Leadership Class : Cross Border Travel & Tour
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Senah harap semua sihat-sihat belaka, senah disini pun alhamdullilah sihat. Adat dalam pembelajaran dan pelajaran apabila kita membuat silap. Tapi kali ni senah bukannya nak cerita orang buat salah ke tidak. Senah nak cerita about our company hihi
Alhamdullialh selesai sudah cerita pasal AOD sebelum ni. Kali ini pula Senah nak cerita pasal presentation yang bakal kami lakukan mungkin minggu hadapan atau 2 minggu lagi. Itu bergantung kepada siapa berjaya merebut turn present.
Kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan kumpulan kecil itu akan membentangkan syarikat pilihan mereka. Jika sebelum ini terdapat kumpulan telah membentangkan tentang syarikat Nestle dan Samsung dan pada hari pula tentang syarikat Petronas dan Malaysia Airline .
Banyak info yang kami dapat ketahui melalui sesi pembelajaran seperti ini. Walaupun kelihatannya seperti membuang masa tetapi dalam masa yang sama ianya dapat menambah input dalam diri kita. Kita juga akan banyak membaca dan berusaha sebaik mungkin untuk menjawab pertanyaan daripada rakan-rakan kita. Disamping itu dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berucap dihadapan orang ramai. THIS IS COMMUNICATION haha
Walaupun dua minggu terlepas peluang untuk bentang syarikat kami tapi dari situ kami dapat melihat dan mencari kelemahan kami melalui mereka. Banyak input yang boleh kami baiki untuk memantapkan lagi persembahan kami nanti.
CROSS BORDER TRAVEL & TOUR dan isunya penipuan pakej? apa yang bakal berlaku? bagaimana kami membanteras masalah ini? apa yang bakal kami lakukan untuk meningkatkan lagi prestasi kami? nantikan . .
Ada gaya director filem tak. okaylah saje je menulis malam ni, nak melepaskan stress assignment yang melambak. Poster! Video! Templete! Written Assignment individu & group
Hope everything gonna be okay.
SEBELUM TERLUPA. Senah nak jemput sesiapa yang berdekatan dengan Seremban 2 untuk menghadiri KEMPEN KESEDARAN TERHADAP 'AUTISM' sempena bulan kesedaran autism ini. Kempen ini anjuran pelajaran semestar 4 Bachelor of Communication Kolej Teknologi Alpha (KTA) bekerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM)
HARI : SABTU (30 APRIL 2016)
MASA : 8.30 AM - 1.00 PM
TEMPAT : ROYAL HOTEL, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
ANJURAN : Pelajar PERKOM Semester 4 dengan kerjasama Louis Center.
TEMA : Biru putih / hitam
*terbuka kepada semua warga seremban dan mereka yang berminat.
okay selamat berjumpa lagi. muahh
No comments:
Post a Comment