Monday 23 March 2015

Group BC

ASSALAMUALAIKUM

Tak sampai sebulan aku mula sem baru, dah bermula sukan sem! setiap minggu ada sahaja sukan yang berjalan... ada takraw! futsal! bowling (sabtu lepas) dan yang terbaru adalah Badminton (semalam)! sukan baik untuk kesihatan, sukan juga bagus untuk badan! sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku! and i think more to story mory... okey!

Dalam banyak2 game yang dicadangkan dan dilaksanakan aku paling berminat dengan badminton! tak tahu kenapa tapi sejak dari kecil lagi aku memang suka main badminton... itulah! cuma kalau nak main xde partner susah jugak kan! lagi2 dengan kesibukan sebagai seorang pelajar lagi sekarang... dah xbanyak masa untuk aku berlatih! kalau sem lepas aku masih ada masalagi nak main petang tu sebab mostly kelas habis paling lambat pukul 4 ! tapi sekarang ni mostly habis pukul 6 and ada juga yang habis pukul 7... serius masa tu otak dah tepu dan badan penat!

Kalau sem lepas semua kategori ada dan itu pertandingan kalah mati! tapi kali ni berbeza dengan sem lepas sebab kami main ikut group masing2! kategori yang ada hanya beregu sahaja! beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu campuran. aku mewakili group badminton 1 atau BC... sebenarnya pengalaman main beregu memang ada sebab sem lepas pun aku main beregu wanita jugak! and with same partner! tu lah orang kata, PRACTICE MAKE PERFECT.. bila dah lama tak berlatih semua kelaut hahaha


Masa first battle tu, aku dengan partner aku mmg blur gila dalam gelanggang. sampai bola datang pun xtau nak buat ap... see teruk gila kan permainan kita orang! tapi dari satu game ke satu game yang lain kita orang belajar dari kesilapan dan semakin membangun hahaha.. macam funny pulak ayat ni! tapi aku memang nak berterima kasih sangat dekat abang Azizul. Sir CK dan Abang Aidil sebab bagi peluang kami bertiga merasa main badminton macam game betul2

Mostly, thanks for abang Azizul sebab xputus2 harapan dekat kita orang sampailah ke last game... thanks jugak sbb ajar kita orang banyak skill! teach macam mana nak pasang strategi! tengok cara pihak lawan dan macam2 lagi... ilmu yang abang bagi memang berguna pada kita orang...

Beregu wanita : Azizah n Nabilah
Beregu Lelaki : Sir CK n Abang Aidil
Beregu Campuran : Abang Azizul n Yip Sim Yee

However, kami minta maaf sangat sebab tak berjaya menyumbangkan banyak markah untuk group kita, tapi peluang yang diberi ni kami takkan sia2kan... 

Menang kalah itu tak penting...yang penting adalah pengalaman yang kita dapat daripada  pertandingan itu.. betul tak?? korang mesti kata ya! sebab dari pengalaman pertama lah kami berjaya sehingga akhir... 

p/s : klu ada rezeki kita main lagi ye...jangan serik amik kami bermain sbb kami budak baru belajar..

No comments:

Post a Comment