Tuesday 1 April 2014

Check Stock

ASSALAMUALAIKUM...

Haa hari ni SS nak kongsi pengalaman SS check stok dekat tempat kerja SS ni buat kali pertama. nak kata pertama kali check stok pun tak jugak la sebab sebelum ni SS pernah juga check stok barang sampai ngan barang keluar. bah kan SS pernah juga check stok untuk kedai nak tutup.

SS kena check stok bahagian sabun ngan pewangi. memang pewangi baunya sedap tapi kalau dah banyak2 tu tak pening kepala di buatnya!! dengan nak asingkan barcode dia lagi, lepas tu dah la bersepah-sepah, dah kira2 lepas tu jumpa pulak tersorok dekat belakang... sabar je la, barangnya comel2 pulak tu... nasib baik SS mengecek dengan kawan SS dia tolong hehehe 
TQ my friend...

lepas siap tu SS tolong kawan SS pulak bahagian grocery, kesian dia kena kira coklat satu persatu, dah la coklat tu pelbagai perisa ngan pelbagai jenis, pening jugak la dibuatnya, tapi bila kerja buat ramai2 benda yang susah pun jadi senangkan

and than SS kena panggil tolong akak ni buat kerja, tau tak pewarna untuk buat kek??? haaa benda tu la kita orang kena asing2 kan mengikut perisa dia, nasib baik ada 2 brand aje... nona ngan star kalau tak berpinar jugak lak nak mengasingkan benda tu, dah la kecik! kaca! takut aje jatuh and PRANKKKK!!! pecah!!! tak masal2 kena ganti nanti, memang tak rela la..

lepas rehat semua benda dah siap tinggal supervisor ngan orang2 atas ajelah yang check balik betul ke tidak, kita orang buatlah kerja kita orang! SS ngan kawan SS kena cuci tong sampah! tapi bukan nya tong sampah yang bulat plastik tu, ni tong sampah khas besi punya... nasib baik senang aje nak bersihkan guna sapu je hehehe... yang lain pulak kena lap kaunter, 

pukul 3.50 kita orang kena panggil naik kepejabat untuk amik duit siap2 buka kaunter... tengok2 je SS dapat tempat bawah bahagian makanan ngan sabun2 tu lagi, mengeluh panjang je la aku, dah la berauk ngan sabun ngan pewangi pagi2 lepas tu kena bukak kat depan tu pulak! nasib... nasib...

tapi disebabkan dekat bawah tu tak siap lagi check stok, SS tak buka kaunter pun. SS pergi tolong kawan SS yang lain, last2 duit yang dia bagi tadi tu dia suruh pulang balik, sebab SS balik pukul 7, hehe nampak tak permainannya tu, ada macam makan gaji buta tak? bukan SS nak oke! SS datang kerja nak buat kerja, dia yang tak bagi SS kerja so bukan salah SS oke...

sebelum SS terlupa, sepupu SS hari ni berangkat ke jepun untuk meneruskan pengajian dia dekat sana, apapun doakan yang terbaik untuk dia! semoga dia dapat menyesuaikan diri dekat persekitaran yang berlainan! kalau tak silap dia pergi Hokaido, Jepun... 

okelah, dah tak ada apa SS nak ceritakan lagi, bye2 :-*

No comments:

Post a Comment