Saturday 17 November 2018

My Happy Graduation Day

ASSALAMUALAIKUM


Hai apa khabar semua? Dah lama rasanya Kak Jie tak update lepas review buku haritu. Insyaallah, kalau Kak Jie ada masa lapang memang Kak Jie akan update sebulan empat kali atau lebih berpandukan kesibukan dan perkongsian. Kali ini Kak Jie nak kongsi one of most important day in my life. Korang rasa apa? yup... My Graduation Day!!! (tengok kat header dah tahu kan hihihi)

Serious Kak Jie cakap, Kak Jie tak pernah terfikir yang suatu hari nanti Kak Jie berpeluang naik ke pentas untuk mengambil segulung Ijazah. Selama ni tengok orang lain je, tapi kali ini alhamdullilah Kak Jie berpeluang merasai sendiri. Siapa sangka seorang gadis yang tiada A dalam SPM dan tidak mencapai target dalam STPM kini berjaya menamatkan pengajian dalam Bachelor of Communication with Honour.

Okay Kak Jie nak share sikit perjalanan sebelum hari besar tu!!

14/11/2018

Seawal 5.30pm Kak Jie bertolak dari rumah ke UPM untuk amik adik Kak Jie. Sampai-sampai sana dah pukul 8pm. Selesai menunaikan kewajipan, kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu UPSI. Kali ini kami sampai lambat sikit dari jangkaan sebab sesat kat KL. Mana taknya, dengan keadaan malam ditambah dengan hujan renyai-renyai. Kak Jie ni kalau jalan KL memang tak tau, 100% berpandukan GPS je hehehe. Pusing punya pusing, pukul 11pm kami sampailah kesana. Ngam-ngam adik Kak Jie abis ujian. Dekat sana rehat kejab sementara tunggu adik Kak Jie amik barang dia kat bilik. Lepas tu sambung lagi ke RNR terdekat dan ada pam minyak. Sebab dah masuk tol baru perasan minyak tinggal satu bar (careless gila).

Drive punya drive, dah tiga RNR lepas tapi semua RNR kecik. Cuma ada tempat rehat je. Masa ni Kak jie memang dah stress abis, mana tau dibuatnya minyak habis tak jumpa pam minyak. Dengan malamnya lagi, perempuan semua pula tu. Sampai Kak Jie nekad, kalau lepas ni tak jumpa juga RNR yang ada pam minyak, Kak Jie sanggup exit mana-mana pergi isi minyak. Tapi alhamdullilah kami jumpa juga RNR yang ada pam minyak (RNR Tapah). Sampai sana dalam pukul 12lebih dekat-dekat pukul 1am juga. Terus Kak Jie park kereta dan berenti makan dan rehatkan diri. Iye lah, dekat 7 jam Kak Jie drive sorang. Mau berbintang mata Kak Jie dibuatnya. Tunggu punya tunggu, pukul 1 lebih lagi dua kereta sampai. Dia orang pun penat gak masa tu, jadi dia orang sambung lepak makan dulu. Punya malas Kak Jie nak isi minyak kereta, Kak Jie terus bagi kunci kereta lepas abah Kak Jie sampai. Dia terus isi FULL hahahaha... mana taknya, perjalanan masih ada berbaki dalam 6 jam lagi.


Lepas rehat semua, kami teruskan perjalanan. Kali ni Kak Jie dah tak drive, driver dah bertukar dah. Makanya sepanjang berbaki 6 jam tu, Kak Jie tidur. Nak hilangkan penat badan tu. Tapi tak tidur lama pun. Mungkin sebab terlalu nervous untuk hari esok atau terlalu excited dengan perjalanan yang mengambil masa berbelas jam ni hahaha...

15/11/2018

Today is THE DAY!! Kak Jie terlalu excited dan risau pada masa yang sama. Pagi tadi dalam pukul 5.45am kami dah sampai. Disebabkan check-in homestay kul 12 makanya kami rehat-rehat dulu dekat masjid UUM. Alhamdullilah dalam pukul 9am kami dah boleh check-in sebab customer sebelumnya keluar awal. Disebabkan dah sampai awal, sebelum check in Kak Jie dan sepupu pergi jumpa kawan sepupu Kak Jie (Izyan) untuk amik jubah dan segala kelengkapan. Sebelum tu, terima kasih Yan kerana banyak memudahkan kerja akak dan bantu akak amik jubah. Kalau nak disuruhkan Kak Jie ke UUM semata amik jubah memang impossible!! Johor ke Kedah bukannya dekat sayang oiii.

Lepas check in, para ibu memulakan operasi didapur manakala para bapa ada yang tertidur sebab penat drive semalaman dan anak-anak kecil pula menyambung tidurnya hahaha.. termasuk la Kak Jie, ikut tidur sekali. Tapi sebelum tu, kami ada ke satu shopping mall ni untuk cari baju baru tapi last-last kedai tu buka pukul 12. Mana sempat, Kak Jie punya sidang mula pukul 2. Belum tolak tambah jalan jem nanti. Maka kami pun baliklah dengan hati yang lara.

Selepas siap solat semua, Kak Jie bertiga gerak dulu ke dewan. Like usually, im late guys!! dengan sesat nya lagi. Salah dewan lagi tu. Nasib baik ada yang membantu, terima kasih. Sampai-sampai dewan tu, pensyarah dah tunggu. Suruh masuk, muka memang dah nervous habis la. 

"Eh zizah, muka cuak je... cuba relaks sikit" ada masa lagi lecture kesayangan Kak Jie ni melawak. I really miss u Miss and Madam. Nak borak lama tak boleh. Mampu peluk cium je masa tu. Lepas tu terus cari tempat duduk berpandukan nama kat depan tadi. Tengah dok mencari tempat duduk, ada orang panggil. Kawan Kak jie panggil tunjuk tempat duduk. Nasib baiklah tempat duduk Kak Jie tu senang nak masuk, bukan diantara orang ramai. Kita duduk tepi jerk huhuhu..

Lepas taklimat sikit, kami bergerak masuk kedewan besar dimana aku tersesat tadi hahaha.. Masa ni mengah tak habis lagi. Mana taknya, Kak Jie berlari dengan kasut tinggi turun bukit dan lepas tu naik balik bukit tadi untuk ke dewan besar. Masa tu tak fikir lagi tentang mekap cair ke apa, apa dalam fikiran Kak Jie masa tu, kerusi dan aircond. Kak Jie nak duduk dan hilangkan peluh-peluh kat badan tu. Mauk-masuk je semua berjalan lancar. 

Paling Kak Jie suka adalah persembahan mereka yang superb best dan iringan muzik yang dashyat habis. Walaupun kami sesi 9 (sesi last) tapi memang meriah habis. Terima kasih UUM kerana bagi kami pengalaman yang amat berharga ini. 

Masa dah habis sidang, kami keluar dengan iringan muzik yang sangat menyentuh hati. Tapi Kak Jie tak ingat lagu apa. Keluar dewan je, Kak Jie terus cari family Kak Jie. Lepas tu bergambar dengan kawan sekejab dan terus balik. Penat memang penat tapi berbaloi.

Done for today... meh Kak Jie kongsi sikit gambar konvo Kak Jie. #JanganKecam 


















No comments:

Post a Comment