SETELAH 10 TAHUN JIE KEMBALI . KELANTAN 11/03/16
ASSALAMUALAIKUM
Hello hai semua. Dah lama rasanya tak update blog ni. Biasalah sibuk dengan hal dunia hihi. Sebulan cuti sem adalah hari yang paling sibuk dalam hidup Jie. Nak tahu kenapa? Sebab Jie kerja 😀. Nak Jie cerita pasal part-time Jie ke? hahaha ... lupakan. Sekarang ini kita fokus dengan pengalaman yang Jie nak kongsikan.
Seperti yang dirancang pada semester lepas, kami ingin menjadikan semester ini untuk menjadi permulaan pengembaraan kami pusing satu Malaysia. Oleh itu, kami memilih KELANTAN sebagai destinasi pertama. Kenapa Kelantan?
Pemilihan destinasi sebenarnya tidak terduga. Memandangkan kami berada di Seremban, rasanya untuk ke Kelantan mungkin agak sukar dan bukan pada waktu terdekat ini. Kos kesana bukannya murah dan perjalanan kesana mengambil masa berjam-jam sebelum sampai ke destinasi. Seperti yang Jie bagitahu, Perjalanan kami ini tidak dirancang. Semuanya bermula apabila salah satu saudara kawan Jie kawin dan dia mengundang kami semua.
HARI PERTAMA : CULIK SUZIE
As we plan last sem. We want to make this sem is a time for we start our journey. Kami nak pusing satu malaysia dan kini dimulakan dengan KELANTAN. Serius mulanya kami xplan pun nak ke sana dalam masa terdekat. Biasalah nak ke sana bukannya sejam dua tali berjam-jam. Tujuan utama kani kesana sebab nak SHOPPING! ATTEND A MARRIED !
Tepat kul 8 (11/3/16) kami bertolak ke kelantan menaiki bas tambahan (bas plkn). Hampir 11jam jugak la baru sampai ke destinasi kami. Mesti tertanya kenapa lama sangat. Sebab jalan jem hihi. Sampai je terminal Cik Su dan keluarga jemput kami dan bawa kami ke umah Mek. Kalau kata badan tak penat tu bohong la sebab bila kami terjumpa katil terus kami berada dalam alam fantasi haha. Tak sedar langsung serius.
Malam tu kami berjalan ke wakaf che yeh. Bukan kami berempat je tau. Jie culik sekali kawan gedik Jie, suzie dekat UMK . serius ramai orang sangat kat sana dan Jie pun tak tahu nak beli apa. Rambang mata. Paling Jie terpana bila dapat tengok makanan dia yang Jie tak pernah jumpa dekat Johor.
HARI KEDUA : RTC
Pagi tu kami gerak ke RTC. Macam-macam pilihan yang ada. Suasana dia lebih kurang dengan Wakaf Cek Yeh. Nasib baiklah masa itu, Jie lebih kepada makanan bukannya benda-benda macam keychain ke frigde magnet ke. Jadinya memang kami borong makanan la jawabnya. Dekat Johor mana nak jumpa makanan macam tu hihihi.
Puas shopping makanan, kami terus gerak ke rumah Mek sambil bawa sekali makanan yang kami beli tadi. Tapi apa yang kelakar, sesampai sahaja kami ke rumah Mek! kami semua kena marah hahaha ... nak tahu sebab apa kena marah? sebab kami tak sarapan dekat sana hihihi. Apa boleh buat masa tu, kami senyum je la.
Lepas siap-siap, kami kembali ke homestay kami. Bersiap untuk majlis akad nikah Kak Jah pada malamnya. Usai sahaja majlis kami terus gerak ke UPTOWN RTC. Serius pada masa tu, Jie memang rambang mata. Rasanya semua nak beli sebab murah-murah. Nasib baiklah masa tu kos perbelanjaan dah semakin menipis hihihi. Jadi, kami hanya berjalan-jalan dan cuci mata je la.
HARI KETIGA : PULANG
Hari yang ditunggu telah tiba, majlis perkhawinan Kak jah dan pasangannya. Jie tak berapa ingat siapa nama suami Kak Jah. Tapi apa yang Jie dapat, majlis dekat sana memang agak berbeza dengan keadaan perkhawinan dekat sini. Masa majlis dia pun, agak cepat berbamding dekat sini.
Usai majlis, kami terus melepak dekat Pantai Cahaya Bulan. Pantai yang pernah Jie datang 10 tahun lepas bersama teman-teman sekolah. Banyak yang berubah, tapi kecantikan dia tak pernah berubah. Puas mengambil gambar, kami berhenti makan disebuah kedai makan yang berada disitu. Serius, semua makanan dia sedap dan puas hati. Harga berpatutan. Tetiba rasa berat sangat nak tinggalkan bumi kelantan tu.
Mungkin banyak perbezaan diantara utara dan selatan. Tapi kita masih berpijak pada negara dan bumi yang sama. Insya Allah, ada rezeki lagi, Jie akan datang kesana. Banyak lagi yang belum Jie explore dekat sana.
Sekian.
No comments:
Post a Comment