka timbullah beberapa kumpulan untuk menyelesaikan masalah ini.

Kumpulan A : Ainul dan Amira Fairuz (Ditugaskan untuk bawa Arina ke Tanjung)
Kumpulan B : Fadzli dan Muaz (Ditugaskan untuk bawa Bobo ke Tanjung)
Kumpulan C : Joey, Hoe Shi Kim dan Lee Jia Min (Menyediakan kek, order pizza dan kelengkapan party)
Kumpulan D : Kak Jie, Asyiqin, Farah, Nana, Kak Aminah, Ang, Haidah, Syafie, Intan, Farhana dan Tan Zhe Ting (Bawa diri dan persiapan diri untuk party)

Jadi kumpulan C ditugaskan untuk set up tempat dan keperluan memandangkan mereka balik awal. Manakala kumpulan A dan B pula bawa target ke Tanjung. Kumpulan D pula kena cover kumpulan yang lain masa ditempat kerja supaya target tak dapat tangkap rancangan kami. Cuma kali ini mudah untuk kami sebab Bobo tak kerja. Jadi tak payah la nak cover sampai dua orang hahaha.

PLAN A
Kumpulan A dan B akan bawa target masing-masing ke Tanjung. Dalam masa yang sama, kumpulan C akan menyediakan peralatan dan kelengkapan dekat belakang pentas dataran. Jadi apabila Kumpulan D balik kerja, mereka semua akan bergerak ke belakang pentas secara beransur-ansur.

Tapi langit tak selalu cerah. Kebetulan, malam itu dekat dataran ada event. Makanya port untuk plan A musnah. Untuk sementara waktu, Kumpulan C berkumpul disebelah tandas awam disebabkan itu sahaja tempat yang tertutup dan mudah untuk mereka menyediakan kelengkapan suprice. Dalam masa sibuk menyediakan kemudahan ada salah seorang bertanya kepada Kak Jie. "Akak! Pondok tu ada orang tak?"

PLAN B
Tanpa berlengah Kak Jie dan Jia Min pun pergi tengok pondok tersebut. Alhamdullilah clear. Maka semua barang dan makanan dipindahkan kesana. Pizza dan balon diletakkan dibawah kerusi manakala kek dan spray dipegang oleh masing-masing. Apabila semua persiapan siap, kami terus beritahu kumpulan A dan B untuk ketempat kami. Untuk pengetahuan korang, sementara kami berpindah randah dengan barang-barang tu, kumpulan A dan B dan berjumpa satu sama lain. Jadi tinggal mereka ketempat kami je.

Setiap orang cari port sendiri untuk menyorok. Ada yang dibelakang pokok dan ada yang kat belakang batu. Jangan tanyalah macam mana kami menyorok. Nasib baik situ banyak pokok besar, mudah untuk kami menyorok.

Bila tiba masanya, mereka kumpulan A dan B sampai sahaja dipondok. Target pun dah selesa dekat pondok. Makanya, kami semua keluar bersama kek dan spray hehehe... Nak tahu macam mana keadaannya? Jom tengok video yang tak seberapa ini.


Okaylah! suprice settle! Dia orang sambung pergi main funfair pula. Adoyaiii... Nah sedikit gambar yang boleh Kak Jie share. Jumpa lagi daaa



Belakang pokok Kak Jie menyorok



No comments:

Post a Comment