Friday 1 June 2018

PLEASE!! I'M BEGGING YOU ...

ASSALAMUALAIKUM

Hai apa khabar semua? Dah lama juga Kak Jie tak munculkan diri dekat sini. Awal puasa ini, Kak Jie diuji dengan pelbagai perkara tapi alhamdullilah semuanya dalam diselesaikan dengan mudah.

Okay post kali  ini berkaitan dengan attitude seller-seller online dekat luar sana. Baru-baru ini kawan Kak Jie ada beli barang online di Instagram. Barang apa dan siapa biarlah rahsia, cukuplah hanya Kak Jie dan beberapa orang sahaja yang tahu siapa kah seller itu.

Bukan Kak Jie nak membawang ke mengunyit ke meng apa pun istilah yang budak-budak sekarang guna. Kak Jie cuma nak nasihat je.

Dik. Dalam berniaga tidak kira lah siapa pun, kita kena jaga hati customer itu walaupun dia hanya bertanya harga. Jangan anggap apabila customer itu bertanya mengenai sesuatu yang lari sikit dari tajuk dianggap SCAMMER atau SAJA NAK KACAU!

Perkara biasa kalau customer minta nombor tracking. Tapi jangan lah sampai customer tu kecil hati sampai pelbagai bahasa censored boleh keluar. Bulan puasa ini bulan yang mulia, kita bukan hanya bertahan lapar dan dahaga sahaja, tapi inilah masa kita belajar untuk membentuk diri kita kearah lebih baik.

Kalau nak kata korang ramai customer dan penat melayan satu-satu dengan perangai yang berbeza. Kak Jie sendiri pun rasa perkara itu. Kak Jie pun ada la buka online business untuk menambah pendapatan sebagai seorang pelajar. Ini lah orang cakap time management! Learn it and you will have a good result in your future.

Terserah lah kalau korang rasa Kak Jie suka cakap benda tak berasas atau jangan suka menuduh orang tanpa bukti. Entah2 kawan Kak Jie tu kot yang start mula dulu sebab tu seller tu mengamuk.



Sekarang ini terserah dekat korang nak apa. Tapi PLEASE dan Kak Jie MERAYU sangat kepada seller-seller dekat luar sana. Jagalah bahasa kita dengan sesiapa pun, kalau tak nak layan pun janganlah buat sampai macam ini. Meniaga mesti nak untung, tapi kalau seller have  a good attitude, Kak Jie yakin 100% yang customer akan repear order dan itulah yang bakal menaikkan perniagaan kita.

Maaflah kalau Kak Jie teremosi atau apa... Kalau ada salah dalam penulisan Kak Jie kali ini,
Kak Jie minta maaf.

Apapun kita buang emosi yang tak terkawal itu, dan Kak Jie nak ucapkan selamat menyambut ibadah puasa . Ehem! baju raya berapa pasang hihihi

No comments:

Post a Comment