Tuesday 14 May 2019

IMAN PUBLICATION


Salah satu publication yang berjaya menarik perhatian Kak jie daripada membaca novel percintaan hahaha... Ada sesuatu yang menarik dalam publication ini sehinggakan Kak Jie rasa selesa dengan setiap terbitan baru mereka. 

Bermula daripada hasil karya TEME ABDULLAH kini Kak Jie mula membaca karya BUDAK TOMATO, MUHARIKAH dan banyak lagi buku terbitan Iman Publication. Setiap karya yang diterbitkan akan membawa pembaca masuk kedalam dunia penulis sehinggakan sukar untuk pembaca keluar daripada dunia tersebut. Contoh paling dekat dengan Kak Jie apabila Kak jie mula membaca karya Teme Abdullah, Kak Jie rasakan ada satu aura yang sukar untuk diungkapkan. 

Banyak lagi hasil terbitan Iman Publication yang masih tidak menjadi hak milik Kak Jie. Apapun korang semua boleh dapatkan update terkini daripada mereka melalui website mereka ---> Iman Publication <---

Jom kita selami satu persatu karya penulis didalam Iman :)

1 . TEME ABDULLAH

Mula menulis buku pada tahun 2016. Nama penulis misteri ini semakin meningkat naik, karya beliau semakin menjadi kegilaan dan sumber inspirasi bagi anak-anak muda. Beliau lebih selesa menyembunyikan identiti sebenarnya. Walaupun begitu, pada PBKL 2018, demi menghargai peminatnya, beliau telah membeeranikan diri untuk membuat meet and greet bersama peminat.




2. BUDAK TOMATO

Budak Tomato atau Mato!! Ermm jujur Kak Jie katakan yang Kak Jie memang tak berapa nak kenal dengan Mato. Permulaan Kak Jie baca karya Mato apabila salah satu daripada karya beliau iaitu "Hiatus" timbul satu kontrovesi sehingga menyebabkan pencetakan semula karya itu dihentikan buat sementara waktu.



3. MUHARIKAH 




Auni Zainal atau lebih dikenali dengan nama pena 'Ummu Hamra' didalam artikelnya sebelum ini berjaya mengeluarkan novel pertama beliau yang berjudul 'Sekali lagi'. Sebelum ini, banyak lagi artikel yang pernah ditulis oleh Auni menggunakan nama penannya seperti siri Majalah Jom! terbitan Deen Prints dan Buku Pelangi Dakwah terbitan Iman Publication.

No comments:

Post a Comment