Saturday, 2 April 2016

Jelita Ostrich Farm





assalamualaikum. hello hai semua reader . kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku dekat Jelita Ostrich Farm . Sebelum ini kami memang tak tahu yang wujudnya tempat sebegini di Seremban. Semuanya gara-gara ingin mencari tempat yang dekat untuk buat projek untuk subjek Multimedia. Kalau ikut perancangan utama kami nak buat pasal Pantai Klebang, Melaka tetapi disebabkan ada beberapa kengkangan maka terjumpalah tempat ini.

Hanya dengan bayaran RM10 anda semua dapat naik ostrich dan dapat sijil. Dekat sana semua ostrichnya ramah tamah. Masa kita orang datang je sana semua ostrich kejar kami . Kata orang yang guide kami Ostrich rabun. hanya beberapa warna sahaja yang dia tahu

merah : kawan
hijau : rumput
kuning : jagung

kalau dia tak suka kita dia akan tendang dan tendangan dia boleh membawa kita ke alam lain hehe. selain dari pengalaman menaiki ostrich kita juga boleh bagi makan dekat mereka. 


tahukah anda bahawa telur burung unta boleh menahan beban sebanyak 200 lebih?
ya! kalau anda pijak telur tu dan pecah maknanya bila anda balik, anda perlu kurangkan berat badan





antara tarikan lain adalah kambing ,  kuda , ayam belanda . 

okay lah nothing to say. bila video dah jadi aku upload sini okay..
adioss

No comments:

Post a Comment