Wednesday, 30 March 2016

ALPHA OPEN DAY


Hello hai readers. Bermula 18hb mac 2016, kolej kami telah mengadakan ALPHA OPEN DAY . Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti MasterChef Alpha, ACT Voice, Sukan dan pelbagai lagi. Melalui aktiviti ini, banyak bakat baru yang muncul . AOD ini juga diadakan bagi memberi ruang untuk calon MPP baru untuk mengutarakan manifesto mereka dan dalam masa yang sama untuk pelajar mengenali lebih dekat siapa yang bakal menjadi MPP kolej. 
Serius aku bukanlah seorang yang aktif dalam aktiviti sebegini. mahu tapi malu haha. Okay tapi dalam banyak-banyak aktiviti yang bekas MPP buat aku hanya berminat pada game ni je. PERMAINAN TRADISIONAL.
Banyak mainan zaman kanak-kanak aku masa ini. Antaranya :
  • Galah Panjang
  • Baling Tin
  • Pancing Botol
  • Baling Selipar
  • Congkak
  • Batu Seremban
  • Dam Haji

Menang kalah tu adat permainan. tapi pengalaman yang kita dapat tu lah yang paling berharga. kalau budak sekarang ni lebih banyak menghabiskan masa di hadapan kami dulu lebih banyak menghabiskan masa dibawah cahaya matahari dan bermain bersama kawan haha.

Sebagai penutup AOD, kami mengambil kesempatan ini untuk berniaga sambil mencari dana untuk projek PR kami. Bukan mudah untuk menjalankan sesuatu projek tanpa usaha yang kuat. Disini kami bersama kumpul mencari dana untuk projek kami. Kami terbahagi kepada 3 kumpulan yang melakukan projek yang berbeza tetapi dengan satu matlamat. Autism, Cancer, dan anak-anak yatim.




Kami menang sebagai BOOTH PALING MERIAH dan TERBAIK
busking dari BCOMM sem4
Akhir sekali aku nak ucapkan tahniah kepada TWINTECH SEM4 sebab muncul juara. Tahniah juga kepada BAYU ARCADIA muncul sebagai BOOTH TERCANTIK KREATIF. Tahniah juga kepada kami .

TERIMA KASIH kami ucapkan kepada mereka yang menderma. Jasa anda memang tak dapat kami balas. TERIMA KASIH juga kepada Sir CK sebab selalu menyokong kami dan sentiasa ada untuk kami disaat jatuh bangun kami.


No comments:

Post a Comment