Sunday 8 January 2017

Wedding!! Wedding !!

ASSALAMUALAIKUM
Hello hai semua, apa khabar?  Kali ni SS nak ucapkan tahniah kepada Kak Laila & Abang Kamarul yang selamat diijabkabulkan semalam pagi. Alhamdulillah! 

Terima kasih sebab sudi jemput SS ke majlis yang gilang gemilang korang ni. SS harap mahligai yang dibina ini akan kekal sehingga akhir hayat. Semoga cepat dapat anak² yang comel. Be matured and done argued about small matter guys haha...
Lepas balik dari wedding kita merayap ke Wetex Parade dulu. Dah lama tak kesana, banyak benda dah berubah. Sebenarnya bangunan tu tak berubah pun cuma perniagaan tu yang banyak bertukar haha.. Kalau dulu bila cuci mata kat sini tangan mesti ad coolblog tapi nak buat macam mana, coolblog dah tak ada dah kat sini. 
Panas² gini sedap bila dapat makan aiskrim mesti sedapkan. Jarinya kami ke @HarbinCoolTaste untuk melegakan tekak dikala panas ni. Harga yang ditawarkan sememangnya berpatutan dengan apa yang bakal kita dapat. Terdapat dalam pelbagai perisa yang kekabom antaranya coklat, matte, keladi, strawberi dan pelbagai lagi.



Bila dah tak ada arah tujuan kita orang terus ke lagoon muar (Tanjung Emas). Serius cakap memang menarik dan lawa sangat. Berbeza dari dulu. Tapi sekarang ni belum siap sepenuhnya. Banyak lagi tempat yang masih dalam pembinaan. 

Masa mencemburui kita. So SS minta diri dulu, sebab anak kecil sebelah tu dah merengek je. Kang menanggis malas den nak pujuk. However, terima kasih sebab luangkan masa bersama hari ni. Dah lama tak jumpa rindu sangat !! 

Okay. Cukup hari ni, jumpa lagi di entry akan datang. Muahh

No comments:

Post a Comment