Wednesday, 4 November 2015

Alhamdullilah Selesai Sudah . . Teater Nirrojim . .



sihat semua ? aku harap korang baik-baik sahaja. alhamdullilah akhirnya selesai juga salah satu projek besar kami iaitu @teaternirrojim hasil kerjasama dengan @KelabSelendangDelima. majlis yang berlangsung selama 3 hari (26-28 oct 2015) di Dewan Ungku Aziz, Seremban 2 itu mendapat sambutan ramai. semua orang tahu membuat sebuah teater bukanlah semudah ABC tetapi banyak benda yang perlu kita buat untuk menjayakan rancangan ini. 

* tanpa stage manager maka tidak lah berjalan lancar sesebuah teater itu. 
*tanpa krew logistik maka tiada seri lah sebuah teater tanpa props
*tanpa krew protokol tidka nampaklah propfesional majlis
*tanpa jurugambar tiada lah kenangan yang boleh dipotretkan
*tanpa krew makanan semua mesti kelaparan
*tanpa krew tiket tentunya huruhara majlis

masing-masing ada jawatan tersendiri. masing-masing ada kepentingan tersendiri .  kenapa perlu takut? kita belajar untuk masa hadapan. apapun aku besyukur sangat apabila semuanya telah berakhir. Bukannya aku tak suka tapi aku terlalu gembira sebab tak sangka yang kami boleh lakukan event sebesar ini. thanks to our lecture Miss Adilla. 

dia selalu berada bersama kami tidak kira jatuh bangun kami. aku mengaku pelbagai kengkangan yang kami dapat untuk menjayakan event ini. tapi kita perlu ingat.

KITA YANG MEMBENTUK DIRI KITA BUKANNYA ORANG LAIN

prinsip itu yang aku pegang sehingga sekarang. tak perlu takut dengan keadaan atau persekitaran. kalau kita berusaha maka kegembiraan dikemudian hari akan tiba.

Oky aku bagi gambaran sekitar event tu berlaku . .

Penonton beratur sebelum pintu dibuka



Antara gerai yang dibuka

Seri, Intan dan Aishah memberi perhatian kepada Hanum

Juragan Wok dan pembantunya, Yusuf 


Juragan Wok dihalau oleh ibunya #anakderhaka

Juragan Wok tergoda dengan muslihat Hanum

barisan penonton

Majlis penutup


Pelajar Kolej Mara



artis terkenal di abad 55

Arjuna bermegah dengan kebolehannya

Okay la . . cukup dulu sampai disini da . .

No comments:

Post a Comment