Monday, 3 October 2016

PUNCAK BATU PUTIH, TELAH KU TAWAN

ASSALAMUALAIKUM 


Selamat menyambut awal muharam kepada semua umat islam tak kira anda berada dimana-mana sahaja. Nak tanya ni, baca ke idak doa akhir ngan awal muharam hari tu hihihi

Cuti-cuti gini mesti masing-masing keluar dengan keluarga tercinta atau bagi mereka yang bekerja atau pelajar yang duduk jauh, mereka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah atau duduk dirumah sahaja. Yelah! nak keluar comfirm kenderaan banyak. Orang semua nak keluar masa tu. Serius SS cakap memang jalan kebanyakannya jem yang sampai boleh menaikkan darah orang je.

Okay kembali kat SS pulak. 

02/10/2016

Bersempena awal muharam SS dengan beberapa kawan SS plan naik Puncak Batu Putih yang terletak antara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan. Seriously SS nak bagitahu, sebenarnya inilah kali pertama SS buat benda-benda macam ni. Sebab apa buat? SS buat sebab SS minat dan teringin. 
Nak tengok pengalaman kami? meh tengok video ni. 

credit by : faez sobahi
permandangan dekat atas sana tu dengan permandangan yang kat bawah ni memang jauh bezanya. bila dekat atas tu, bermacam-macam kita boleh tengok. memang la kalau kat atas tu dah fikir kalau jatuh memang jadi lempeng aku dibuatnya. tapi SS suka. 

bila ada kesempatan lagi memang SS nak pergi lagi dan nak cuba yang lagi tinggi. 
but MOST IMPORTANT thing is!!!

STAMINA

kalau nak cerita memang sampai kesudah memang tak habis lah.. yg penting awok-awok semua kena pergi dan rasai sendiri macam mana pengalaman tu. kalau newbie macam SS ni boleh bawak kawan-kawan yang berpengalaman. bukan apa... takut kalau ada apa-apa terjadi dia orang ni ada pengalaman nak rescue.

Okay la... sayonara 

No comments:

Post a Comment