ASSALAMUALAIKUM
Korang apa khabar? SS doakan semoga hari korang
sentiasa dilimpahi rahmat.
SS nak tanya pandangan korang la mengenai teater! Apa pandangan korang mengenainya? Bagi seseorang yang berada dalam dimensi dunia yang berbeza dari dunia seni mungkin mempunyai pandangan yang berbezakan.
SS nak tanya pandangan korang la mengenai teater! Apa pandangan korang mengenainya? Bagi seseorang yang berada dalam dimensi dunia yang berbeza dari dunia seni mungkin mempunyai pandangan yang berbezakan.
Pada SS pula, kreativiti seseorang itu datang dari pelbagai cara. Ada yang
melalui lagu, syair, pantun, penulisan karya dan pelbagai lagi. Tapi paling kelakar dimana idea untuk menghasilkan karya tu yang selalu membuatkan SS tergelak sendiri. Kenapa?? Cuba korang pergi tanya kawan-kawan atau mana-mana artis atau karyawan, masa bila dia orang dapat idea untuk hasilkan sesebuah karya.
Persoalan kini adalah, berapa ramai anak muda dan masyarakat kita yang berani meneruskan karyanya walaupun ditentang oleh orang sekeliling?
Persoalan kini adalah, berapa ramai anak muda dan masyarakat kita yang berani meneruskan karyanya walaupun ditentang oleh orang sekeliling?
Anak muda sekarang lebih gemar mengkritik daripada memberi
pandangan. Mereka berani menghentam pengkarya seni dilaman sosial sehingga
pengkarya itu mula memperlahankan karyanya dan hilang. Disebabkan kritikan yang
hanya suka-suka telah menghancurkan masa depan dan semangat seseorang.
Tapi SS bangga kerana kini SS nampak, remaja sekarang cukup
berani memperdepankan kreativiti mereka walaupun diherdik dan dikritik pedas
oleh nitizen yang tidak bertanggungjawab. Mereka menganggapnya sebagai satu
dorongan untuk lebih maju dan berjaya dalam kerjaya mereka. Tapi berapa ramai
yang sebegitu? Masih ada yang mereka yang mempunyai bakat hilang dari radar
sebab kurangnya sokongan dan dorongan.
sumber : asterikanaks |
Berbalik kepada cerita sebenar, haritu (5/3), SS dan dua orang lain kawan SS pergi menonton
satu teater yang sangat menarik dan complicated untuk ditonton. Nak tahu teater apa?
#Kurung Trafficked.
Apa yang menarik dan complicated sangat pasal #kurung trafficked ni? Seriusly dari nama memang SS
tak tahu langsung apa motif dan jalan cerita teater ini. Seriusly zero. Ialah, kalau kita nak tengok sesuatu cerita tu mesti kita nak kena tahu dulu sinopsis cerita tu kan. Tak kan la nak main sergah je, last-last tak faham.
Nak tak nak, SS terpaksa membayangkan #Kurung Trafficked ini mengenai apa. Jadi SS buat anggaran yang mungkin cerita ini mengenai
perempuan berbaju kurung? macam misteri perempuan kebaya merah tu kan hahaha... dan tajuk dia pasal "kurung" dan trafficked tu pula SS tak berapa tahu pulak, sekarang je dah tau maksud trafficked tu apa hahaha... nak tau pergi la google sana. Dunia hujung jari guys hahaha. Paling kelakar bila sangkaan
SS seratus peratus salah.
Jom baca sinopsis pendek mengenai teater ni...
#Kurung Trafficked menceritakan konflik seorang wartawan dan
bekas inspektor dalam menyelesaikan kes orang hilang. Setelah beberapa tahun,
kes lama masih menjadi tanda tanya dan kes baru membongkar rahsia yang diluar
jangka.
Nak cerita lebih nanti spoi cerita pulak, meh SS belanja
sikit scene yang ada kat situ. Nak promote dah habis, tapi pastikan next time korang pergi tengok hasil kreativiti team @asterikanakseni.
Dah tengok antara scene kat sana kan, sekarang kita kenal dengan mereka yang bekerja dibelakang tabir. Tanpa mereka persembahan mereka tak akan gah seperti ini. Inilah namannya team work baby hahaha
Jom kenali mereka...
No comments:
Post a Comment