Tuesday 16 April 2019

Empat orang menjadi mangsa apabila rakan sekerja mereka...

ASSALAMUALAIKUM

Holla... Apa khabar semua? Kak Jie harap semua baik2 sahaja.  Kak Jie pun alhamdullilah sihat. Kalau batuk2 tu perkara biasalah. Hehehe.

Kalau ada yang ikuti penulisan Kak Jie sebelum ini, pasti korang tau mengenai Ashrafina Birthday Surprise 

Kali ini 4 mangsa menjadi korban apabila rakan sekerja menjadi dalang. Meh sini Kak Jie buat list tugas dan group yang muncul untuk surprise kali ini. 

Kumpulan A : Joey & Shi Kim
Kumpulan B : Haidah, Farah & parents Farah
Kumpulan C : Amirah Fairuz & Arina Maryam
Kumpulan D : Semua yang terlibat 

Berbeza dengan sebelum ini, kali ini kami memilih kedai makan sebagai tempat surprise memandangkan plan sebelum ini tak menjadi. Untuk kena kan 4 orang sekali gus bukan mudah guys!!  Ada yang dah berhenti lagi tu. 

Orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Dalam 19 orang dalang takkan lah tak ada idea yang bernas nak kenakan mereka kan. Cuma kali ini kami beritahu dua mangsa tentang semua plan kami mengenai surprise ni kecuali yang ada berkaitan dengan mereka berdua ( Eqin & Ang ) sebab kami tahu, mereka berdua memang takkan dapat agak yang mereka terkena sekali. 

Bermula apabila Joey & Mariam usulkan plan ni dekat Kak Jie. Tapi masa tu, Mariam hanya sempat bagitahu 2 nama sahaja ( Nana & Jia Min) bila dia tiba2 berhenti apabila Muaz, Fadzli, Ang & Lau lalu dekat kaunter Kak Jie. Sebenarnya Joey dia usulkan balik perkara bulan lepas bila Kak Jie lupa tentang birthday Eqin & Ang disebabkan masa tu dah nak buzy dengan stock take. 

Bila Joey dah bagitahu nama mangsa, Kak Jie terus buat list nama dan suruh Amirah Fairuz buat group WhatsApp.  Sebab kalau tak bincang dalam group memang senyap je semua tu.  Dalam group tu kami bincang semua plan dan persiapan. Yang tak masuk group sorry ye... Kak Jie tak masukkan list sebab tahu korang memang tak dapat join pun 😅😅

Hari Kejadian (11.04.2019)

Kumpulan A pula dah ajak Jia Min keluar makan dengan alasan Tan ajak keluar. Apa yang kelakarnya, kali ini Tan pun tak dapat nak join sebab ada perkara-perkara tertentu yang tak dapat dielakkan. Dikukuhkan lagi alasan bila Joey cakap kami nak sambut birthday Nana rabu hadapan ( 17.04.2019 ). 

Kumpulan B pula, trick dah bermula dua hari sebelum keejadian. Bila Farah bagitahu plan nak kenakan Nana kepada Papa mereka. Nak dijadikan cerita,  kononya papa Nana tak boleh nak jemput mereka berdua balik malam tu disebabkan ada meeting dengan client dekat Melaka. Jadi Nana cepat2 WhatsApp Haidah untuk tumpang balik. Dari siang, Farah dah main peranan bila teringin makan ketam. Jadi malam tu mereka bertiga akan keluar makan sebelum balik. 

Kumpulan C datang awal ke tempat pilihan kami ( Sarahana Cafe) untuk setup tempat biar lagi smooth bila mangsa datang. Untuk tempat Bobo dah booking awal untuk 23 orang tapi last minute ada pertambahan. Mereka berdua juga tolong orderkan makan bagi mengelakkan makanan datang lambat disebabkan terlalu banyak order. 

Kumpulan D pula akan terus ke tempat kejadian dengan alasan kononnya nak sesama lepas kerja. 

Now everything is on plan!!  Sorang2 pergi ketempat yang dijanjikan.  Kumpulan A janji dengan Jiamin dalam pukul 10 lebih, jadinya mereka bertiga akan tiba dahulu. Bila terjumpa dengan cashier yang dah sedia ada,  dia orang ajak duduk sesama.  Tinggal tunggu Kumpulan B pula. Kumpulan B ini agak lambat dari biasa sebab kena tunggu Haidah abis kerja dulu dekat office.
Farhana pula dengan alasan nak ke Seremban sebab ada urusan tanah cepat2 balik. Sebenarnya dia nak ambil kek yang kita orang dah tempah awal tu...  

Kek agak sampai lambat sikit, disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan.  But everything berjalan dengan lancar. And we love the cake so much. Thanks Dila_bakery . 

Lepas bayar semua, masing2 berkumpul agak jauh sikit dari kedai. Nak ambil gambar beramai2. Cuba korang teka apa yang terjadi lepas tu?  Another surprise for them dengan sedikit letupan dan krim. Hihihi

Masa tu Eqin bukan setakat makan kek dengan Chicken chop tapi tambah lagi dengan spray krim tu. Kak D pula dapat hadiah dari Pie, bila letupan tu terkena mata dia.


Dan semuanya berjalan dengan lancar. Happy birthday baby March and April. 

Done for today!!  Next time siapa pulak yang kena??  Adioss 😉

No comments:

Post a Comment