Wednesday 20 June 2018

SEKALI LAGI ( AUNI ZAINAL )

MESIN MASA!!

Benda paling lawak yang pernah dikatakan oleh ahli sainstis tetapi tidak pernah berlaku sehingga kini. Ianya hanya satu fantasi seseorang dan ingin menjadikannya ianya realiti. Tapi apa salahnya berfantasi? Wright Brothers, sering beranggan-anggan bahawa manusia mampu terbang suatu hari nanti dan akhirnya terbukti apabila kapal terbang kini merupakan salah satu kenderaan wajib yang digunakan oleh manusia untuk merentasi benua dan ketempat mereka inginkan dengan cepat. Tidak perlulah mereka bersesak-sesak didaratan dan menjimatkan masa dan tenaga. Tapi korang tahu tak? 1200 tahun sebelum kewujudan adik-beradik Wright ini, terdapat seorang pakar sains, ahli teknologi dan kimia yang bernama Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qasim Ibn Firnas semasa pemerintahan khalifah Umayyah di Andalusia (Sepanyol) yang pernah mencipta mesin terbang seperti adik beradik ini.
Kalau kita lihat sekarang ini, banyak kes bunuh diri yang berlaku dikalangan artis dan pelajar dalam masyarakat. Kes bunuh diri yang paling memberi kesan kepada orang orang diseluruh dunia dan peminat kpop adalah kematian salah seorang kumpulan Shinee (JongHyun). Kesedihan kematian beliau berlarutan. Sebelum membunuh diri, beliau telah menulis satu nota yang telah diterjemahkan berbunyi
"Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal,"
Menurut Dr Yusni Yusuff, Pakar Perundingan Kanak-kanak dan Remaja, terdapat tujuh jenis kemurungan iaitu Unipolar, Bipolar, Dysthymia (Kemurungan Berpanjangan), Kemurungan Selepas Bersalin (Post Partum Blue), Kemurungan Psikotik (Mendengar suara halus), Gangguan Afektif (Bermusim) dan Kemurungan Remaja.
"Banyak betul yang Kak Jie membebel kat atas tu, kata nak buat review buku tapi mengarut je banyak" 
Ini mesti antara kata-kata yang keluar dari mulut korang kan. Kak Jie nak bagi penjelasan ringkas dulu sebelum korang baca buku ini. Sebab ianya semua berkait. Okay,Kak Jie mulakan ye... Bismillah
Bermula dari diari yang diberi oleh seorang sahabat ketika Nadiah mengalami kemurungan apabila kehilangan suaminya dalam satu kemalangan ketika mereka sedang mendaki. Ditambahkan lagi luka lama dimana Nadiah telah kehilangan anaknya disebabkan sakit telah menambah kemurungan yang melanda Nadiah. Apabila Nadiah menulis namanya didalam diari tersebut, beliau tiba-tiba hilang dalam kegelapan dan sedar dalam dirinya yang masih dibangku sekolah.
Keliru!! Itu adalah perasaan Nadiah apabila dia dikejutkan oleh salah seorang kenalannya. Setahunya, dia berada dihospital tetapi kini beliau berada disekolah lamanya. Adakah beliau kembali ke masa lalu? Jika benar, apa motif perkara ini berlaku?
Berkali-kali Nadiah cuba menyakinkan sahabatnya bahawa beliau dari masa hadapan. Tapi bagai mencurah air ke daun keladi. Sahabatnya tidak mempercayainya sehinggalah beliau merasainya sendiri. Beliau kembali pada masa bapanya masih hidup. Perkara itu telah menyebabkan sahabatnya bunuh diri kerana perkara yang tidak diketahui. Nadiah semakin tertekan, pada masa hadapan sahabatnya itu sentiasa berada disisi ketika suka dan duka tapi kita beliau telah mati. Jadi ini secara tidak langsung telah mengubah masa hadapannya. 
Kehadiran diari Nadiah telah menjadi bualan pelajar disekolahnya. Ramai yang berpendapat bahawa diari tersebut hanyalah sebuah diari biasa mengenai fantasi seorang wanita. Nadiah telah dipulaukan oleh ramai pelajar disekolah dan beberapa orang guru.
Pertemuan Nadiah bersama ____ telah menyebabkan Nadiah bertemu dengan Ghazali, sahabat baik ___. Pada ingatannya, Ghazali merupakan sahabat baik __ dan seseorang yang boleh dipercayai. Pertemuan kembali Ghazali dan ___ setelah sekian lama telah bermulanya dimana kemuncak cerita.
Nadiah hilang! Mesej misteri yang ditemui oleh __ sebanyak 2 kali beserta tarikh! Diari Nadiah telah hilang ketika beliau sedang merentas masa! Apa yang sedang berlaku? Satu demi satu misteri terungkai. 
Banyak lagi perkara yang berlaku.
Pada pandangan Kak Jie. Kak Jie suka sangat dan sangat recommend korang baca buku ini. Tapi beware dengan tarikh, masa, dan situasi dalam buku ini. Kalau korang tersilap masa dan situasi, Kak Jie yakin korang akan sesat dan kembali semula. 
Masa Kak Jie baca buku ini, Kak Jie rasa macam tak nak buat semua kerja... Last-last membaca sambil mengayam ketupat, boleh bayangkan? tak payah bayangkan hahaha... Sekali korang start baca buku ini, susah nak berhenti.
Jadi Kak Jie nak ucapkan terima kasih kepada Auni Zainal kerana mengeluarkan buku yang sangat berilmu dan terima kasih juga kepada Iman Publication kerana menerbitkan buku yang sangat menarik dan membangun. Kak Jie dah menjadi salah satu pengemar buku keluaran Iman Publication dah...
Jumpa dalam ulasan akan datang ...  Daaa

1 comment:

  1. Terima kasih atas review buku dari Kak Iman. Dapatkan lebih banyak buku-buku menarik dari Kak Iman di imanshoppe.com atau secara walk-in di Iman Shoppe.

    ReplyDelete