Thursday 29 March 2018

Touch'nGo : Semua Tempat Ada... Terima Kasih

ASSALAMUALAIKUM.

Hai semua, sihat? Iye la SS tengok sekarang cuaca kat Malaysia ini tak berapa nak betul hahaha. Sekejap panas terik tapi lepas tu hujan lebat. Untuk orang muda mungkin boleh lagi terima keadaan macam ini tapi macam mana pula untuk orang yang antibodi nya lemah. Jadi SS harap semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja..

Cerita kali ini tak ada kena mengena langsung dengan cuaca Malaysia tapi mengenai perkhidmatan yang selalu kita guna setiap kali melalui tol. Cuba teka ... Hahaha betul touch n go.


Tahu tak korang yang sekarang ini kita tak payah lagi nak lalu dilaluan tambah nilai atau ke Pusat Khidmat Pelanggan lagi untuk isi kad touch n go korang tu!! Tahu ke tidak? hahaha.. Mesti korang tertanya kenapa.

Ini sebab, PLUS sekarang ada sediakan 32 mesin layan diri (SSK) dekat beberapa RnR yang terpilih. Kebanyakan mesin SSK ini diletakkan disebelahh dengan mesim ATM, medan selera dan lain-lain. Senang cerita tempat yang mudah untuk pengguna jumpa.

Sumber : Google Image

Apa yang bestnya mesin SSK ini, mesin ini 24 jam beroperasi dan kita takkan kena charge tambahan kalau tambah nilai kat mesin itu tau. Berdasarkan pengalaman SS sendiri, ada beberapa tempat yang kalau kita tambah nilai kad touch n go kita, kita akan kena charge dalam RM0.50 atau mungkin lebih bergantung kepada tempat.

Nak dijadikan cerita, SS memang bukan seorang yang suka tambah nilai dalam kuantiti yang banyak. Jadinya SS akan tengok harga dari satu tempat ke satu tempat. 



Contoh : Dari Tangkak ke Seremban-Labu harga dia RM11.90.
       Jadi SS hanya akan topup RM30 cukup untuk pergi dan balik.

Jadi masa tu TERjadilah plan mengejut SS ngan adik. Dibuatnya SS sesat kat KL yang seriusly banyak Tol kecil-kecil tu. Jadi SS terpaksa topup balik dengan RM10 disebabkan baki dalam tu tak cukup RM0.30 hahaha

Pengajaran untuk SS sekarang, isi la lebih sikit hahahaha

Meh sini SS nak ajar sikit macam mana nak guna mesin SSK tu
  1. Masukkan kad PLUSMiles / Touch'nGo pada slot pengimbas kad.
  2. Buat pilihan tambah nilai pada skrin.
  3. Masukkan duit.
  4. Ambil resit transaksi tambah nilai.
Antara mesin SSK yang disediakan kat RnR
  • R&R Tapah (kedua-dua arah)
  • R&R Seremban (kedua-dua arah)
  • R&R Sungai Perak (kedua-dua arah)
  • R&R Ayer Keroh (kedua-dua arah)
  • R&R Pagoh (kedua-dua arah)
  • R&R Dengkil (arah selatan)
  • R&R Gunung Semanggol (arah utara)
  • Restoran Jejantas Sungai Buloh (kedua-dua arah)
  • Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah selatan).
Ini pula pejabat operasi plaza tol yang terpilih yang ada mesin SSK.
  • Jalan Duta
  • Kota Damansara
  • Subang
  • Setia Alam
  • Bukit Raja
  • Rawang
  • Rawang Selatan
  • Bukit Beruntung
  • Tanjung Malim
  • Bidor
  • Sungai Besi
  • Kajang
  • Nilai
  • Seafield
  • USJ
  • KLIA.

Okay, SS harap apa yang SS kongsikan hari ini berguna untuk korang semua. Semoga hari-hari korang dipermudahkan. 

Sebelum terlupa, SS ada buat custom-made Touch'nGo. Kalau berminat boleh tekan link ni Touch'nGo 

bye

No comments:

Post a Comment