Thursday, 5 November 2015

Lawatan KEMAS


hai reader semua . . kali ini aku nak kongsi pengalaman aku pergi lawatan KEMAS. first time dalam hidup aku sebenarnya pergi lawatan dengan keluarga dan budak-budak kecil. yelah selalunya kan lawatan dengan kawan sebaya atau paling-paling tua setahun dua . tapi kali ini siap keluar dengan family lagi . dengan bawa bayinya , anaknya berderet . . mak ai! pengalaman baru bagi aku. aku ini pun tak pandai sebenarnya nak bergaul dengan mereka semua ini .  kekok ! sempena meneman adik aku yang paling bungsu, kami adik beradik semua ikut kecuali yang kedua sebab dia jauh dan tak dapat balik . makanya bermulalah lawatan kami adik beradik haha . .

KILANG COKLAT

Destinasi pertama kami adalah kilang coklat .  katanya bagi menghilangkan rasa penat dalam bas tu kita pergi bershopping dekat kilang coklat .




Walaupun bukan melihat cara macam mana coklat itu dibuat tapi okay la sebab coklat dia sedap dan murah. aku bukan pengemar coklat tapi aku tahu apa itu nikmat makan coklat . dalam banyak-banyak coklat aku tertarik dengan coklat putih bersama bijan . mesti korang rasa aneh kan . tapi citarasa aku suka hati aku la haha . selesai bershopping kami pergi ke tempat seterusnya . . iaitu . . 

MUZIUM TUDM


Ini adalah kali kedua aku jejak kan kaki ke Muzium TUDM ni .  Pertama kalinya tahun lepas semasa sem 1 bila kami harus membuat kajian mengenai sejarah . kami kena pergi ke muzium-muzium dan ini lah salah satu daripadanya .  sebenarnya masa kita orang datang ini muzium ini tutup . tapi atas belas kasihan dan jasa baik mereka, kami dapat masuk kesitu. kami diminta untuk kesebuah bilik dan ditayangkan video mengenai sejarah TUDM .  selepas itu, kami dibenarkan pergi kemana sahaja . apa lagi aku dengan adik-adik aku semua berjalan la . tapi yang kelakar tu, kemana sahaja kita orang pergi mesti ada yang ikut . kalau ikut seorang dua tak pe . ini dah macam rombongan . masing-masing mengikut aje hahaha . . budak-budak kan .  layan aje la .
PETROSAINS


walaupun dah 21 tahun aku hidup . inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke KLCC . selama ini aku cuma tengok dari jauh aje . yelah datang KL mestilah nampakkan tapi tak pernah ke dalam pun . pandangan pertama aku, wau! besar gilerrrr . . tapi sebenarnya sama aje dengan shopping mall yang ada dekat Malaysia ini .cuma mungkin ini shopping mall kali 2 hahaha . . sangat besar dan ramai orang asing disitu . dekat situ memang banjiran manusia yang teramat, dengan kenderaan yang banyak lagi . . alahai
KENANGAN WHOLESALE CENTER (KWC)


hahaha. .  mesti pelikkan kenapa lawatan budak tadika boleh pergi tempat borong . jangan lupa disebalik lawatan budak tadika tu ada ibubapa/ penjaga yang ikut dan mereka semua itu suka membeli belah . macam keluar hujung minggu. bershopping sakan dia orang ini tapi kita orang ini lebih banyak rambang mata daripada membeli . ye la, masa yang diberikan dekat situ bukannya sehari tapi dua jam je .. dah sejam awal dah dihabiskan dengan melayan kerenah anak kecil tu, lepas tu dengan merungut aje . biasalah dah penat kan . . last-last kita orang duduk dekat marrybrown dan order makanan . kan senang. kata lapar apa lagi makan la haha
ICT SHAH ALAM


Destinasi terakhir kami . Nasib baik masa kita orang sampai tu hujan dah berhenti . tapi masih ada lagi la sisa-sisa hujan tu . apa yang penting cuaca sejuk giler .  mane tidaknya, dalam bas dah confirm sejuk, campur lagi dengan sejuk semula jadi makanya sejuk yang teramat . tapi paling aku geram tu banyak kali aku nak tergelincir sebab kasut aku yang licin. boleh dikatakan timing kami sampai kesana tepat .  beberapa hari sebelum hallowen makanya rumah hantu yang ada dekat situ lepaskan sebahagian hantu-hantunya . lintang pukang dibuatnya budak-budak dekat situ dikejarnya. memang seronok sangat tengok masa itu. lepas tu kami pun pusing-pusing dan makan haha
okaylah. sampai sini dulu cerita aku, next time kalau aku ada story morry lagi, aku bagitahu reader semua ye

No comments:

Post a Comment